Brutal Assault 2024 merupakan edisi ke 27 siri festival ini. Ia berlangsung di Jaromer, Czech Republic. Lebih kurang 130km dari Prague. Ini trip kali ke dua ke Brutal Assault selepas menghadiri pada tahun 2019. Kali ini kami menaiki bas dari Wroclaw, Poland dan mengambil masa sekitar dua jam untuk tiba di Hradlec Kralove. Tiada imigresen semasa melalui sempadan Poland dan Czech dan bus yang selesa. Dari Hradlec Kralove kami menaiki keretapi tempatan dalam 20 minit ke Jaromer. Harus perhati syarikat keretapi yang di naiki kerana warna hampir sama untuk mengelakkan penalti kerana berlainan tiket. Tiket keretapi boleh dibeli online siap2 atau beli di stesen keretapi.Perkhidmatan keretapi di Czech maish ungul, murah dan punctual seperti lima tahun lepas.
Kawasan perkhemahan djuga perlu di book lebih awal di website, berlainan dari harga entrance tiket festival, disebabkan ada pelbagai jenis dan kawasan perkhemahan. Kawasan perkhemahan kami sama seperti pada tahun 2019, berdekatan dengan entrance festival, fasiliti camping bagus, ada toilet yang dibersihkan secara berjadual dan shower (berbayar).
Recycle perkakasan camping dari Wacken 2024.
Bagi tahun 2024, agak berbeza kerana sudah tiada perkhemahan haram di tepian jalan seperti tahun 2019, mungkin sudah dapat komplen dari penduduk tempatan. Semua formasi perkhemahan sudah nampak lebih tersusun dan kemas.
Kami menggunakan apps clashfinder untuk merancang jadual. sama method macam digunakan semasa di Wacken 2024. Band yang skip di Wacken 2024, semua tengok di sini sebab lebih dekat dengan penonton berbanding di Wacken.
Bawah nama band ada link, untuk lihat setlist mereka perform pada hari kejadian.
Click gambar dalam blog kalau nak zoom out.
disclaimer;
kesedapan lagu according to my humble opinion
credit to the youtube links, sebab aku tak rekod banyak kerana menonton show.
2.0 Brutal Assault 2024
day.1
Cuaca di Jaromer sangat panas seperti di negara kita. Sesudah pasang khemah, kami pergi daftar untuk mendapatkan access ke tapak festival. Goodies festival tidak mengecewakan seperti di Wacken. Dapat lanyard, pamplet sneak preview line up 2025 dan wrist tag entrance.
entrance sama macam 2019
Kali ni tak ambil option seating bangsawan atas bukit seperti 2019 sebab harga dah terlampau luarbiasa tak berbaloi. tonton dari bawah pun dah selesa kerana controlled crowd attendance. Sementara tunggu band Sylosis, layan kejap Savagely Tortured.
Skipped Grand Magus & Hirax sebab beratur collect prebooked merch. Beratur agak lama juga dekat sejam setengah, sebab booth collection dah jadi satu berbanding tahun 2019 ada beberapa satelit booth.
Paling sedih akibat queue ni sampai termiss Spiritbox sebab tak sempat tengok di Wacken, cadangnya nak tonton di Brutal Assault.
Habis Hatebreed aku pergi ronda kejap kawasan stall jual2 barang, harga agak OK compare to festival2 besar dan banyak yang evil.
Stall jual macam2 produk, termasuk pakaian metal, viking dan gothic.
Meet & Greet area, lebih teratur sebab ada schedule pada pamplet goodie bags, lebih ramai artis, tapi selalu penuh line queue.
Meet & Greet area
Sambung band, antara paling nak tengok, band Deicide, sebab agak rare dia nak datang eropah. Pelbagai kontroversi, boycot dan blacklist banyak fest,gig. Memang rezeki dapat tengok.
