Saturday, October 26, 2019

Magnum Salted Caramel





Magnum limited edition - Salted Caramel. For my taste below standard Almond flavour. 


Sunday, October 20, 2019

Brutal Assault 2019

1.0 Prelude

 Brutal Assault 2019 merupakan edisi ke 24 siri festival ini. Ia berlangsung di Jaromer, Czech Republic. Lebih kurang 130km dari Prague. Kita cerita sikit pasal Czech Republic dulu. Nak ke venue agak mudah dengan menaiki beberapa keretapi tempatan secara transit. Sistem keretapi di Czech ni murah, moden dan punctual. Czech tak pakai euro, tapi tak perlu gusar nak buat budget berapa cash nak tukar. Tak perlu pening kepala. Pakai ja debit card atau credit card nak buat transaksi di negara ni. Kali pertama touch down negara Czech tanpa matawang Czech nak ke bandarboleh pergi kaunter perkhidmatan, tap/wave debit card nak beli tiket bas/metro.  Setting trip keretapi inter-city, antara negara pun boleh beli siap2 di website keretapi Czech. Kami memang beli siap2 dah. Sebab plan tak bawa matawang lain selain euro.

Segala grocery kebanyakannya self-service layan diri. Bawa beg sendiri, plastik bag memang takda. Negara ni makanan2 dan minuman murah. Minuman famous kat sini Malinovska, kira macam lemon+raspberi. Dia punya kola pun best, Kofola. Lagu satu tips nak kasi tau, balik dari mana2 festival atau destinasi percutian lepas tu singgah di Prague, boleh pos semua barang menerusi pejabat pos di negara ni. Murah berbanding negara lain. Kadar pos tracking normal 3kg baru rm110 (rate Aug 2019), Czech ke Malaysia. Kotak, selotep semua ada jual siap kat pejabat pos. Aku dah compare dengan Austria, Hungary, Croatia sebab akan transit negara2 ni kemudian. Tak boleh celen rate harga pos ditawarkan oleh Czech pos. Sistem pos dia pun moden. Cuma kadang2 officer tak paham english ada counter perkhidmatan yang tau akan instruct isi form macam mana. Paling teruk pun masa kita nak daftar info postage nanti dekat komputer officer tak paham english tu applikasi pos dia bahasa english. So kita habaq la nak dia isi macam apa dalam kotak2 tu, misalan city, street dan sebagainya. Kami memang kena pos sebab nak kekal berat beg ringan nak bagpacking banyak hari lagi.

Pakat pos balik merchandize Wacken  minggu sebelumnya.

Lepas Brutal Assault kami ke Vienna, Austria. Sekali lagi aku try post sikit barang merchanize Brutal Assault. Dia pakai flat rate 2kg rm97(rate Aug 2019). Cuma pejabat post Austria ni english dia ngam. Ok lebih2 cerita Czech dan pengembaraan di eastern europe & balkan boleh check kemudian di section lain blog ni.

2.0 Brutal Assault 2019



Brutal Assault (BA) ni boleh kira "mid-tier" metal festival di eropah. Sebab limit pengunjung sekitar 20000 orangs sahaja. Harga dia pun 90 euro + 24 euro optional tapak khemah (guarded + facilities) + 12 euro optional seat atas bukit untuk bangsawan. Semua harga ni untuk sepanjang masa berada festival. Band2 BA ni pun selalunya berat2 lagi berbanding Wacken yang agak balance genre dia.  Kami first time mai festival BA ni sebab alang2 dah dalam route jelalah eurotrip #36hari14negara. Lagi pun seminggu selepas Wacken ja.

Tempat duduk bangsawan. Yang marhaen macam nahak(bukan nama sebenar) boleh moshing kat bawah bukit. 

 
Goodies sekali dengan teaser headliners BA2020.

Goodie bag dia pun boleh tahan bagus. Infact aku rasa lagi bagus dari Wacken bila ikut ratio kos.  Lanyard, guide book, kad2 reference showtime dan wrist RFID. Semua bayaran transaksi pakai RFID. Boleh intergrate kad bank dengan tag RFID ni atau tukar cash untuk topup tag. Baki melebih 100 koruna baru dapat refund dalam bank diakhir festival. Setibanya di stesen keretapi Jaromer kami menapak lebih kurang 1.5km-2km ke camping area. Ada ja taxi shuttle, tapi kena bayar la. 

Tapak khemah kami. 2 pelangi! tapi kamera tak berapa nampak.

Geng BA 2019.

