Saturday, October 12, 2024

Tour 2024 - Portugal (2/3) - Porto

Perjalanan pada hari ini merupakan daytrip dari Lisbon ke Porto yang mengambil masa sekitar 3.5jam/arah. Kalau book awal train boleh dapat serendah 10 euro/arah.  Terdapat 2 train express yang normal dan moden. Tiada perbezaan durasi perjalanan cuma limitasi pada time table.


Sesudah tiba di Porto, kami beli tiket train metro, yang mempunyai sama sistem seperti di Lisbon, Pakai daily tiket sebab lebih dari 3 trip. 

Pemandangan entrance bandar Porto dari keretapi rentas negeri dan metro lokal Porto.

Mula2 naik keatas dulu ke stadium Porto. Mujur station integrasi dengan stadium. Tapi stadium ni atas bukit, nampak pemandangan bandar sekeliling.


Kemudian kami menuju ke bahagian central Porto Sao Bento. Banyak elemen2 yang dikenali sebagai Azulejo , teknik perwarnaan biru di sekitar bandar ini.


dekorasi Azulejo di stesen keretapi dan bangunan berhampiran

Naik keatas sikit kami tiba di Mercado do Bolhão, just pusing2 tengok sahaja market area.




Dari market area kami turun kebawah kearah sungai merentasi central area of the city, bandar ni agak berbukit tetapi tak aggresive macam surface bandar Lisbon. Pass by ratthaus (town hall) Porto.  Ramai  pelancong beratur ambil gambar dekat font Porto. 

 

 



Our headline for this city is to chill at Douro River. Memang cantik, mujur cuaca terang. Memang agak lama lepak sini sebab best sangat tengok kapal lalu, orang lalu lalang. Masa nak balik dari hujung Douro River ke stesen keretapi kami ambil cable car nak tengok dari atas. Tak berapa mahal sangat dan agak effisien queue walaupun panjang.



 


The magnificent Douro River

 
View from cable car and on the bridge


Porto juga ada jual banyak sardin, kami observe je kedai2 tourist trap ni, sebab decoration dia cantik jual produk. Sardin2 ni beli dekat grocery lokal Lisbon/Porto pun banyak ada.



Tak berjaya nak lepak bandar Porto sampai sunset sebab train nak pulang ke Lisbon tak banyak, terpaksa ambik train lewat petang (isk....summer time daylight panjang).

Kedai2 cenderamata di Porto lebih banyak produk dari Gabus (kami tak nampak/mungkin termiss? di Lisbon). Porto sinonim dengan nama Port of Wine. Banyak Gabus digunakan untuk  menutup botol wine. Gabus2 ini juga di gunakan membuat kraftangan beg, dompet, lukisan dan pelbagai produk cenderahati lagi.

Boleh disimpulkan bandar Porto ni mempunyai tarikan yang berbeza dengan Lisbon. Kawasan pelancogan pun boleh walking distance atau hanya beberapa sambungan metro sahaja. Tak extensif macam di Lisbon. 


























ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...