Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Austria - Vienna

Day 18,19 / 36

Day 18

Hari ini break day. Semua bangun lambat, recover stamina. Buat laundry, mahal sungguh dia punya rate laundry. Tap saja pakai credit/debit card. Lepas 3PM baru jalan.

Antara hotel paling tak best dalam tour 2019. Private room + toilet ensuite RM115/person/night jarak satu stesen dari main central station tapi tepi metro. Tak best sebab panas kerana tengah2 block bangunan. Ventilation tak power. aircond tak da dia bagi kipas portable ja. Mujur makanan sekeliling murah. Post office pun sebelah hotel.

Itinerari; 
Schonbrunn Castle - Stephenplatz - Hundredwasser House(macam Gaudi architecture di Barcelona) - Prater Park -  Donauinsel(night) dapatlah duduk tengah2 Danube river, kalau boh pelampung boleh hanyut semula ke Bratislava.

Esok baru fullscale ronda  central Vienna, Innere Stadt (surrounding Stephenplatz). Memang besar Vienna ni macam Paris & Berlin. Jarak antara stesen metro hampir semua lebih dari 700m, so agak baloi naik berbanding menapak(jadi buang masa). Maka hari2 pakai tiket metro unlimited daily.  Harga makanan di Vienna consider murah. Kebab depan penginapan kami baru 2.50euro siap dapat pepsi setin. Harga pasaraya pun berpatutan macam Czech dan Hamburg. Cuma postage mahal berbanding Czech, dia pakai flat rate below by kg. Kalau 1.5kg dia kira pukul rata under 2kg.



Schonbrunn Castle nak sampai sini pun 30 minit dari stephenplatz. dalam ni pusing2  naik sampai atas dan turun balik dekat 2 jam. ada sambungan terus ke zoo vienna tapi mahal sangat nak masuk. Masuk free ja kalau tak masuk building part. Macam Nymphenburg Palace kat Munich.

St.Stephan Cathedral dan sekeliling Stephenplatz

Hundredwasser House tak masuk pun sebab kejar masa.

Prater Park yang ada funfair tu free entrance. Nak naik ride baru bayar. Fun fair ni mcm takda pagar/open concept, yang bagusnya tak nampak kesan2 vandalism.Ride dia pun impressive standard level2 US/Disneyland, siap ada ride ala2 payung terjun kipas kat bawah tu. Besar park ni sampai 2 ferris wheel dalam dia.

Area Prater Station dan entrance Prater Park

 


 
Prater Park amusement ride & attraction

Dounainsel (night)

End the day lepak at Donauinsel. Stesen metro Donauinsel tengah2 jambatan macam kat Istanbul punya metro station Halic. Sungai Danube dan depan tu DC Tower 1. Bangunan tertinggi di negara Austria (as of 2019).Boleh nampak dari Prater ferris wheel. Kalau mata tajam boleh nampak dari Schonbrunn Castle.

Target venue nak visit during di Vienna. Huge City.

Day 19

Pagi2 dah check out hotel tapi barang tinggal di locker room. Malam naik bas tengah malam ke Slovenia.

Itinerari:
Belvedere Quartier, Ernst-Happel Stadion, Donauinsel(day), Schwarzenbergplatz, J.Strauss monument, Innere Stadt(day) (refer red line map bawah)- Nauschmarkt - Karlskirche - Karlplatz - Donaukanal Park (blue line) - Innere Stadt(night) - Hotel+ Bus Station.

Hari ni pun lenjan tiket unlimited. Pagi2 pi Belvedere Quartier ambil gambar sebab dekat dengan hotel. Lepas tu Ernst-Happel Stadion ambik gambaq kejap sebab minat bola. Lepas tu singgah Donauinsel ambik gambar siang pula. Then singgah Stadtpark  ambik gambar dengan arca Johann Strauss. Singgah  on the way di Schwarzenbergplatz ambil gambar kat fountain dan kemudian baru acara jalan kaki sekeliling Innere Stadt.

 Belvedere Quartier


Schwarzenbergplatz & Johann Strauss 

 Stadium & Donauinsel(day)

Semua common generic tourist spot memang dalam range Innere Stadt. Jalan dari Stephenplatz sampai ke Naschmarkt. Dalam laluan termasuklah tempat2 dalam gambar. Jalan secara casual dalam 2-3 jam tak masuk dalam building. Lepas makan petang area Naschmarkt baru pergi ke Karlskirche bagi menamatkan pusingan di Karlplatz yang bermula dari Schwarzenbergplatz(sebelah Karlplatz).
Gambar Parlimen Austria tak masuk dalam lawatan walaupun dalam Innere Stadt, sebab under renovation sampai tak nampak apa2 bentul asal. Tutup dengan plywood bergambar.

Route diambil ketika melilau di Innere Stadt(route merah)
Lost track berapa KM jalan kaki. Overall rasa macam 10KM keataslah.







 Burgtheather & Museumquartier

Volkstheater  & Karlskirche

Lepak kejap di Naschmarkt. Saja layan market sana jual barang. Belimbing Karambol dari Malaysia pun ada jual. Sachertote kat sini murah sikit dari kedai original jual. sebab apa murah? sebab boleh minta by slice. Tak jauh beza pun dengan kek coklat biasa cuma tekstur dia beza sikit. Kedai jual sayur pun ada. Panjang kawasan ni pusing patah balik dalam 400m x 2.



Sekitar Naschmarkt

Habis ja ronda Innere Stadt & Naschmarkt, naik metro dari Karlplatz sampai ke Schottenring dan jalan di persisiran Donaukanal park. Tujuan dia nak jalan persisiran sungai sampai layan sunset di Schwedenplatz tapi silap direction, terlajak sampai Friedensbrucke. Lagi lama rasa lagi sunyi dari pembangunan pesat, tapi lebih relaxing. Dari Friedensbrucke terus ambik metro ke Schwedenplatz.



Donaukanal Park dan Schwedenplatz

Habis layan sunset di Schwedenplatz pergi ke Stephenplatz & St. Stephan Cathederal untuk layan night scenery. Ada sedikit masa lagi sebelum nak ke hotel ambik bag dan ke stesen bas sempat lajak naik metro ke Hofburg, Rathaus & Burgtheater ambil gambar dan feel suasana malam sana.

 St.Stephan Cathederal & Hofburg

 Burgtheater & Rathaus (tiba2 ada pesta malam minggu)

Balik hotel ambik bag terus shoot pi station bas. Ambil Flixbus ke Ljubljana, Slovenia via bus to Pula, Croatia. Bas punctual. Bas 12 malam estimate sampai 5 pagi. Rasa macam dia berenti sekejap dalam 5 jam trip, tapi tak berapa sedar sebab letih jalan kaki penangan Innere Stadt, Kena set alarm atas bas bangun takut terlajak teruk ke Pula. Jauh sangat tersasar nanti. Drone tidak dibenarkan di Austria(as of 2019) 


movescount data:



ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...