Wacken On Air(Wacken) merupakan satu festival tahunan yang diadakan di sebuah perkampungan kecil lebih kurang 100km dari bandar Hamburg, Jerman. Konsep festival ini lebih kepada appresiasi konsert rock dan metal tetapi tidak terbatas dengan penganjuran aktiviti lain. Antara aktiviti lain yang turut terdapat di festival ini ialah pasar jualan pakaian dan cd, perkampungan viking, pertandingan bolasepak dan sukan gusti hiburan, pertembungan budaya, karaoke dan tontonan filem dipadang lapang.
Persediaan kami ke Wacken pada tahun ini bermula semenjak tahun 2023. Tiket dibeli dengan pantas sejurus selepas tamat Wacken 2023. Dalam masa sekitar 5 jam kesemua tiket telah habis dijual untuk Wacken edisi 2024. Aku masih ingat time tu aku ada atas bas pukul 1 pagi menuju Johor dari Kuala Lumpur. Cerah handphone dalam gelap bas tunggu queue tiket sampai giliran dalam sejam lebih.Tiket tahun ini berharga 333 euro, beza teruk dengan lima tahun lepas hanya 220 euro. Trip Wacken tahun ni termaktub dalam perancangan Euro-Afica trip 2024 @33hari10negara Turkey-German-Poland-Czech-Portugal-Morocco-Spain-Gibraltar-Egypt-UAE. Previously trip #33hari14negara Oman-German-Czech-Slovakia-Austria-Slovenia-Croatia-Hungary-Greece-Bulgaria-North Macedonia-Turkey-Singapore.
* @33hari10negara punya blog masih dalam pembikinan, link kemudian
2024 - Ayie. Aaron, Dikin, Gary @ Hamburg
Throwback team lama 2011,2014, 2019
2.0 Wacken 2024
ester Tag
Jauh gila dari concert area, tapi aman la sebab spacious.
Jiran2 dok mai teka bendera bawah, sebab yang atas depa dah tau. Aku sengaja letak bendera tu supaya dimasa akan datang aku tau time pi ni aku kerja kat Johor. Pendapatan aku kat Johor yang menyebabkan salah satu sebab aku boleh realisasikan trip ni selain dengan izin tuhan. Banyak video dalam ni aku credit kepada owner link youtube sebab aku pun tak rekod banyak sebab mai nak layan show, dan rekod pendek2 sangat just for personal moment. Gambar2 dalam blog ni boleh click untuk zoom. Tajuk band bawah gambar tu boleh click tengok setlist lagu perform by band.
Tiap2 petang layan belon dari pintu khemah sambil meneguk air mineral sahaja(free). Dulu takda belon2 sponsor ni.
Tapak camping tahun ni dah ubah jauh dari sebelum2 ni kerana tempat bas berhenti dah jauh dari site "camping only". Ini mungkin disebabkan untuk memberi laluan priority perjalanan dari bas ke tapak2 perkhemahan premium. Dulu2 takda pun benda ni semua camping kasta pukul sama rata. Most of the nearest spot dah isi penuh sebab kami datang lambat pada hari Rabu. Wacken 2024 dah start buka camping ground hari Isnin dan sedikit show mula hari Selasa.
Pink - Route jalan kaki (layout 2011)
Camping site marhaen kami yang dahulu hanya 200 meter dari bas dah jadi 1.5km-2.0km kebelakang. Semoga dimasa akan datang organizer boleh consider tapak bas lama atau dekatkan sikit camping area.
Campsite lama sekarang dah jadi port untuk campsite premium. Ada macam2 level camping premium
Kami plan masuk hari Rabu, maka tiadalah perkhidmatan metalbus (mahal sikit sahaja) dari Hamburg. Kena naik local train pi Itzehoe dari Altona lepas tu sambung naik bas shuttle masuk Wacken. Dekat dua jam juga baru sampai tapi letih tunggu shuttle bus. Mujur dalam shuttle bus ada wifi free. Senang cerita kalau pergi ada metalbus, bayar ja lebih sikit tapi selesa dan harga tak beza jauh dengan naik manual pun. Time balik kami pakai metalbus, sedap tidur all the way sampai Altona tak payah fikir2 nak kena transit tukar keretapi dari shuttle bus.
