Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Greece - Athens & Meteora

Day 27,28,29 /36

Day 27 & 29

Sampai Athens lewat petang sekitar 9 malam dari Budapest. Naik Agean Air. Elok flight dia. Memang recommended. Ada hidangan macam meal jarak jauh walaupun hanya 2 jam flight. Legspace pun luas. Kali ni duduk di penginapan paling mahal dalam tour kami sebab nak consider next flight ke Bulgaria kena keluar 3.30pagi. Maka perlu duduk hotel berdekatan bas airport transfer.

 

 
 RM140/night/person dapur ada private room + toilet ensuite , tepi syntagma square(airport bus transfer) 200m ke Plaka. Paling mahal dan paling luas.seluruh floor tibai.


Athens, pada musim panas setinggi 35-37 celcius telah menjejaskan plan kami. Lawatan pakej "7 Archaeological Sites Athens" (beli online lebih murah) telah menjadi delay pada tengah hari kerana terlalu panas dan cepat meletihkan. Plan asal nak habiskan 7 lokasi dalam sehari, tapi tewas, sebab 2 hari pun tak sempat habis secara terperinci (especially tapak pertama, Acropolis dan kedua,ancient Agora). Nak habis style masuk asap keluar asap sehari bolehla. Untuk Acropolis best pergi petang sebab less queue dan kurang panas. Atas Acropolis ada Parthenon tu tak leh ambik gambaq posing2 tau. Kalau kena tangkap depa suruh delete on the spot. Keadaan panas menyebabkan kami terpaksalah surrender setiap tengah hari di Athens dengan meditasi kat hostel. Buat2 gagah satgi demam terus lagi teruk.

 
Day 1Archaeological Sites Athens 4.5km



Trip day 1 7 Archaeological Sites Athens. Separuh site sahaja. Panas sampai kena pakai topi.


Day 2 Archaeological Sites Athens 6km



 

Trip day 2 7 Archaeological Sites Athens. Separuh baki site. Layan sunset dekat atas Parthenon.

Sunset pertama kami layan atas Mount Lycabettus. Tiada entrance fee. Tak payah gedik duduk kat atas bila sampai sebab ramai orang, turun sikit dekat lereng2 bukit bawah tu banyak ja spot lepak tengok sunset. Sunset kedua kami ketika di Athens ambil spot di Aeropagus Hill, tepi sikit dari Parthenon, dapat tengok dinding Parthenon cat kaler oren senja summer.



Naik Lycabettus Hill pakai furnicular. Tak larat nak climbing sebab dari mainroad bawah ke stesen furnicular ni pun nak tercabut lutut nak naik. Turun baru jalan kaki.

 Layan sunset Athens tepi lereng2 bukit. cantik time summer sebab senja panjang.

Pada hari ke dua semasa di Athens sebelum tamatkan cycle 7 Ancients Site sebelah petang, kami pergi outer Athens ke Olympic Stadium, then to Piraeus Beach/Stadium kemudian sekitar bandar Athens. Dekat2 petang dan nak senja baru pergi tamatkan ancient site visit.

Olympic Stadium dan Olympiakos Stadium(Piraues)


Monumen kawasan Panepistimio (metro station)

 

Piraues beach (tak sempat nak pergi yang popular) dan Monument sekeling Athens.

Lepas turun dari Parthenon setelah habis sunset pun pusing balik Athens untuk night scene.

Monumen kawasan Panepistimio (metro station)

Parthenon pandang dari bawah memang majestik. Plaka memang penuh orang beli souvenir. Happening malam-malam.

Dari airport ambik ja bas X95 sebab effisien dah walaupun ada metro. Bas banyak macam kat airport Barcelona dan lebih murah berbanding metro. Most of the central part Athens boleh jalan kaki sahaja, tak perlu metro. kami beli tiket metro pun sebab saja nak usha stadium olympic dan pantai di kawasan pelabuhan Piraues. Nak ambik mood bandar2 satelit Athens. Pergi Greece tak singgah usha laut Agean tak sah la pakej melancong sana. Sini pakai euro so no arguement on cashless payment

 
Tempat ambil bas airport transfer 24 jam. Tepi hotel menginap. Naik ryanair pergi Bulgaria 8.30AM.

Athen ni lagi happening dari Budapest. Pukul 12am-2am pun penuh orang lepak lagi di Plaka(central tourist area). Souvenir sini murah2 macam di Macedonia. Greece ni punya rumah2 pun syiok tengok sebab rumah bertingkat semua ada balkoni. Ingatkan di Athens saja macam tu rupanya sempai ke Kalambaka, Trikala, Larrisa, Lamia dan mana2 jalan kami pergi semua rumah proud of balkoni.

Athens punya stesen metro banyak yang cantik atau nampak mahal.

Day 28

Meteora, 2nd day itinerary di Greece. Tempat ni sesuai dan berbaloi pergi kepada yang tak cukup budget atau masa nak ke Santorini ketika di Greece. Terletak lebih kurang 350km dari Athens. Untuk yang budget kena buat daytrip split online train booking + tour guide arrange asing. Cheaper than combo provider . Kena buat tour guide sebab masa memang tak cukup kalau nak panjat sendiri2 lepas tu nak balik hari. Online booking train memang wajib buat awal takut habis tiket. Train ambil masa 4-5 jam pergi, dan balik pun sama.Nampak macam letih but memang berbaloi pergi. Masa bertolak memang punctual. Masa arrive kadang2 lewat, tapi mana2 tour guide pun akan tunggu sebab depa dah expert manage time.

Ambil keretapi ke Kalambaka. 5 jam pergi 7 jam balik(keretapi ada masalah teknikal).

Kalau book train cuba ambik seating belah barat. Kena paham sendiri la macam mana nak adjust. Sebab view cantik dan sunset masa balik pun side tu. Train ada kantin kalau lapar & dahaga. Banyak gua2 juga sepanjang perjalanan train. Train hanya ada sekali sehari pergi jam 7am balik 5pm. Terlepas memang byebye la.. Meteora ni port kaki kamera ambik sunset. So set2 ni selalu overnight kat hostel2 di kaki bukit, Kalambaka.

 




 Tak banyak info nak cerita sebab sampai ja layan view. Motif Meteora ni kuil2 kuno sami panjat tak turun dah. Makanan semua orang tempatan bagi. Zaman Nazi occupation pun tempat ni kena jajah Tak berapa paham tour guide punya english slang laju semacam. Tapi takpa la..balik buleh baca. Time ni dah 35-37 celcius. Letih travel daytrip tapi pengalaman dia berbaloi sesangat datang sini!

route Meteora






ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...