Sunday, October 13, 2024

Tour 2024 - Portugal (3/3) - Sintra, Cabo Da Roca & Cascais

 

Jadual hari ini lebih kepada naturism. Escape to hill area, coastal area, beach area. Seawal pagi kami bergerak ke Sintra. Tiba di Sintra dalam sejam dari Lisbon, kami bypass dan pergi ke kawasan paling jauh dahulu kerana limitasi bas, iaitu kawasan titil paling barat di benua eropah. Selepas tu baru pulang ke Sintra, dan seterusnya turun ke kawasan pantai di Cascais sebelum menuju pulang ke Lisbon.



Cabo Da Roca, the most western tip of europe continent. Nak sampai sini kena check bas betul2 sebab tak banyak. baik datang awal dan timing (via google map) for next bas. Bas pun kecil sebab trek bukit lorong tak besar. Rasa macam sejam sekali (at 2024) antara Cabo Da Roca dengan Sintra. Sepanjang trip pemandangan cantik sebab bas lalu di sisi bukit nampak pantai dari jauh. Masa sampai pagi2 tu angin kuat, tebing tinggi cantik. Hujung lautan tak nampak belah sana benua Amerika.

 

Cabo Da Roca


Selepas trip 3 jam di Cabo Da Roca (1jam ke CDR, 1 jam di CDR, 1 jam pulang dari CBR), kami pulang ke pekan Sintra. Pekan ini merupakan hub pelbagai kawasan pelancongan. Terdapat pelbagai tempat boleh dilawat dan pelbagai istana disini.  Kalau seharian sini pun tak habis pusing. Kami pilih untuk ke Moorish Castle kerana berpendapat view dia lebih tinggi berbanding ke Pena Palace yang lebih popular. Pena Palace beratur memang panjang semasa kami down trek pulang dari Moorish Castle.

 






Untuk ke kawasan2 istana ni disediakan buggy bebayar, tapi kami mengambil inisiatif hiking celah2 trek yang disediakan.  Trekking dia masih ok untuk casual tourist.  Agak gayat naik Moorish Castle sebab ada kawasan tangga expose terus ke bawah tanpa dinding, mujur ada tempat turun yang dilitupi hutan. Setelah turun, baru cari lunch di pekan Sintra sebelum meneruskan perjalanan adhoc ke Cascais (tiada dalam perancangan awal). 

Perjalanan ke Cascais dari Sintra mengambil masa dalam 45 minit, juga mempunya limitasi bas. Rancang sebaiknya (via google map) untuk mengurankan masa menunggu bas.

Tiba di Cascais sebelah petang suasana bandar baru nak hidup. Mungkin lebih meriah disebelah malam, tetapi kawasan pantai memang sudah penuh dengan pelbagai jenis pelancong sunbathing because its summer :)  





Trip ke Cascais ni adhoc kerana ada possible route direct to Lisbon selepas habis pusing. Disebabkan adhoc, tak bawa pakaian mandi. Rugi juga tak dapat pengalaman mandi di pantai eropah.

Bandar Cascais ni pun masih dalam walking distance dan tersedia stesen keretapi pulang terus ke Lisbon dalam 1 jam. Dari ini banyak keretapi terjadual antara Lisbon dan Cascais,. Separuh perjalanan keretapi adalah coastal view. 



















 

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...