Tahun ni trade in wrist band effisien. Sekejap ja dah boleh dapat walaupun beratur macam nasi kandaq beratoq. Sebab apa laju tahun ni? sebab dulu aku pernah komen 2019 goodie bag dah kecik, tahun ni lagi teruk, hanya rubbish bag + itinerari show pakai material suratkhabar. Hairan betul dah bayar mahal2 goodie bag pun takda. Patch Wacken tahunan pun takda! (kena beli sendiri).
Koleksi patch tahunan. 2024 balik jahit di rumah..
Pacak khemah ala kadar ja pasal nak pi layan band besaq main awai. Settle semua dalam 3pm, pukul 5pm nak pi layan the Warning dan band2 lain. Tahun ni dah ada keselesaan nak guna apps Clashfinder yang kami rekomen pakai untuk apa2 festival. Lebih function berbanding suratkhabar mangkuk ayun.
Layout Wacken 2024 telah berubah sedikit radikal dengan kehilangan Supermarket(sumber barang harian murah) dan digantikan dengan farmers market. mujur roti dalam farmers market ni harga masih berpatutan berbanding booth festival lain.
Oren pedas (vegan)...sedap punya combo di farmers market.
Tahun ni baru ada mandatory cashless, senang guna via cash atau credit card (mesin berasingan). Baki dipulangkan lepas festival via online application.
Antara sebab kami gerak hari Rabu kerana hari Selasa hanya beberapa band sahaja perform termasuk metal battle festival. Better pergi jalan2 bandar2 di Jerman dulu kerana datang jauh2 rugi tak explore. Masuk hari rabu pun petang baru main stage area buka. Kami pun tak pergi layan metal battle sebab lepas pasang khemah better pergi tengok band best2 perform terus.
Sekitar campsite
Main stage area masih belum buka hari Rabu
Ada sepuluh stage rasanya tahun ni. Tapi yg sedikit besar diluar tag-check hanya Wasteland stage dan beberapa stage kecil lebih berunsur kepada untuk interview dan akoustik performance. Tahun ni aku dah purchase baju festival online click and collect terus di festival sebab malas beratur. Harga shirt dalam 29-34 euro, sweater dalam 50 euro. Untuk band official merchandise masih di spot sama tapi aku tak ambil gambar sebab tak pergi. takut teracun nak beli merchandize band.
Antara point click and collect dan pembelian terus official merchandize. Better beratur di kiosk2 kecil sebab ada barang sama juga.
Mukadimah band pertama layan di Louder stage (midtier stage) The Warning. Ramai gila tengok band ni, makes me wonder berapa kerat sangat nak tengok metal battle? Kalau anda diposisi aku, korang tengok The Warning ke nak tengok metal battle? Hahaha.
Habis The Warning, Main stage area dah buka, elok2 sempat tengok The Darkness perform Love is only A Feeling. Mujur sempat, dulu masa dia datang Malaysia tak sempat tengok. Ramai kan? Sekali lagi aku nak emphasis korang rasa berapa kerat tengok metal battle time ni?
Habis sajaja The Darkness patah semula ke Louder stage layan Tina Guo. Last time aku tengok dia perform di Wacken 2019 feat untuk Sabaton. Aku tengok dari jauh 2 lagu ja sebab nak balik ambil jaket dengan tukar seluar panjang sebab sejuk dah start creeping.
