Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Slovenia - Bled & Ljubljana

Day 20 / 36

Day 20

Tiba dari Vienna jam 5 pagi setelah 5 jam naik bas ke Ljubljana. Simpan bag dalam luggage room stesen keretapi (lebih murah) dari luggage stesen bas (lokasi sebelah ja).First impression relatively safe as of 5am to 6am dalam gelap pun ada tourist female sorang2 bawa bag jalan opposite way to bus/train stop. Kemudian bergerak ke Tasik Bled menaiki bas local hampir 2 jam. Tasik Bled ni best sebab tak kecik, tak besar, casual walk dalam 2- 4 jam. Fasiliti jogging,camping, mandi, pancing, trekking,hotel dan access public transport mudah dan kerap. Di akhir tawaf, panjant bukit ke Bled Castle untuk lihat arial view Tasik Bled. Duduk luar free, nak masuk kena bayar. Maka duduk luar tengok pemandangan cukuplah.  Kemudian kami bergerak ke bandar Ljubljana semula.






Sekitar Tasik Bled

12km 

Sampai bandar Ljubljana sekitar 4pm. Kutip bag di railstation dan check in hotel. Campak beg, segarkan badan(seharian tak mandi since check out Vienna) terus pusing bandar Ljubljana. Bandar ni tak perlu naik bas atau metro. Kawasan tourist spot Ljubljana ni centralized, kecil dan relaxing.

Hotel best, depan sungai Sava. Tepi Dragon Bridge. Tepi tourist area but 800m dari stesen bas/keretapi. Ljubljana tourist area ni not many choice untuk harga murah yang optimum dengan lokasi. RM130/night/person private room + toilet ensuite. Depan hotel ada grocery mall :)

Habis pusing central tourist area, kami panjat bukit lagi ke Ljubljana Castle untuk lihat arial view bandar ni. Ljubljana castle ni masuk percuma kecuali nak naik observation deck dan bahangian pameran dalam bangunan.  Senja kami turun pusing tourist area sepanjang sungai Sava. Kos makanan dan souvenir lebih murah dari Vienna. Kira murah boleh terima macam harga di Czech.


Sekitar bandar Ljubljana pada siang hari.


 
 Ljubljana Castle. Atas bukit. 30 min - 1 jam untuk casual. Boleh tahan curam untuk orang biasa, tapi trek dia dalan mendatar. Perkhidmatan furnicular disediakan kalau malas panjat.

Tak sempat nak layan sunset sebab angin sejuk sangat atas bukit. Semua tak bawak sweater, underestimate cuaca dah warm.

Balik hotel, makan malam sekejap barang beli di grocery. Lepas tu malam pusing Ljubljana tourist area lagi. Malam lagi cantik view dia. Memang tenang pukul 12 malam pun ramai dok lepak mapley tepi sungai. 




 Sekitar bandar Ljubljana pada malam hari.

5km

Hari ni pusing tasik, naik turun 2 bukit, pusing bandar Ljubljana 2 kali siang dan malam. Esok pagi kita gerak pi Zagreb pula.


movescount data:



ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...