Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Journey Summary #36hari14negara

Tour 2019 - Journey Summary


Prologue;

Semua ni reminder untuk diri sendiri. Kalau rasa berguna boleh applikasi baru follow guideline ni. Trip 2019 #36hari14negara.  Route tour; Oman-Germany-Czech-Slovakia-Austria-Slovenia-Croatia-Hungary-Romania-Greece-Bulgaria-North Macedonia-Turkey-Singapore.

Route trip + festival.

Preparation; 

1) Set maximum budget (tak termasuk duit belanja dan tiket festival). Kiraan budget ambil kira extra 10% dari current exchange rate. Biar lebih nampak mahal supaya ada buffer zone sikit incase ada apa2 kenaikan harga dimasa depan. Planning maximum negara boleh pergi berdasarkan budget.

2) Buat simulation harga logistic kapal terbang, keretapi, bas  dan penginapan. Semua ni dah diambil dari rujukan comparison search engine.

3) Set reminder trigger date (selalu pakai google calendar)  bila semua logistik dan penginapan mula di jual. 2 minggu sebelum trigger date set satu lagi reminder untuk warning kumpul duit standby nak bayar. On trigger date, lock semua logistik dan penginapan dengan harapan harga seperti simulasi.

4) Check visa/pass requirements. Buat homework embassy Malaysia sikit incase emergency.

5) Beli travel insurance sebulan sebelum trip.

6) Beli ubat basic. Baca preskripsi sebelum beli. Banyak artikel rujukan online.
p/s Dhamotil > Pil Chi Kit Tek Aun. Jangan lupa ingat group darah.

7) Hafal sikit gambaran landmark berhampiran penginapan, check google image. Tadak la nampak blur bila sampai nanti. Nampak macam terlampau tourist. Nanti senang jadi mangsa.

8) Kaji perbezaan kos post office tiap2 negara yang ada plan nak hantar barang balik. Ambil kira jarak dengan hotel. Sebab nak pegang barang berharga nak pi pejabat pos.

9) Kaji perbezaan logistik dan keselesaan adalah berbaloi atau tidak antara keretapi/bas malam vs extra malam di hotel. Kadang2 berbaloi extra night dipenginapan atau sebaliknya.

10) Set team travel 4 orang maximum. Senang kawal. Logistic dan penginapan pun murah,selesa dan selamat. 3 tak berapa best sebab room akan mahal. 1-2 boleh lenjan dormitory cukup.

11) Semak sunset, sunrise time dan potensi hujan.


Execution;

1) Ikut keselesaan berat bag nak pikul. Saya maintain load below 8.5kg +3kg (souvenir/merch/temporary ration) (65L). Berat lebih sikit terus post barang balik, kecuali dah below 14 days nak ke rumah. Kami tak bawa beg troli sembab pergi camping site festival. Susah nak tolak2.

2) Makanan dari Malaysia semua tak bawak. Buat berat bag ja. Mengembara sambil cuba produk tempatan sana. Mungkin sensitif kepada pihak tertentu, terpulang kepada keyakinan dan perspektif diri masing2. Rotation;
- Pelbagai jenis roti, roti keras tak sedap memang tahan kenyang banyak!
- Vegetarian instant noodle & aneka pasta.
- Salad, buah  & yogurt (replenish serat)
- mcD fillet O'fish, vegetable burger & fries
- shawarma kebab (sekali sekala replenish protein)
- produk grocery dekat discounted chain store (vegetarian atau halal).
- nak daring sikit , boleh consider seafood. kedai yang memang hanya masak seafood.

Atas ni  semua  kedai2 yang akan menjadi sahabat baik dalam tour 2019. Bergantung kepada availability di setiap negara di lawati.

3) Kurangkan aktiviti memasak. semua makan kat kedai atau produk instant/terus makan grocery. Buang masa ja nak masak. Baik pi jalan2. Kami masak dua kali ja sepanjang trip. Satu sebab ada masa lapang malam hari di Croatia , satu lagi break tengah hari sebab terlampau panas di Greece.

