Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Croatia - Zagreb & Plitvice

Day 21,22 / 36

Day 21

Hari ni naik Flixbus bas 8.45am ke Zagreb from Ljubljana. Ada simple border check di Bregana. Mudah sebab sapa tunjuk kad EU laju ja lepas, maka sekejap ja queue dia. Kita kena cop keluar europe sebab Croatia bukan Schengen countries.

Bregana border control

Sampai pukul 11am campak beg kat luggage room hostel dan jalan towards tourist area/square. Check in hotel buat petang2 sikit lepas ronda city square. Nak kena pusing cepat sebab esok tak sempat(pergi Plitvice) dan lusa pagi sudah berangkat ke Budapest.

Gambar dari website hostel. Tapi konfigurasi bilik yang sama macam menginap. Rm110/night/person Private room + toilet ensuite, ada dapur!

Hostel ni dekat dengan stesen keretapi dan stesen bas (900m jalan atau 2 stesen tram) tapi jauh dengan city square/lambakan hostel2 dalam town (1.5km jalan). Kami ambil hostel ni sebab senang nak ke stesen bas ketika tiba/exit Zagreb dan mudah nak naik bas 6.30am pagi ke Plitvice esok harinya. Lepas 3 minggu duduk eropah akhirnya dapat hostel ada kemudahan memasak dan dapur dalam bilik. Ada banyak killtime waktu malam sebab Zagreb ni tak berapa besar, so kami masaklah pakai produk local Croatia beli di grocery. Kos makanan tu sama dengan 2 keping fridge magnet. Macam mahalkan souvenir dia? Kami masak ja kat hostel malam ni. Spaghetti + puri tomato + salad

Semua ni kos 4 euro sahaja, boleh share makan 3 orang. Hanya gula yang kami salvage untuk guna di Greece kemudian sebab menginap di apartment. Dah tak berat pun nak carry below 500 gram.

Sini pakai tram untuk bergerak tapi still boleh jalan kalau dalam tourist section. Matawang sini pakai Kuna. Ada stall terima euro. Harga makanan agak tinggi sikit tapi tak sampai level Munich. Mujur Tibak/tobacco stall masih accept tram tiket paling rendah 30minit ride 50cent euro/4kuna tapi boleh juga pakai cashless payment via ticket machine, and the rest goes on,shopping siap2 grocery and souvenir using cashless payment.

 Kawasan tourist dia tak berapa besar, half day boleh habis sebab tertumpu setempat di Jelavic Square, Old Town Square atas bukit dan Kaptol/Dolac Square. Semua sebelah menyebelah ja. Croatia tempat Nikola Tesla lahir. Hari kami sampai takda ramai manusia. Rupanya public holiday 15 August 2019. Tak banyak kedai buka. Dolac Market pun tutup. Museum of broken relationship tu tengok di youtube ja. tak masuk pun sebab diri tak ada appreciation art macam tu.

Stesen keretapi (kiri) & Ledeni Park/ Art Pavillion

 


 
Zagreb City Hall(kiri), Museum of broken relationship(tengah), Zagreb Cathedral(kanan)

 So kesimpulan dia kami kat Croatia pun boleh maintain pakai cashless payment 100% macam di Czech. Cuma kat tourist area hipster banyak memilih cash/kuna only. Tengah hari kami makan strukli, makanan traditional Croatia. Cheese dia tak memualkan macam kat Malaysia jika overdose.

Makan strukli

Apply konsep yang sama, pusing tourist square siang dan malam. Lepas ronda Zagreb, pergi ke grocery store bawah tanah di stesen keretapi beli bahan makanan, check in hotel, isi perut dan repeat route sama sebelah malam.



Malam di Zagreb. No sign of vandalism touchscreen information di tram station.

Kena bangun awal bas 6.30am gerak ke "Sungai Jagong Kedah". Tak percaya sila google image pakai caption dalam " " tu.

 
   9km x 2 (day & night)

Day 22

Pukul 6am dah gerak ke stesen bas. Summer ni kira nasib baik sebab cerah awal. Naik bas pukul 6.30am ke Plitvice. Tiket dah beli siap2 online pakai arriva.hr tapi bila naik free seating juga. Bagusnya naik bas arriva/local ni dia macam flexi, kalau habis ronda Plitvice awal/lewat, naik ja bas awal atau terlewat. Masa booking dia tulis seating bila naik freeseating ja. Please note bas punya duration kadang2 extended up to 3 hours both way. Tiket entrance Plitvice sila beli ADVANCE online. Kalau tidak beratur panjang dari Nasi Kandar Beratur Penang.

Suasana beratur pukul 3pm nak beli tiket Plitvice. habis tu pukul berapa boleh masuk? sempatkah ronda semua dalam Plitvice?







Enjoy Plitvice

 Tips saya kalau boleh masuk Entrance 2 dulu(bas akan berenti Entrance 1 then baru dia proceed Entrance 2). Lepas tu kalau boleh naik lori pergi atas, turun baru jalan kaki. Lawan arus tak slow sangat ikut belakang orang. Masa turun ada feri ambil simbol P3, feri tu pergi ke section Entrance 1. Kalau tak boleh naik lori tu untuk naik, kena jalan sampai atas baru turun dengan lori tu. Tapi start dengan Entrance 2. Tengah hari baru naik feri ke P3 sambung ke section Entrance 1. Masa tiba jeti P3 baru tau panjang orang beratur nak pergi ke section Entrance 2 dari Entrance 1. Lagi satu dekat Veliki Slap(observation) entrance dekat waterfall besar tu kadang2 ada simbol wrong entrance. Belasah ja naik. 5-10 min sampai naik atas. Exit Plitvice ikut Entrance 1. Bas stop(ke Zagreb) dia betul2 bawah jejantas kayu seberang jalan.

15km 

Trek manually to the end(A). Then take bus down to start (B). Catch ferry near at start (C) Upon arrival get to end point and take bus home (D) Approx: 6-8hrs casual speed.

 You will see lot of queue when arriving (C) from entrance 2 ferry. People getting to west start area (opposite of my recommended route)

Sepanjang trip dalam Plitvice park ni tak jumpa sampah buang rata2. Drone juga tak dibenarkan (as of 2019). Bawa bekalan sendiri siap2 sebab jalan banyak,Petang dalam pukul 4pm lebih kami berangkat ke Zagreb. Malas nak gamble last bus 5pm sebab takut penuh. Jenuh nak berdiri 2 jam kalau tak dapat seat. Tak dapat naik bas lagi teruk nanti.

Lepas tiba Zagreb, baru nak senja, kami pi naik Zagreb 360, dekat area Jelacic Suqare. Layan sunset. Entrance bangunan dia kat Jelacic Square ja. Protips, kalau nak naik Z360 ni beli ja tiket awal, harga boleh rujuk website, tapi tak mahal sangat. Dia akan chop tangan kita dengan UV stamp. Boleh masuk keluar suka hati dah sampai 11 malam. Lepas tu baru balik hostel habiskan stok2 berlebihan makanan semalam.


 Layan Zagreb dari atas Zagreb 360.

Boleh rehat2 dalam Zagreb 360. Wifi percuma!

Esok pagi2 off to Budapest via Flixbus 5 jam trip!



movescount data:




ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...