Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Slovakia - Bratislava

Day 17 / 36

Day 17

Aktiviti pada hari raya haji 2019 kami bermula seawal 3.30am, terus tak tidor dari 7am hari sebelumnya sebab layan Brutal Assault last day. Kami kena gerak awal menapak ke stesen keretapi Jaromer, Czech untuk ambik bas pertama supaya tak ketinggal keretapi ke Slovakia. Terpaksa transit 2 kali di Smirice dan Pardubice kerana kerja pembaikan trek keretapi. Kalau terlepas first bus ni chain reaction miss trip ke Slovakia dan rosak plan. Plan Slovakia ni daytrip transit sebelum ke Vienna, Austria. Mujur sempat naik train di Pardubice dijadualkan. 6.48am. Atas keretapi baru dapat lena 3 jam. Sampai Bratislava hari ahad 10 pagi macam Bank Street Georgetown Penang. Kosong tadak orang.

Pusing2 Bratislava cari masjid nak semayang raya, hat ada sunday morning preach kat church ja. Blue Church Bratislava ni agak femes kerana rekabentuk dia dan sapa2 nak menikah kat sini kadang2 kena book setahun sebab satu dunia dok chartered nak menikah.

Blue Church

Kemudian pusing old town dia a.k.a tourist spot area.

Old Communication Building & Slovak National Theatre



Old Town Square & UFO Tower

 Cumil statue & Bratislava Castle 

Grasalkovicov Palace

Nak naik tram pun senang. Sistem tiket dia boh duit, tekan nak berapa jam. Lepas tu naik la. Kalau ke Devin Castle boh 30minit. Ambik bas bawah jambatan UFO tepi main road. bukan dekat platform bas bawah tu (as of 2019).

 
Sistem tiket cash yang teramat amazing. mujur Slovakia pakai euro. Suasana depan Bratislava Castle.

Habis pusing Old Town/tourist area, baru pergi Devin Castle dalam 30 minit 12 km. Cara nak pergi lebih detail boleh google tapi senang ja nak pergi dan balik. bas banyak. Entrance 10 euro.



Devin Castle, sungai Danube kelihatan terus ke Budapest dan Vienna.

 Devin Castle

 Bratislava Castle semua jalan kaki. Pendapat saya sebab Bratislava area tourist ni agak kecil so tak banyak pilihan kedai maka harga makanan agak mahal. Maklumlah baru sampai semula ke kitaran negara pakai matawang euro memang rasa mahal, tak macam Czech yang menawarkan harga berpatutan. Pada sebelah petang baru kutip bag simpan di locker stesen keretapi dan teruskan perjalanan ke Vienna. Dapat keretapi tadak aircond berdiri sejam. Tiket keretapi beli adhoc sebab ada sejam sekali Bratislava-Vienna. Rasa mcm filem tamil punya gerabak sumbat2 peluh habis.

Hari ni break record Madrid 2014 (22km), tapi below record Munich 2019 (31.5km), dapat 27km jalan kaki di hari raya dengan hanya berbekalkan 3 jam tidor dalam 40 jam berjaga. Baru sampai hotel di Vienna mau rilek sebab tak mandi lebih 2 hari, ada yang straight 4 hari tak mandi. Kita mandi sunat hari raya langit dah nak kelam dan hibernasi post-Brutal Assault 2019

9km & 5km

"Ubi kentang McDonalds kat Bratislava manis semacam. Mungkin sudah hallusinasi akibat panas teruk hari itu. Sundae juga menjadi buruan mengubat kehausan"



movescount data:




ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...