Balik khemah siap2 pastu letak kepala rilek sekejap sebab penat travel dengan pasang khemah harini. Tanpa diduga terbabas sampai esok pagi. Mungkin sebab badan baru nak adjust sejuk ladang eropah. Mengigil dengan keluar asap kat mulut jugak la tarik selimut. Terlepas band plan nak tengok , Hellripper, Van Canto(2), Crisix(2) dengan Equilibrium(2). Takda la ralat sangat sebab banyak dah tengok tapi rugi juga la.
Summary Day 1. merah (sukses), biru (kalau sempat), merah (gagal)
zweiter Tag
Hari kedua cemerlang bangun awal. Tapi disebabkan lokasi camping baru ni agak jauh dengan waterpoint, terpaksalah pi jalan 10 minit baru dapat topup mineral water (kegunaan harian di khemah dan minum) dan gosok gigi. Air dia mujur sejuk sampai habis festival. Ini jadi rutin harian sambil selit farmers market cari sarapan seperti croissant dan roti keras(tahan lapar). Selain dari infrastruktur waterpoint, line connection date phone pun dah 5G. Cuma tak pasti free wifi masih ada seperti 2019. Sebab tahun ni dah start pakai eSim maka free wifi dah macam tak relevan sebab free wifi ni selalu available dekat point2 tertentu sahaja.
Waterpoint terdekat pun dah depan pintuk tag-check festival :(
Lepas sarapan siap2 kill time dengan ronda area viking village dan layan 3 metal battle band kesian kena main pagi orang tak bangun atau belum ramai. Tengok gambar pun tau Rock The World lagi ramai yang menonton. Aku rasa korang pun tak ambik port nak live streaming Metal Battle ni dari depan pc kat rumah.
Corbian (MB-Germany)
Aquilla (MB-Poland)
Five Penalties (MB-China)
Kalau korang bernasib baik akan ditegur oleh geng2 Residence Wacken. Diaorang ni dapat tag Wacken spesial. Diaorang ni belanja beer/soft drink dan sembang2. Diaorang ni memang penduduk asal dapat tag. Aku suspek Wacken kasi depa budget untuk belanja orang dan promote Wacken.
Band besar start main tengah hari so masih ada masa aku pergi ronda Viking Village, kot2 ada pembaharuan, tetapi sama sahaja. mungkin lebih variasi merch. Dari dulu nak beli tanduk minum ni tapi takut tak lepas nak bawak balik sebagai objek tajam atau tekaan eksotik pihak authoriti.
Viking Village
Sempat juga ronda area wasteland tengok post apocalyptic theme. kat sini ada stage luar tag-check, wasteland stage.
Wasteland Village
Ok 12 tengah hari, aku tinggal metal battle terus shoot pi Louder tengok Dio Disciple. Kemaruk dah dengar live lagu Rainbow in The Dark dengan Holy Diver.
Habis Dio Disiple aku pergi ambil gambar dulu di main stage sementara orang masih tak ramai. habis je ambil gambar jalan balik ke louder tengok The Sweet dah separuh jalan. Memang nak tenok last2 ja satu lagu Fox on The Run.
Time lain susah nak ambil gambar kat sini sebab penuh orang
Lepas dapatkan lunch, aku sambung balik dekat Louder stage nak tengok bandArmored Saint, walaupun plan sebenarnya nak tengok time di Brutal Assault. Mungkin sebab music style dia aku tak gemar aku tengok satu dua lagu ja.
Move on to lower tier stage (WET/Headbangers) ni aku plan nak tengok Messiah. Tapi Metal Battle tak habis lagi. Last band metal battle tengah perform, Killa Phia dari Indonesia. Banyak ni je crowd. Mungkin ramai pi layan Rage. Datang pun sempat dengar last song ja.
Killa Phia (MB-Indonesia)
Habis Killa Phia aku Rage kejap sebab main stage area baru buka. Ni pun sekadar singgah tengok satu lagu ja sementara tunggu Messiah. Aku dah pernah tengok band ni perform semasa Wacken 2019.
Balik ke WET/Headbangers, Messiah belum start sebab Skeletal Remains masih perform. Messiah baru tengah setup stage sebelah.