Schedule hari ke dua macam boring sikit untuk aku, so aku return to bandar Pardubiche semula untuk jalan2, nak pergi bandar lain takut tak sempat nak pulang petang nak tengok band best2.
Sekitar luar Brutal Assault, stesen keretapi dan bandar Pardubiche sekitar 1 jam/ 50km dari Jaromer menaiki keretapi. Harga keretapi di Czech tak mahal. Ada la peluang guna toilet mall yang lebih bersih compare to festival punya toilet. Makan dan berak puas2 di toilet shopping mall sebelum gerak semula ke Brutal Assault.
Window shopping sambil tunggu hujan habis nak ke stesen keretapi.
Di sebelah petang tak sempat ikut schedule yang dah plan. Termiss Whitechapel sebab kelewatan hujan di Pardubiche. Tak berapa ralat sebab dah pernah tengok masa di Hammersonic 2017.
Mujur sempat tengok Born of Osiris pada tahun 2023, sebab technical glitch, delay punya lama tahun ni. Lepas satu lagu ciao terus ke mainstage tengok Amity Affliction. Kena tengok Amity Affliction sebab skipped masa di Wacken 2024.
Amity Affliction
1914 ada simple message dalam show dia.. lihat video. sebab tahun ni ada peperangan dalam negara dia.
Habis Vormitory terus pergi stage belakang tengok Uada dan Master Boot Record. Punya sejuk gigil 2 pagi layan black metal, Uada penah datang Penang, tapi tak berkesempatan nak pergi sebab faktor pekerjaan.
Both Uada dan Masterboot Record memang padu performance. Lain2 genre. Uada modern black metal perform mantap macam MGLA. Asap awan dia tak berhenti2...macam mana la dia boleh nampak nak perform.
Master Boot Record
Master Boot Record ni unik sebab perform konsep retro 486DX-33MHz-64MB processing avant-garde chiptune, synthesized heavy metal & classical symphonic music.
day.3
Bangun awal sebab ada gimik band grind main awal pagi macam edisi 2019 (Gutalax). Cuma tahun ni dibawa band Party Cannon.
Party Cannon
Habis Party Cannon round sekitar festival untuk dapatkan sarapan, dan disebabkan awal pagi, tak ramai lagi orang, senang nak ambil gambar surrounding.
Prop dalam Brutal Assault 2024
Ketika sudah tengah hari baru ada band2 best semula, terus sambung dengan band2 berikutnya. Semua first time dengar terus kat festival, walaupun Kalmah (tak sempat2 nak dengar). Kalmah punya frontman sangat presentable dengan crowd.
Makan tengah hari... nasi goreng pun ada, luasa kawasan makan sini, dia jual ikut "world" theme, pelbagai negara punya masakan,
Kawasan makan food court. Banyak kerusi dan meja untuk makan.
Booth yang menyediakan perkhidmatan menjahit patch di festival
Booth yang menyediakan perkhidmatan tattoo di festival
Sementara menunggu lineup band2 seterusnya, sempat round area wasteland. Ada pertunjukan wasteland boleh la layan sekejap seperti marching warriors dan ramming eksos kereta.
Wasteland recreational area
Sambung layan band seterusnya selepas show pendek di wasteland area,, tiga2 band memang ni best. Cuma Imperial Triumphat ni kena homework dulu sebab susah nak hadam experimental metal performance dia. Legion of the Damned pun tengok sekejap sementara menunggu Aborted setting stage sebelah.
Cynic, of of the earliest progressive band yang bawa genre yang groundbreaking zaman ketika itu dengan album Focus tahun 1987. Kira pelik umpama Korn breakthrough dengan nu-metal tanpa goreng2 solo. However the show was rather dissapointing sebab katanya main full Focus album, alih2 rojak macam2 lagu yang agak membosankan.
Left to Die antara band yang padu performance masa di Brutal Assault 2024, walaupun main cover semua lagu band asal Death. Band ni line up pun ada ex-Death. Tahun 2025, band ni ada main show kat south east asia.
