Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Turkey - Istanbul

Day 32,33,34,35,36 / 36

Day 32

Hari ke 32 habiskan banyak masa flight travel. Naik Turkish airways, flight premium sebab nak naik timing arrival cantik sebelum malam.  Ada option naik bas dari Sofia ke Istanbul bas malam 10 jam (wifi equipped) tapi sudah buat calculative assessment sebelum start tour memikirkan mungkin dah penat lepas sebulan dok berjalan2. Bayar RM450(flight) instead RM110(bas) untuk penjimatan masa dan keselesaan. Lagi pun Istanbul ni destinasi terakhir sebelum pulang benua Asia. Semasa di Turkey, cash is king. Duit kami draw kat ATM sahaja sebab bukan jumlah significant nak belanja.

Rm80/person/night private room + toilet ensuite, tepi tram station, 2 station dari airport bus transfer, area Marmaray. Breakfast included daily.

Malam pusing dekat2 area hotel  ja sebab tanak  guna Istanbulkart lagi.


Day 33

Fokus kepada kawasan Taksim/Karakoy sebab nak jaga timing nak naik Bophorus Cruise budget. Galata Tower tak naik pun sebab beratur panjang. Kita layan bandar Istabul petang nanti sunset atas Bukit Camlica.


Taksim square yang mempunyai banyak kedai2 dan menjadi atara tempat tourist bershopping.

 
Transportation selain local tram dan metro di sekitar Taksim. Tram & furnicular Taksim.

Singgah lalu stadium Besiktas sebelum ke pelabuhan Eminonu nak naik cruise.

Hari2 ada disediakan daily cruise Bosporus  2.30PM. Sebenarnya perkhidmatan regular taxi air Sehir Hatlari tetapi dipanjangkan kepada touring mode. Bukan naik yang private cruise. Harga short cuma 12TL/RM9 (as of 2019). Pergi awal sebab beratur panjang.  Boleh ambik short(2jam) atau long(6)jam.  

 
Short vs long trip. Cruise besar, luar dalam atas bawah boleh muat banyak orang.


 


Cuaca panas di Istanbul, santai sahaja dalam feri cruise.

Sepanjang tour, rasanya inilah  paid tour paling berbaloi. RM9 untuk 2jam santai2 atas terusan pemisah benua asia-eropah. Tapi kami tak habiskan pusingan, stop di Uskudar sebelum tamatkan cycle cruise. Makan di Uskudar dan naik bas ke Masjid Camlica. Sistem bas dia senang faham walaupun banyak angka dan huruf. Semua ada penerangan di hentian bas. Sangat sistematik kerana bas2 ni fokus kekawasan spesifik, maka durasi setiap bas tak terlampau lama. Perjalanan dari Uskudar ke Camlica sekitar 20-40 min bergantung kepada trafik.

 
Pemandangan dari atas bahagian sebalik bukit Camlica dan bas, Ada monitor tunjuk hentian singgah.


Jarak antara masjid camlica dengan camplica tepesi/park ni boleh jalan kaki secara casual sekitar 20 minit. Kena patah balik ambik bas dari masjid camlica lebih senang sampai ke Uskudar semula sebab less hentian bas. Kami terus layan sunset di atas bukit ni mengadap Istanbul.


Sunset di Camlica Hill, percuma sahaja. Ramai orang tempatan santai.

 Masjid Camlica pada sebelah malam. Masjid ini terbesar di Turkey (as of 2019).

Malam tu lintas dari Uskudar ke Marmaray pakai metro tunnel bawah selat. Feel lain macam dok bawah laut.  Sebab exit naik single escalator 1 minit combo dengan escalator2 lain baru sampai atas.


Day 34

Harini pergi stadium Galatasary. Jauh juga kena transit metro dan bas. Dapat rasa lepak bandar moden Istanbul, kawasan Levant. Luar dari tourist punya area. Balik stadium pun sama, masuk celah2 flat mana ntah baru dapat bas (pakai google maps). Dapat gambaran penempatan penduduk. Agak time consuming buat trip ni. Dekat half-day baru dapat balik ke kawasan Marmaray.

Stadium bolasepak team Galatasaray.


Persekitaran sub-bandar Levant.

Petang terus pergi Hagia Sophia punya site visit dulu. Petang tak ramai orang sikit. Petang esok baru cover Topkapi Palace. Both tourist spot ni pergi petang baru kurang beratur.


Hagia Sophia internal dan external.

Sebelah malam pergi Taksim Square sekali lagi sebab nak rasa suasana malam pula. Makan dekat kedai shawarma rekomen oleh Anthony Bourdain. Kedai sempoi tepi jalan ja. Memang sedap dan harga street food. Habis makan pusing2 Taksim semula dan pulang ke hotel.


Taksim ni lagi happening sebelah malam. Sesak dengan orang. 

Makan di Dürümzade.


Day 35

Singgah kejap ke Theodosius Cistern sebab walking distance dari hotel. Free entrance, rugi la tak pergi.

Cistern dibawah kawasan Sultanahmet.

Hari ni beli barang2 souvenir nak bawa balik. Pagi2 pergi  Istanbul Grand Bazaar depan hotel. Sehari baru boleh habis pusing kalau teliti. Kami pusing 1 jam sahaja cover old bazaar (pelbagai & antik) , kawasan luar sambungan antara bazaar (baju dan kain) dan bazaar spices Dah tau apa nak beli dan tak banyak masa kerana nak kejar melawat tempat lain pula.



Suasana di Istanbul Grand Bazaar

Habis beli barang, balik hotel simpan souvenir2 dan pergi ke Masjid Fatih. Pergi naik metro balik jalan kaki dekat 3km. Sebab stesen metro Aksaray dalam laluan ni selalu ramai orang sampai tin sardin. Stesen ni dekat dengan hub utama pengangkutan awam di Marmaray. Sekeliling Masjid Fatih ni tenteram orang rehat2 di taman2 sekeliling.


Masjid Fatih.

Habis pusing masjid Fatih baru pergi Topkapi Palace pada sebelah petang. Memang kurang orang beratur dah lepas 4pm. Masuk pusing2 area yang dah dirancang sahaja. Masa lebihan baru pusing sekitar kawasan lain dalam Topkapi Palace. Kawasan major attraction Privy Room & Holy Relic ni tak boleh ambil gambar. Boleh tengok gambar2 kat internet cukup lah. Tak sempat pusing semua sebab kesempitan masa.



Sekitar Topkapi Palace.

Pada sebelah malam, malam terakhir tour, pusing2 sekeliling Marmaray dan makan sedap2. Habiskan cash TL dan tinggalkan cukup2 nak naik airport bas keesokkan harinya. Semua jalan kaki pusing2.

Kopi traditional Turkey dengan Nasi Ayam (Turkish style).

 Makan2 dan lepak2 tepi pelabuhan eminonu. bawah jambatan leretan medan makan seafood.


Day 36

Hari last budget nak bangun awal pi ziarah Blue Mosque yang tak jauh. Semalam tak sempat pergi selepas Topkapi Palace sebab dah lapar. Tapi tewas sebab bangun lambat. Maka straight ke airport dan berangkat pulang tengah hari, transit di Singapore airport sejam pada pukul 5AM. Airport bus punctual gerak ke airport. 

 Sekitar airport lounge before departure. besar aiport ni ..kena masuk awal takut jetbridge jauh.


Itinerari sepanjang berada di Istanbul. Tak fancy sebab tak cukup masa.

Route hari ke 3 di Istanbul.


movescount data:


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...