Skeletal Remains
Habis Skeletal Remains, Messiah perform stage sebelah. Aku tak berapa minat lagu2 trash lama tapi Messiah ni album yang pernah dengar masa kat sekolah dulu. Sekolah tengah bendang, stuff nak dengar pun limited, asal apa boleh layan. Akhirnya dapat tengok live terus band ni. Mula2 aku agak skeptikal dengan persembahan band2 main genre death/ trash lama ni macam Messiah & Jungle Rot, tapi dengan pengunaan gadjet teknologi, sound live terus beza dengan kaset. Sedap bunyi mereka macam band2 moden, bunyi noise old-skool tu macam dah hilang.
Messiah (gambar kiri tak ramai sebab belum start lagi, semua ramai stage sebelah, Skeletal Remains)
Puas hati tengok Messiah perform, habis terus pergi layan Axel Rudi Pell, ni pun sama nostalgic layan kaset zaman sekolah. Mujur sempat tengok lagi dia ni perform, umur dah 64 tahun ni. Aku skip UADA sebab boleh tengok masa di Brutal Assault kemudian.
Aku sempat tengok separuh sahaja Axel Rudi Pell sebab nak tengok Mr.Big. Mr.Big ni dah banyak kali datang Kuala Lumpur tapi aku tak rasa nak pergi saja2 sebab minat beberapa lagu sahaja. Tapi sebab Wacken ni dah included sekali, aku pi singgah kejap tengok halfway end. Lagu2 top memang main dekat halfway end macam To Be With You, Wild World dengan cover The Who's Baba O'riley. Sampai bila pun kempunan tak dapat tengok live lagu dia paling aku minat Promised Her The Moon. Memang takda dalam setlist.
Ada gap 2 jam sebelum sambung tengok Endstille. Aku pergi makan dengan ambil jaket dulu di khemah sebelum sejuk menyambar malam. Lepak luar tengok stall2 kecil. Stuff agak mahal, boleh dapat murah lagi kalau pergi Brutal Assault. Baju bootleh banyak juga, tak baloi nak ambil gambar sebab kualiti pun tak seberapa.
Produk stall luar festival (non-official)
Aku singgah wasteland stage, the only stage besar yang berada diluar tag-check gate. Ntah2 orang luar/local boleh masuk free tengok dekat stage ni? The only band yang aku sempat tengok main stage ni, band Hardcore Jesus Piece. Memang padu macam tak baloi main stage kecil. Aku ada perasan satu time tu penuh sampai keluar entrance masuk Wasteland ni, ada satu band ramai tengok, aku tak sempat nak masuk tengok band apa sebab penuh sendat, balik refer schedule band yg fullhouse tu April Art.
Jesus Piece
Akhirnya dapat juga tengok Endstille. Aku punya highlight of the day. Most of the bands aku tengok kalau perasan main stage2 kecil ja sebab aku prefer tengok band-band macam ni kerana peluang diaorang nak masuk ASEAN agak tipis.
Lepas habis Endstille terus sambung stage sebelah, tengok band death metal lama Jungle Rot. Sama macam Messiah, bunyi dah improvise disebabkan ada effect2 zaman moden ni. Sedap bunyi sampai boleh tengok sampai habis walaupun aku tak berapa minat sangat band ni.
Habis Jungle Rot aku pergi singgah tengok Opeth satu dua lagu di Louder stage sebab nak pergi tengok Scorpion dah sampai kebelakang full house dia. Terkejut juga Opeth main lagu dah ada growling balik. Last aku tengok takda pun growl ni. From Louder stage aku menyusup via side entrance ke main stage area supaya boleh tengok Scorpion dari dekat sikit,
Scorpion merupakan headline pada hari tersebut. Aku datang dah halfway band perform, punya la crowded. Klaus Meini tahun ini pun dah 76 tahun boleh menyanyi 18 lagu dengan hanya sedikit rehat sahaja antara lagu. Tak sempat nak tengok Rock You Like A Hurricane sebab aku ciao awai sebelum berlaku human centipede orang left stage habis show.