Tapak camping kami. Lot 7, sebab lambat, paling hujung dengan entrance camping area, tapi paling dekat dengan festival area. Camping area ni optional sebenarnya, ramai ja camping haram celah2 nak  antara lot, lereng2 bukit dan mana boleh tangkap muat.  Cuma risiko kecurian dan tiada facilities macam shower dan sebagainya.  Distribusi camping area dia buat bagus. Dah penuh baru buka lot baru. Dalam lot baru pun split 2-6 kawasan berpagar lagi. dia nak kawal populasi. maka agak luas area nak pacak khemah. Boleh jarak2 dengan selesea.  Kawasan camping sini best dari Wacken sebab Wacken atas ladang, sini macam hutan, so pokok2 bunga banyak bersama lebah2 tak tokak maknusia.

první den

Sistem penukaran tiket dia smooth. 2-3 kaunter jugak la kena lalu. Tiap2 kaunter tukar benda spesifik, macam pass camping area, wrist tag, goodies bag dan pelbagai. Habis2 setting khemah kami pun pergi pusing festival area. Sini senang, stage tak banyak, nak jalan pun tak baloq sebab tak besar macam Wacken. Kami pusing2 dulu kawasan dia.

 
 Entrance dan movie area. Sebab musim hujan, spot movie room ni sentiasa penuh. aircond dia nyeyak nak lena bila time panas.


 
Lounge area, tempat lepak2 free wifi point pun bagus kat BA ni. Ada section  Cukup kerusi untuk orang lepak dan makan. Kawasan teduh pun banyak. 

Gaming arcade pun ada. play unlimited ikut rate jam. kami lepak lounge dalam ni bila sejuk sangat.

Buka mukadimah BA dengan Voivod, Time ni tak sempat bawak keluaq camera sebab sambil tengok terjumpa pulak geng2 Malaysia yang turun mai BA 2019. Habis Voivod tengok Ensiferum, pelik band otai main awai first day. Infact banyak band best main first day. 5/5

 

Ensiferum (last seen Wacken 2011)

Seterusnya Soilwork, kali ni perform dengan beberapa track album baru dia. Lagu feveret aku, Stalfagel dia main last.  Best sikit la feel dia dari tengok mereka perform as The Night Flight Ochestra minggu lepas kat Wacken. 4/5

 
Soilwork 

Lepas tu hujan mai. Punya sejuk hujan dia. mujur dah bawa raincoat siap2. Kami dah start rabat naik bukit bangsawan, Aaron dok bawah ja sebab dia jenis suka spot closeup. Hati aku tak cekal nak mengadap moshing atau himpit2 ni sebab dah baloq.  Bagusnya BA ni kalau dok bawah pun paling belakang sekali pun boleh nampak muka band dok perform. Sebab tak berapa jauh dari stage dan maknusia tak ramai.  Next band sampai tengah malam hari pertama semua ultragempak. Next band Jinjer. Haritu kat Wacken dapat tengok sekejap ja sebab clash dengan band lain. Kali ni boleh tengok full performance depa sejam. Padu performance diaorang 5/5

Jinjer (last seen Wacken 2014)

Lepas Jinjer band kontroversi "fake" Batushka. Band Polish black metal. Lantaklah fake ke tak fake ka, janji hampa main lagu Batushka. Ada orang claim fake sebab line up dia tak original dah sebab gaduh2 buang band member. Peduli apa aku semua tu, janji perform best. Sementara Jinjer dok perform sejam, boleh nampak stage sebelah setting prop Batushka dekat sejam jugak la. Macam2 sangat altar nak bubuh. Mujur performance depa equal dengan prop2 depa. Harap2 boleh mai Malaysia la band ni hahahaha 5/5



Batushka

Lepas Batushka band bucketlist aku. Band inspirasi, zaman mengaji sekolah, Therion. Untuk BA, Therion bawa ekslusif perform all tracks single album 1996, Theli. Memang hit jackpot la pi BA 2019 kali ni, sebab lagu The Siren of the Woods tu jarang amat Therion perform live. Mata berkaca  macam Shah Rukh Khan mengalami konfrontasi diri lepas Therion perform lagu tu depa mata. 6/5



 Therion

Nasib baik la ada orang pi rekod lagu The Siren of the Woods masuk youtube :)