Iklan kejap sementara tunggu next band, pakaian2 fancy dalam festival.
Layan kejap the only genre doom, Candlemass yang popular dikalangan orang eropah. Sesungguhnya aku gagal nak bertahan sampai habis walaupun band ni memang top.
Repeat Architect sebab next band nak tengok lambat lagi. Lepas Architects ramai tunggu stage sebalah nak tengok Laibach. Aku tengok satu lagu je, tak boleh blah genre avant-garde industrial, mungkin ramai orang eastern minat style macam ni, disebabkan mereka berasal dari Slovenia. Ala2 Rammstein sikit lagu dia.
Layan Akhlys pukul 2 pagi. punya sejuk cuaca. mujur berdekatan stage ada indoor stage kecil untuk layan lagu fengtau pelik2 punya genre. boleh kata conform juga dok dalam bangunan indoor stage, cuma lagu diaband/DJ spin semua all out fengtau. Ramai yang mabuk pengsan duduk dalam sini . Stage ni setakat pukul 4 pagi pun masih on sebelum aku balik ke khemah.
Indoor stage
day.4
Brutal Assault 2024 ada improvisation dari segi kedai runcit/market hall sendiri by organizer. sebelah campsite kami, harga pun ok, murah dari tapak festival tapi tak terlalu ketara perbandingannya. Sini elok beli air kosong botol besar untuk buat minum di khemah.
First band of the day, sudah start dengan genre black metal. Tapi diaorang ni dress up casual ja. Kali ni punya Brutal Assault puas hati banyak band black metal boleh ditonton.
Skip remaining of the bands last day, sebab aku nak pi jalan2 Prague. Most of the headliners malam seperti Emperor dan Behemoth dah tengok banyak kali. Hanya yang ralat tak boleh stay tunggu Impaled Nazarene sebab lewat petang tak baloi nak ronda Prague.
Bendera boleh nampak dari atas bukit, khemah lipat dan tinggalkan di campsite. tak baloi usung sebab ada banyak hari lagi backpacking trip.
3.0 Conclude
Best show BA 2024;
Cult of fire
UADA
Left to Die
BA punya faktor "worth of duit ringgit anda" memang berbaloi dengan harga dia. Kerana terhad kepada 20000 manusia sahaja maka tak crowded teruk macam Wacken. Banyak ruang makan, minum dan menonton band. View paling cikai pun boleh nampak band secara jelas sebab saiz festival tak berapa besar sangat.
Makanan, minuman dan stuff semua harga logik akal. Cuma bila pakai sistem topup ni ada minimum topup. Takut ada belen yang tidak dikehendaki. Contoh nak beli ayaq seringgit tapi dalam RFID tag ada lima kupang, kena la reload lima ringgit. 4 ringgit belen taktau buat apa.
Langsung tak pi kejar meet & greet di BA, tapi bila observe schedule meet & greet dia lagi pack dan ramai artis berbanding Wacken.
Susunan genre pun nampak macam ada pattern. walaupun di sulami beberapa genre lain sikit celah2 running time. contohnya hari pertama banyak band "besar". hari kedua dan ketiga banyak trash metal. hari terakhir banyak band2 bunyi jahat sikit dari hari2 lain. Organizer pun nampak bijak dalam memilih line up. Clash band pun tak banyak.
Venue dia best tapi nak menapak pi situ agak jauh kalau usung bagpack dan khemah, ada dalam sekitar 1-3km dari stesen keretapi sampai ke tapak camping.
Kalau ambik option tapak camping, facility dia provide berbaloi la. Toilet dibersihkan tiap2 hari, ada shower dan kawalan keselamatan. Kena book awal sebab selalu sold out tapak khemah berbayar ni.
Special thanks to Aaron, Dikin & Nazri for maintain same team for eurotrip. Kalau nak guna gambar2 kami sudilah creditkan kepada blog ni ya.