Hijau & biru (non-priority clash) tonton, purple (clash dan tengok masa BA 2024) & merah-gagal tonton.
dritter Tag
Pagi ni aku ambil peluang pergi round kampung Wacken. Rasa macam tak lengkap pula kalau trip ritual ni tak buat kalau pi sana. Tak banyak beza pun kampung ni berbanding 5 tahun lepas. Sarapan dengan kelengkapan perkhemahan juga turut dijual oleh penduduk tempatan pada harga lebih murah. Ada grocery store besar Lidl aku rasa 3km dari kampung ni kalau nak borong lagi banyak barang murah, aku ternampak masa atas bas menuju Wacken.
Wacken Village
Habis ronda aku terus lajak ke Louder stage nak layan band feveret aku Betontod, punk Jerman. Tak banyak gambar sebab terlalu asyik dengan lagu diaorang. Puas hati dapat tengok band ni since Wacken 2011. Wacken 2011 diaorang main stage kecil ja.
Betontod (previous Wacken 2011)
Sayang betul sebab clash pula dengan Sonata Artica. Aku refer setlist.fm lagu feveret I Have A Right pun main awal. Terpaksa la skip juga demi Betontod. Habis Betontod baru aku rush pi main stage tengok Sonata Artica.
Aku bergegas ke stage WET nak tengok band 3-pieces dari Berlin yang tengah dok top sejak kebelakangan ni. Memang best dan kalau ada lagi di masa akan datang mungkin aku akan repeat.
Aku skip dulu Amity Affliction sebab cadang nak tengok masa attend Brutal Assault 2024. Terus skip tengok band dari Finland, Beast In Black dekat mainstage area. Terpaksa duduk belakang sebab nak tunggu Xandria di Headbangers stage belakang lokasi tonton Beast in Black.
Xandria ternyata padu, aku pun hairan kenapa tak dapat perform kat mainstage, elok lagi dari Sebastian Bach (later). One of the best performance this year (not byers...tgk sendiri la youtube mana2 live wacken dia)
On the way to Louder stage nak tengok another feveret punk band aku, aku pintas ke Wackinger stage di Viking village untuk tonton lagu dari Theatre Of Tragedy and Leaves’ Eyes vocalist Liv Kristine. Tak silap aku dia la penyumbang suara rekording asal lagu merdu dan syahdu Cradle of Filth's Nymphentamine. Sempat juga aku selit satu session meet and greet dengan Liv on later that day. Asal aku nak tunggu sampai lagu killer menusuk hati dia Love Decay tapi check setlist.fm takda pulak.
This band is one of the highlight aku nak tengok di Wacken, sama dengan Betontod. Mai metalfest tengok band punk hahaha. Aku minat band ni semenjak OST PS2 Tony Hawk Pro Skater 3 tahun 2001. Tahun tu lagu dia orang lebih punk dan raw berbanding sekarang dah macam happy rock. Lagu2 baru dia aku tak berapa minat tapi sebab dia selit juga lagu zaman dulu2 dia. Showmanship dia memang gila, bawa tembikai potong 2 papan besar buat crowdsurfing. Ali Tabatatbaee ni memang tulang rusuk band dari awal dulu, kalau dia takda memang tak jadi. Rap dan cakap tak berhenti2. Ada geng2 uniform tengkorak dok pusing2. Ending dia memang epik lepas hentam last snare masuk lagu Whitney Houston I Will Always Love You. Mujarab sungguh nak potong semua high moment lepas show.
Sebab layan Zebrahead sampai habis, sempat tengok Feuerschwanz di mainstage sekejap ja. Dapat la tengok lagu yang nak tengok sangat tu, cover Numa Numa Yey. Bagi aku this is the 2nd best showmanship keseluruhan Wacken 2024. Memang padu showmanship, prop dia dengan pyro effect dia. Tak caya tengok youtube bawah ni.