4) Air kosong isi sikit gula bagi rasa payau yang belum cukup manis. Ada tenaga sikit nak jalan2 sebab ada gula sikit consume. Gula boleh kutip sikit masa singgah mcD atau minum kopi dekat mana2 kedai. Jangan buat perangai ambil banyak sangat peket2 gula.

5) Botol air manis macam coke tak payah buang kat kastam dalam airport. Tunjuk dah kosong dan buka penutup. Cakap nak simpan buat  souvenir. Boleh guna botol tu next travel trip atau topup air dalam lounge departure. Guna banyak kali dapat kurang sisa plastik.

Dua botol ni recycle banyak kali travel banyak negara. Yang sebelum2 ni pun ada. Buang dah sebab cuba minuman lain. Pakai botol baru pula lepas habis minum.

6) Sentiasa beringat supaya tak disarm tangan jika potensi scammer, pickpocket team menghampiri. Tapi so far trip Eastern Europe/ Balkan ni tak kena approach. Disarm tangan contoh, angkat tangan pegang pen nak isi borang. Kutip barang orang terjatuh. Tangan dah tak boleh lindung poket.

7) Money changer is the past bila pergi europe. Semua boleh pakai debit/credit card. Beza tak banyak pun. Tak pening kepala nak tukar budget multiple currency. Tak pening baki nak tukar balik ke currency lain. TAC boleh jalan walaupun dalam keadaan passive di secondary phone sim slot. Tour kami semua cashless kecuali di Bulgaria(sebab2 tertentu yang sebenarnya boleh dielakkan) dan Turkey. Downside dia mungkin kedai2 kecil yang jual barang harga lebih bargain tak terima cashless mode ni dan tak dapat simpan currency2 ni bila balik rumah.

8) Bawak salinan passport cukup kalau ronda dalam radius penginapan. Jarak tour yang senang nak balik penginapan ambil passport asal.. Kalau kena tahan kawtim cakap passport kat hotel takut hilang. Kalau daytrip negara/negeri lain baru bawa passport betul.

9) Kena ada ketua buat decision, kadang2 masa tak mengizinkan. Kalau tak setuju, split buat aktiviti sendiri dan meet mana2 point kemudian.

10) Dalam bandar boleh check google maps(as of 2019) untuk dapatkan latest info pengangkutan awam mana lebih praktikal untuk naik pada ketika itu. Advantage juga apabila dapat schedule next train/metro/bas maka dapat ample time nak budget masa lawatan.

11) Tengok end station metro baru tengok lokasi metro nak kemana. Sebab metro akan tulis end station.

12) Buat homework sikit apa disebutkan oleh orang tempatan equivalent to Hello, Thank You dan greeting2 basic. Kalau boleh ucapkan kira bonus. Lagi senang penerimaan oleh orang tempatan.

13) Keluar pagi ambil gambar kat hotspot dulu baru pusing arah lain. Time tu tak ramai orang.

14) Buddy system. 30saat (kalau sesak) atau seminit dua, yang depan sekali tengok kawan belakang.

15) Paling penting sekali ---> punctual timing. Sampai lagi awal lagi bagus. Kena displin. Lambat kena tinggal.

Gambar paling best sepanjang tour 2019, Istanbul.


Trip tour ni agak mahal sikit sebab ambil faktor;

1) Logistic arrival dan departure time yang selesa . Nak murah selalu kena ambil awal pagi (nganga kat airport sambil jetlag jadi letih) atau sampai lewat malam (kos ke penginapan mahal naik transport malam atau tido di airport postur tak selesa dengan barang banyak).

2) Penginapan semua hostel (bukan hotel) yang menyediakan private room + toilet ensuite. Semua barang boleh campak dalam bilik sendiri macam dalam hotel. Harga memang agak OK sebenarnya kalau book awal. Nak murah duduk dormitory atau room shared toilet. AirBnB out the picture, pada harga kompetitif dengan hostel, lokasi dia selalu agak jauh dari train/bas station.

3) Penginapan yang dekat dengan stesen bas atau stesen keretapi. Paling teruk pun dekat dengan metro connection ke stesen bas atau keretapi. Beg tak berat nak usung dan senang nak arrive/departure. Nak murah duduk hujung dunia.

4) Costing & itinerari details (sekitar RM11K not including duit poket + tiket festival).

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...