Adhoc plan ke Alexandria, browse pukul 10 malam, pukul 11.30 malam dapat confirmation untuk jadul travel 7 pagi keesokkan harinya ambil di depan hostel. Pakai klook pun boleh arrange last minit. Daytrip ni aku pergi dgn Aaron, bayaran sekitar seratus lebih sikit, tak mahal sebab tak ambil lunch option. Berbaloi banyak lokasi dia visit. Tourguide pun mantap.
Duration dari Cairo ke Alexandria dalam 3 jam menerusi highway massive 4 hingga 6 lane sejauh 230km satu arah.
Pembinaan extension metro di persisiran highway outskirt Cairo. Dari tol in/out Cairo (entrance/outskirt) ke hostel pun ambil masa 50 minit melalui lautan bangunan dengan kelajuan normal tanpa trafik jem.
Alexandria dibuka oleh Alexander the Great pada tahun 331 BC. Melawat bandar yang dipelori oleh Alexander the Great setelah melawat bandar tempat lahir Alexander the Great pada tahun 2019.
Bermula dari paling hujung teluk pantai kearah timur merupakan destinasi pertama Alexandria ialah Montaza Palace. Coastal Alexandria city ni stretch hampir 20km end to end dalam teluk yang sama.
Montaza palace not open for public tapi garden dia open with ticket sebab terjaga rapi. Ramai pengunjung lepak garden ni sebelah petang dan malam.
Habis bergambar di Montaza kami pergi lunch di persisiran corniche/pantai. Bangunan2 tepi pantai Alexandria pun besar2 macam di Cairo.
Selesai makan terus trip ke Catacomb of Kom El Shoqafa masuk dalam catacomb bawah tanah ni nampak pengaruh elemen ancient arab macam Anubis. Ukiran Greek dan Roman pun ada. Nak paham pun susah penerapan tamadun bercampur ni. Tour guide cakap, haiwan kesayangan sebesar kuda pun tanam sekali dalam ni. Mujur dalam ni ada hawa dingin sebab musim panas. Tangga nak turun pun tak steep, masih accesible to orang kurang stamina untuk explore. Dalam 40 minit habis explore in physical, in details boleh baca di internet.
Ukiran Anubis dan Agathodaemon, Graeco-Egyptian influence.
Pass by Serapeum of Alexandria sebelum menuju ke Greek Theater. Tiang Pompey Pillar tu tak pernah tumbang walaupun Alexandria telah mengalami pelbagai kerosakan gempa bumi dan kemusnahan oleh manusia. It is the only ancient monument in Alexandria that is still standing in its original location.
Teksi awam di Alexandria masih guna old school Fiat. Tahan lasak considering cuaca Egypt yang panas dan lokasi Alexadria tepi laut senang karat besi.
Destinasi seterusnya Ancient Roman Theater , introduksi pengaruh Roman terhadap bandar Alexandria. Pecahan kepada beberapa bahagian untuk explorasi, dalam 40 minit habis pusing. Selebihnya baca di internet.
Aquaduct, mosaic dan theater masih rapi.
Stesen keretapi Alexandria opposite ancient roman theater.
Alexandria (previously capital of Egypt) ni sangat kompleks history dia. Pengaruh dari zaman Empayar Roman (Alexander The Great), Hellenistic Greek, Graeco-egypt, coptic & Islamic era. Semasa melawat Alexandria Bibliotheca , terdapat pameran comprehensive bagaimana Alexandria melalui semua tamadun2 tersebut. Kami singgah dalam sejam untuk cuba faham secara on surface origins of this city. Selebihnya kena jadi membership berbayar untuk access ke pameran lain dan perpustakaan. Fakta mengenai pembangunan perpustakaan boleh baca di internet.
Alexandria Bibliotheca pernah menjadi library terbesar didunia. Rasa macam 11 tingkat tapi hanya beberapa tingkat on surface. Natural lighting pakai facade hijau dan biru, inspirasi bumi; laut dan hutan.
Lokasi seterusnya Saint Mark's Coptic Orthodox Cathedral ; element seperti di Coptic Cairo, banyak lukisan. Nak masuk sini kena screen sebab guarded akibat insiden pengemboman tahun 2011 . Objective lawatan nak tengok perubahan tamadun/influence yang tercetus di bandar ini turut melibatkan Coptic era.Selebihnya baca di internet.
Selesai gereja kami ke Sidi Morsi Abu al-Abbas Mosque yang sangat besar boleh di lihat dari persisiran pantai sebelah Montaza palace. Objektif lawatan adalah untuk perubahan tamadun/influence di bandar ini turun melibatkan Islamic era. Selebihnya baca di internet.
Menghampiri paling hujung pantai sebelah barat ialah Quaitbay Fort / Ras al-Tin, secara teori lokasi asal Pharos of Alexandria, Seven Wonders of the Ancient World. Menapa api ini telah musnah kerana kegagalan struktur selepas beberapa siri gempa bumi.
Baloi bayar trip ni.. pergi balik dah 500km, pastu jalan banyak tempat.
Alexandria is Cairo version of coastal area. Bangunan pun massive2, no beggars in the city observed.
Alexandria trip coverage