Dapat tengok dari jauh ja bordering dengan Louder stage time Numa Numa Yey!
Habis joget pergi balik ke Headbanger stage tengok Primal Fear. Mujur sempat tengok, lepas habis Wacken terus jadi kontroversi dan band terus disband. Aku minat band yang ada influence Gamma Ray dengan Helloween punya vibe, itu pasal kena tengok Primal Fear sekejap.
Sesudah tamat Primal Fear aku menuju semula ke Louder stage, dalam perjalanan aku singgah lagi Wackinger Stage tonton satu dua lagu dari Einherjer. Syiok juga band main Viking Metal ni, tapi sebab clash dengan Pain dan Blind Guardian, dapat tengok sikit pun jadilah.
Einherjer
PAIN ni side project Peter Tägtgren dari band Hypocrisy. Tak berapa ramai sebab kebanyakan crowd tertumpu di maintage menonton Blind Guardian. Aku pun tengok beberapa lagu sahaja sebelum pergi ke mainstage area. Cuma ada satu lagu tu featuring Joakim Broden (dalam gambar). Aku ingat betul2 vokalist Sabaton tu datang, rupanya selit celah videoclip untuk sumbangan satu lagu.
Wacken 2019 aku dah menonton Hansi Kurch perform dengan band Demons & Wizards. Ada selit juga lagu Blind Guardian time tu. Aku rasa crowd Blind Guardian petang ni sama level dengan headliners lain. Punya la sesak. Trademark diaorang masa encore lagu Valhalla tak sepanjang macam Wacken tahun 2019.
Korn ni aku letak as 3rd best performance sebab dia bawak pembaharuan beza berbanding band2 yang perform di maintage. Dia letak LED/lighting prop yang unik gerak atas bawah.Korn ni pernah perform di Malaysia time Sunburst KL 2009 tapi time tu aku tak ada di Malaysia. Finally dapat tengok Korn dekat stage yang besar dan prop cun. Jonathan Davis ni tak cakap banyak masa show.
Tak ramai macam 2011, 2014 mungkin sebab dah lewat malam tapi better performance compare dengan previous show dia. Avantasia tak perform lagu Ghostlight untuk tour kali ini.
Hijau & biru (non-priority clash) tonton, purple (clash dan tengok masa BA 2024) & merah-gagal tonton.
vierter Tag
Aku rasa dah beberapa hari tak minum benda panas sebab mahal. Kali ni pun sama macam trip dulu terjumpa geng2 Malaysia yang lain mai Wacken. Duduk sector sama dengan camping site kami. Pusing2 muka familiar juga cuma aku tak prefer nak olah lebih lanjut. Hari keempat baru perasan sebab dia nampak bendera Malaysia. Lepas bersiap terus layan band pertama main stage, otai trash
Ada masa yang panjang sebelum menonton band seterusnya. Wacken ni macam ada residence band ,yang perfrom tiap2 tahun. Contoh macam Blaast of Glory, Mambo Kurt, Skyliner dan Firefighters. Jennifer Haben pun dah macam kerap tiap2 Wacken ada. Samada jadi pengacara atau selit band dia, Beyond The Black. Tahun ni Beyond The Black main stage kecil perform set acoustic. Wacken 2025 Beyond The Black listed 1st group announcement. Aku skip. Blaast of Glory ni seronok tengok tapi dia pusing banyak tempat buat show pendek2 coversong rock and roll ikut timing sendiri.
Blaast of Glory
Perkhidmatan pos pun disediakan dengan kerjasama Deustech Post pada harga standard post, bukan harga festival. Nak postkad + stamp exclusive Wacken pun ada.