Next band Parkway Drive. Kena turun bawah sebab dia punya setting stage lampu2 bawah tier stage semua beam pi atas bukit. Haram tak nampa apa terus. Time ni dah malam, performance Parkway Drive lampu dia terang benderang. Kali ni boleh tengok Parkway Drive depan mata dekat2 tak macam minggu lepas kat Wacken nampak besaq semut ja. Dia punya gimik masuk entrance sangat kreatif.  Daripada screen nampak lampu merah dah pasang konon2 depa dok ready belakang stage. Alih2 satu set geng torch bearer bodyguard depa mai dari belakang crowd menuju ke stage. Stye nak habaq hang. 5/5

Parkway Drive (last seen Wacken 2019)

Entrance gimik Parkway Drive BA 2019

Band seterusnya Cult of Luna , sludge metal dari Sweden. Aku tengok satu lagu ja lepas tu ciao pi cari kopi panas. Sejuk sangat dah. Lagi pun nak ambil gambar dah susah, lampu liplap banyak sangat dan dah malam, pencahayaan kamera gambaq dok blur.

Cult of Luna.

Band seterusnya, band lejen Hypocrisy. Terlampau best, tak ramai ambik gambaq dan tak ramai yang rekod. Semua having good times headbanging band lejen ni. Balik tengok youtube ja harap orang rekod. Dapat juga tengok Hyprocrisy perform lagu Eraser depan mata.  6/5 

Hypocrisy

Last band Frogleap. Kami semua dah keletihan travel, set up camping dan mengharungi sejuk hujan. Tak dapat dah tengok Frogleap. Balik lena terus. Camping area sini aman damai tak hinggaq macam Wacken dok party all night.

druhý den

Hari kedua banyak band2 trash metal macam Sodom, Testament, Sacred Reich, Anthrax. Deicide terpaksa cancel last minit sebab flight problem.  Aku tak minat genre ni, tambahan Decapitated & Meshuggah dah penah tengok sebelum ni di Wacken. Awal hari ke tiga pun banyak trash metal seperti Destruction & Immolation. So aku dgn Sany ciao dari festival pi adhoc explore bandar2 Czech yang lain seperti Pardubiche dan Brno. Cerita bandar2 ni dalam section lain blog ni.  Cuma pagi tu aku pi usha kot2 sarapan murah dah jual kat tapak festival. Sempat la tengok Diablo Swing Ochestra sekejap sebelum berangkat. Layan sambil hirup kopi panas. Walaupun tak minat tapi bagi 4/5 sebab sapa depa ni perform kira entertaining la  

Diablo Swing Ochestra.

Masa keluar dari BA menuju ke stesen keretapi kamipi pusing sekejap sekitar Fort Josefov diluar venue BA ni. Bosan tak happening macam kampung Wacken. Sebab central area bandar Jaromer bukan di sini, jauh sikit sekitar 3-5km dari BA. Nampak macam luas dalam gambar tapi kecil sahaja kawasan dia. Ada warung2 kecil jual arak dan makanan pada harga berpatutan tapi kena bayar cash.

 Luaran Fortress Josefov

Selebihnya  hari ke2 dan ke3 di BA hanya Aaron sahaja yang terus menonton (ni gambar2 kamera Aaron).

Krisiun - Death metal 

 Crystal Lake - metalcore dari Jepun

Sacred Reich - Trash metal 

Decapitated (last seen wacken 2014)

Omnium Gatherum

Sodom(last seen Wacken 2011, 2014)

Testament(last seen Wacken 2019)

Messhuggah - prop sama macam di Wacken, backdrop tak tunjuk nama band. 
(last seen Wacken 2019)

Anthrax (last seen Soundwave 2013, Wacken 2019)


třetí den

Tak sempat nak kejar train pergi bandar Brno, terus adhoc menginap di bandar Pardubiche 50km dari Jaromer. Hotel pun harga berpatutan di bandar2 kecil Czech. Kami plan nak ronda bandar kedua terbesar di Czech, Brno (150km dari Jaromer) sebelum pulang ke BA pada sebelah petang. Oleh kerana sistem keretapi yang efisien, kami sampai semula ke tapak festival sempat nak tengok band seterusnya. Tapi sebelum tu kita continue sikit apa Aaron tengok hari ketiga dulu (gambar kamera Aaron).