Postkad at Wacken Post
Aku killtime masa tengok Raven ni sekejap sebelum beredar ke Louder stage semula nak tonton Emil Bulls. Raven ni kebetulan datang ke Singapore hujung tahun 2024.
Antara band favourite aku nak tonton. Aku cukup obses dengan lagu Jaws of Oblivion dan Euphoria. Puas hati la tick off bucket list band nak tengok. Umur dah lmasuk 40'an pun boleh dengar lagi metal moden macam ni.
Band seterusnya fun dan best gila, sekali2 aku yang dah lama tak circle pit pun terjebak. Dragonforce ni mengingatkan aku first time pi gig trip dengan Aaron time Soundwave 2013 kat Perth. Its been a long way since then hampir semua trip show oversea pi dengan dia. Dragonforce pun banyak main lagu baru dan lagu2 video game. Tak hairanlah prop stage dia ala2 video game siap ada console gigantic Herman Lee boleh panjat solo atas tu. Takda lagu Operation Ground and Pound kali ni.
Masa balik nak ambil baju hujan terlintas WET/Headbanger stage nampak dari jauh Black Dahlia Murder tengah perform. Tak berani nak singgah sebab langit dah semakin gelap nak hujan. Lagipun aku dah pernah tengok Black Dahlia Murder perform masa Hammersonic 2017.
Hujan turun agak lebat lepas habis Dragonforce, tapi beransur baik selepas 2 jam. Mujur organizer tak pause show macam tahun 2019. Aku balik ambik raincoat lepas tu bergegas semula ke mainstage sebab nak tengok Sebastian Bach perform. Tapi sebab khemah jauh sangat, dari jauh terdengar lagu 18 and Life dok tengah perform. Dia punya band/secessionist perform best tapi dia ni yang dah berapa menjadi. Tapi sebab tegar punya pasal kira bucketlist dah complete satu dapat tengok dia live. Ini mungkin disebabkan pada tahun ini Lizzy Hale tolong Skid Row on vokalist lepas Eric Gronwall exit the band. Punya padu Lizzy Hale tapi still tak boleh challenge Sebastian Bach punya prime era. Skid Row pakai Johny Solinger jadi vocalist pun aku dah tengok masa Wacken 2014. Sampai sekarang aku tak dapat tengok current Skid Row atau existing Sebastian Bach berani tekan Wasted Time live padu macam zaman Sebastian Bach pegang Skid Row. Kurang2 sempatlah aku singalong I Remember You sebelum dia finishing dengan Youth Gone Wild.
Aku pun tak tahu kenapa jodoh aku dengan Testament ni berpanjangan. Tahun ni dia ada perform di Kuala Lumpur tapi aku tak pergi sebab tak berapa minat band ni. Tapi tiap kali pi Wacken dengan Brutal Assault mesti dia ada. Nak pula time2 aku lepas layan band on stage sebelah. Terpaksa la tengok juga satu dua lagu walaupun aku tatau tajuk lagu. Boleh claim la tengok Testament 4 kali dah, mujur tak 5 kali masuk Kuala Lumpur. Actually sound dan performance mereka memang bagus, cuma aku tak boleh masuk dengan genre macam ni.
Band metalcore pertama aku layan di Wacken tahun ni. Hari last baru dapat tengok kelibat metalcore. Rasanya dua band metalcore ja aku layan di Wacken kali ni, both band British. Tak berapa memorable sangat tengok mereka perform. Sekadar mengisi masa sebelum menonton Behemoth.
The best performance Wacken 2024. Dia punya arrangement set Outliving Christ meraikan 33 years anniversary band. Performance dia macam satu storyline yang aku narrate(dari pendapat aku) bermula daripada seorang Acolyte lepas tu upgrade jadi Priest kepada High Priest lepas tu corrupted secara berperingkat dan berakhir jahat berbackgroundkan lagu O Father O Satan O Sun. Memang outliving habis. Meet & greet 2014 dengan Behemoth/Nergal.