Aborted



Destruction (last seen Hammersonic 2013)



Immolation


Anathema

Pada mulanya plan nak sampai terus tengok Agnostic Front tapi terlepas juga sebab terlewat sampai.  Agnostic Front main selepas Anathema. Lepas Agnostic Front baru Heilung. Salah satu band yang nak tengok sebab unik, percussion pakai tulang2 binatang. Epik juga performance dia. Ingatkan boring sebab main ketuk2 benda tapi bila dengar lama2 terlayan sampai habis dia punya show. 4/5



 

Heilung

Band seterusnya Emperor. Sebab BA menyajikan band2 black metal Polish style (Batushka & MGLA) , maka aku rasa Emperor macam klasik dan inferior sikit. Boleh la 3/5


 
Emperor (last seen Wacken 2014, Ihsahn Hammersonic 2018)

Layan blackmetal pakai baju cookie monster ja..boleh kot?
meet & greet Emperor Wacken 2014

2 band ja tengok hari ke-3. dah lemau travel 100km(pardubiche ke brno) + 150 km (brno ke jaromer). penat sebab ronda2 bandar lagi. Kami balik camp tido awal. Aaron sambung tengok Taake dan repeat last band of the day, Hellhammer.

Taake

Hellhammer - Triumph of Death (last seen Wacken 2019)

Sebelum balik camp sempat ronda sikit tengok merchandize yang jual sekitar festival. Patches, boots, kilt dan pelbagai dijual pada harga yang lebih murah dari premium festival. 


 
antara stuff2 yang dijual di stall BA

Band dan festival official merchandize pun ada jual, system beli selected shirts bayar dahulu dan collect sewaktu festival pun disediakan supaya tidak kecewa stok habis.


čtvrtý den

Pagi2 dah kalut pergi stage area sebab ada band best main slot pertama hari terakhir, Gutalax. Lepas ni rasanya next tido esok hari 10PM di Austria, tamatkan daytrip Slovakia dari Jaromer. Tak boleh tidor dah sampai pagi esok sebab kejar beberapa siri transit bas & keretapi yang tak boleh miss langsung. Tidor2 ayam atas keretapi sekejap2 jangan sampai terlepas tempat nak turun. Gutalax punya prop bawa jamban portable. Pagi2 dah ramai maknusia dan askar2 Gutalax tunggu. Show mereka di BA juga debut videoclip terbaru mereka, Shitbusters. Full videoclip ini dipasang tengah2 antara show performance mereka. Videoclip Shitbusters 6/5 Performance masa BA 5/5

Shitbusters - layak menang music videoclip of the year 2019.

10AM dah penuh headbangers layan Gutalax. Habis show bersepah tisu tandas atas lantai main baling2. Askar2 Gutalax punya pakaian dan moshing memang world class.


Jamban surfing. Jamban ni surf complete circle naik balik atas stage.

Habis Gutalax, band Mallephyr. Lengang semula stage area. Kami pun ciao sebab tak berapa nak masuk telinga musik Mallephyr. Gambar pun tak ambik. Pi balik camping area bersarapan dan  menuju semula ke stage area untuk menonton band seterusnya Cytotoxin. Energy vocalist dia memang luarbiasa. 5/5 

 
Cytotoxin

Lepas Cytotoxin, band Vampillia, band unik dari Jepun main classical. Band Jepun metal experimental ni macam biasalah, abstrak. Musik dia ala2 band Jepun macam  Envy (Recitation, 2010 one of the best album out there!) atau Mono. Kena mendalami sikit musik dia baru boleh layan. 5/5

 
Vampillia

Habis Vampillia, kami balik ke camping area untuk kemas bagpack sebab takut gelap lepas show susah nak packing. Sekitar 3.30AM plan nak gerak pi stesen keretapi nak ambik bas & keretapi transit 5AM ke destinasi eurotrip seterusnya, Slovakia.  Lepas kemas barang2 baru tuju semua ke stage area. Demolition Hammer baru habis perform. Dapat la tengok satu lagu last diaorang perform. Dah tua2 pun padu lagi main trash metal. Mujur tak berapa minat thrash metal.

Next layan band yang terlepas masa di Wacken 2019 akibat clash banyak band. Vltimas. Main fullset album Something Wicked Marches In. 4/5

Vltimas

Habis Vltimas, satu lagu band absrak yang kami tak boleh berapa nak masuk. Band seterusnya Animal As Leader. Boleh la tengok Tosin Abasi live main guitar dia. 


Animal as Leaders

Lepas tu kami pi makan siap2 sebab lepas ni sampai penutup band best2.  Cari port siap2 kat area bangsawan. 