Amon Amarth merupakan headline untuk hari terakhir. Setlist dia panjang, dekat dua jam juga diaorang perform. Crowd berduyun2 tengok dalam screen tu. Aku tengok 3/4 show dia sebelum bergerak ke CoF. Mungkin sebab personal opinion aku lagu dia bunyi sama, jadi tepu.
CoF pun sedikit kecewa macam di Hammersonic. Macam tak cukup stamina dah Dani Filth ni. Tapi overall still ok performance dia compare to Sebastian Bach.
Cradle of Filth (previous Pulp Summer Slam 2015, Wacken 2019, Hammersonic 2024, Wacken 2024)
Breaktime. Layan last sunset di Wacken. Ada band announcement untuk Wacken 2025. Wacken ni macam pioneer buat drone announcement for next year line up. Boleh tengok youtube bawah ni. Overall dalam 10 minit show dia.
Best dia punya drone announcement WoA 2025
Aku tak berapa minat black metal old school. Elok2 sampai dok main lagu Freezing Moon dengan De Mysteriis Dom Sathanas.
Architects is the second metalcore band aku layan dia WoA. Tapi sebab masuk lambat kerana tengok Mayhem, dapat tengok dari tepi sahaja. Penuh gila orang tengok Architects. Sangat energetik, aku repeat masa dia Brutal Assault 2024, lagi seronok sebab lebih close up dengan stage.
Habis Architecst aku kembali ke WET/Headbangers stage tengok Imsomnium. Best juga performance diaorang, rasa macam dah boleh main dekat stage lebih besar.
Hamatom cuba mengutarakan konsep vs battle dengan rappers Finch, tapi bila tengok show lebih kepada lagu masing2 cuma ubah lirik. Aku mengharapkan infusion antara lagu selang metal dan rap dalam setiap lagu. Bila time Finch perform, habis jadi fengtau tekno area mainstage punya bunyi.
Last band Wacken memang terpaling fun dan paling sesuai buat ending festival. Band Tragedy dari New York ini memainkan lagu2 cover klasik yang digubah jadi rock-metal.
Hijau & biru (non-priority clash) tonton, purple (clash dan tengok masa BA 2024) & merah-gagal tonton.
3.0 Encore
Pro Wacken 2024
Big improvement on the toilet. Festival toilet cleaned immediately after orang guna,
For campsite pun nampak dah ada regular cleaning at least pagi dan petang. Tapi aku sampai sekarang tak berani guna campsite punya toilet.
Cashless adoption is 100%. Money refund pun cepat selepas habis festival. Cuma gelang Wacken dah huduh sikit sebab dia embedding NFC tag cashless.
The best part of Wacken is majority yang rekod band boleh kata hampir semua rekod personal moment sahaja dan tak selfish nak block orang belakang. Ini satu contoh yang orang Malaysia payah nak buat. Semua nak terpaling rekod, kalau boleh nak rekod sampai habis. lepas tu rekod sampai pogo dok goyang2. Sampah gila spesis macam ni. Aku ada observe geng2 rekod Scorpion sampai habis satu lagu, diaorang dok belakang2 supaya tak block orang.
Con Wacken 2024
Kali ini pi Wacken goodies bag takdapat! Patch tahunan pun kena beli sendiri.
Design baju official shirt tak best tapi subjektif la. But still better than Wacken 2019 punya.
Meet and Greet only announce on festival day. Kena lari2 pergi booth tengok apa listing Meet and Greet. Aku terlepas The Warning pasal takda masa nak lari2 tengok listing. Rumors says The Warning layan 200 people on Meet and Greet, confirm takdapat ambil gambar kalau ramai macam ni. Listing Meet and Greet pun sikit sahaja setiap hari. Aku rasa dia buat macam ni supaya nak elak terlalu ramai beratur dan better layan concert.
Pakaian pelik2
Fashion Statement
Loot (excluding Rammstein tengah tu beli masa tengok Rammstein 2024)