Band seterusnya Rotting Christ. Sayang betul clash dengan Tankard (main stage kecil). Tak tercapai juga nak lengkapkan The Big 4 Teutonic. 3 lagi dah tengok. Masa Rotting Christ mai Bangkok 2014 tak mampu nak pi lagi time tu. Mujur main kat BA. Cuma tadak lagu anthem Fgmenth, Thy Gift dalam performance di BA. 4/5

Rotting Christ

Napalm Death perform lepas Rotting Christ. Mark Greenway macam kena rasuk. Punya bertenaga lain macam perform. Tak boleh nak concentrate sangat sebab hujan sudah mai semula time ni sampai habis MGLA. Sejuk sesangat umpama Elsa Frozen cast spell dia. Show yang penuh bertenaga. Heran depa tak rasa sejuk ka? 5/5


Napalm  Death (last seen Napalm Death KL 2007)

Band yang paling anticipate nak tengok lepas Therion di BA menyusul lepas Napalm Death, band black metal Poland, MGLA.  Sempat depa petik 2 lagu album baru (Age of Excuse) yang belum release ketika BA. Ni band pukul rata, naik stage tak cakap apa terus perform. Stop sekejap terus sambung next song sampai la habis slot depa. Tadak encore, tak cakap banyak, pulun terus. Memang tak mengecewakan 6/5.


MGLA

Carcass perform lepas MGLA. Hujan dah stop. Tapi sejuk dah hilang, lupa terus sejuk lepas tengok MGLA. Kecewa jugak la sebab masih tak putar lagu Mount of Execution. Nasib baik dia putar Captive Bolt Pistol dengan Heartwork. 3 kali tengok depa ni pun masih tak putar Mount of Execution. Macam jarang main live lagu ni, kat youtube pun ada 1-2 ja orang dapat rekod.

Carcass (last seen Wacken 2014, Pulp Summer Slam 2015)

Last band sebelum kami balik camp dan berangkat keluar, tengok band terakhir Anaal Nathrakh. 4/5
Tak seperti Wacken, band terakhir BA pun masih ramai menonton kerana ramai yang pulang esok pagi bila cerah. Ramai yang lepak camping area dulu. Sebab access bus dan keretapi agak limited berbanding keadaan di Wacken.

Anaal Nathrakh

Oleh kerana hujan hampir setiap hari di Brutal Assault ni, khemah kami (sambung pakai dari Wacken) macam dah tak boleh berfungsi dengan normal. Hujan dan embun dan boleh meresap. Kalau satu hari lagi hujan memang tak boleh tidor dah dalam tu boleh banjir. Nasihat aku, beli khemas dua layer atau yang waterproof, bukan yang water resistant.

Last sunset di BA 2019

3.0 Conclude

BA punya faktor "worth of duit ringgit anda" memang berbaloi dengan harga dia. Kerana terhad kepada 20000 maksnusia sahaja maka tak crowded teruk macam Wacken. Banyak ruang makan, minum dan menonton band. View paling cikai pun boleh nampak band secara jelas sebab saiz festival tak berapa besar sangat.

Makanan, minuman dan stuff semua harga logik akal. Cuma bila pakai sistem topup ni ada minimum topup. Takut ada belen yang tidak dikehendaki. Contoh nak beli ayaq seringgit tapi dalam RFID tag ada lima kupang, kena la reload lima ringgit. 4 ringgit belen taktau buat apa.

Langsung tak pi kejar meet & greet di BA, tapi bila observe schedule meet & greet dia lagi pack dan ramai artis berbanding Wacken. 

Meet & greet running time  BA 2019

Susunan genre pun nampak macam ada pattern. walaupun di sulami beberapa genre lain sikit celah2 running time. contohnya hari pertama banyak band "besar". hari kedua dan ketiga banyak trash metal. hari terakhir banyak band2 bunyi jahat sikit dari hari2 lain. Organizer pun nampak bijak dalam memilih line up. Clash band pun tak banyak.

Venue dia best tapi nak menapak pi situ agak jauh kalau usung bagpack dan khemah, ada dalam sekitar 1-3km dari stesen keretapi sampai ke tapak camping. 

Kalau ambik option tapak camping, facility dia provide berbaloi la. Toilet dibersihkan tiap2 hari, ada shower dan kawalan keselamatan. Kena book awal sebab selalu sold out tapak khemah berbayar ni.

Hypocrisy, Therion & MGLA memang padu teruk !


Running order; perubahan akhir tak banyak beza.


disclaimer;

Segala rating band adalah ikut sedap diri sendiri dan bukan dipengaruhi oleh bendasing2 yang mengusik jiwa dan rohani. Semua broken language kerana untuk asalnya artikel ini untuk bacaan diri sendiri bila tua2 nanti.

Special thanks to Aaron & Sany for maintain same team for eurotrip. Special thanks to Aaron gambar semua marvelous near stage. Kalau nak guna gambar2 kami sudilah creditkan kepada blog ni ya.


Děkuju
































































































































ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...