Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Germany /Austria - Munich, Nuremberg, Salzburg, Zugspitze

Day 1,2,3,4 / 36

Day 1

Last sekali datang Munich tahun 2011. Agak mencabar nak cari hotel/hostel untuk 3 orangs dekat2 tempat yang kita nak sangat pada harga rate hostel. (ni nama hotel tapi rate hostel kalau book 6 bulan awal). nak cari untuk 4 orangs senang. Planning asal nak turun via Copenhagen sebab dekat sikit nak ke Hamburg/Wacken. Tapi sebab Aaron tak pernah turun Munich so kita turun balik sini. Harga flight pun lebih kurang ja.

RM125/person/night 100m dari stesen keretapi Munich. Private room & toilet ensuite. Good bargain?

2-3 hari ni nak pi ronda kampung tengok perubahan selepas 8 tahun. semalam campak beg masuk hotel 10pm terus shoot pukul 11.30 malam pi Mia San Mia.Kali ni pi sana lampu biru(team TSV 1860 Munchen) dah tak main kat stadium. tinggal merah dengan putih ja.Barangkali sbb TSV dah pindah pi stadium lain. pulun betul2 tiket unlimited daily sebab kena beli tiket zon jauh(dari airport).



1.6km x 4 (2 trips)

Repeat Allianz Arena siang dan malam sebab malam stadium ni tukar warna.

Day 2

Hari ni beli tiket unlimited daily juga tapi end up underused sebab decided untuk jalan lebih banyak dari naik station ke station lain. Syiok lagi jalan sebab cuaca redup hujan renyai2 sekejap2.




Pagi2 dah pergi Nymphenburg castle baru syiok ambik gambaq. Pergi awal memang best sebab tadak orang ramai. Masuk percuma kecuali kalau nak pergi pameran pada bahagian internal building.

1km x 2

Balik singgah Munich Rathaus 2011, 2019. Kemudian pergi ke Allianz Arena untuk gambar siang hari.

 
Ratthaus(town hall) Gambar 2011 vs 2019 (kiri vs kanan)

Balik dari Allianz Arena turun di Universitat Station dan jalan ke English Garden. Saja nak ronda2 taman dia ambil feel sekejap.


English Garden

Sini pun masuk free. Kawasan ni besar kalau nak pusing habis, tapi kami pusing sisir sampai ke arah bandar semula. Weekend ramai local lepak English Garden santai2 picnic dan minum beer di beer garden (gambar pagoda). Susah nak nampak orang main handphone macam budaya Asia moden.


Pusing2 bandar

Jalan kaki keluar dari English Garden lalu ke kawasan Odeonplatz Feldherrnalle, Siegestor, Munich Opera, kemudian susur masuk Maximilianstrasse, leretan hotel2 mewah di Munich. 

Hujung Maximilianstrasse kami pergi ke Deustche Museum, museum sains dan teknologi terbesar didunia. Ada loophole nak masuk free, masih maintain macam 2011. Masuk adalah percuma setiap hari jam 4pm-5pm(waktu tutup). Masa  2011 kena ulang 2 hari direct nak tengok semua. Tahun ni saja2 masuk ambil gambar sikit2 ja. Actually worth to pay nak masuk. Harap museum2 kat Malaysia boleh buat konsep yang sama ada masa masuk percuma untuk sneak preview.


 Deutsche Museum

Pukul 4.45pm pengumuman suruh exit dah bunyi di speaker. Memang diaorang punctual nak tutup 5pm. Lepas tu kami pergi makan sekejap kawasan Virtualienmarkt sebelum heading semula ke hotel. Harga dia semi-tourist friendly. Nak friendly price pi beli grocery store.

Virtualienmarkt

Route menapak di Munich

Lepas balik hotel cuci2 badan sekejap akibat hujan renyai2 lepas tu keluar balik. Tak boleh letak kepala atas bantal..kalau tidak memang tak jadi. Next stop Olmpic Stadion.



Lepak kat port baik nak dgq konsert Pink "percuma" di Olympic Stadion. mujoq dia balaih lagu Just Like A Pill dgn cover Just A Girl(No Doubt) awai...keadaan semulajadi Olympic Stadion yang rendah memudahkan ramai2 muda mudi seperti kami layan kat port free. Sound jelaih, cuma tengok ja tak boleh.Tak pa la...rezeki dah tu,jimat2 sikit sebab tak mampu.


On the way balik singgah BMW building sebelah Olympic Stadion. Singgah jenguk kereta2 BMW. Masuk pun free.

 antara kereta2 di hall BMW.

Day 1 purata 31.5km BERJALAN cover munich area(pecah rekod BERJALAN di Madrid trip 2014 22km). Harini kaki rasa mcm nak tercabut.

Day 3

 Day2 kita main litar keretapi 340km nuremberg-munich(return) + 320km munich-salzburg(return). Pakai tiket regional daily. (16euro x 2 orang). Lenjan RM75 untuk 660km + unlimited pengangkutan awam bas/metro ride dalam mana2 negeri bavaria + salzburg. Tiket regional ni pun beli kat mesin tiket macam beli tiket daily. Kaji dulu kat website keretapi tempatan option2 trip yang disediakan. 
Naik utara turun balik selatan. Murah dari ETS one way KL-Butterworth.
Seat keretapi regional ni free seating dan agak slow berbanding train express sebab dia akan singgah2 kutip orang(selected station)  sepanjang perjalanan. . Pastikan semak jadual perjalanan(pakai google maps) keretapi supaya dapat punctual planning. 

RM75 sahaja all in unlimited public transportation ride. (2019)

Pagi2 keluar pergi Nuremberg. Dalam 1 jam 40 minit juga naik keretapi awam. Bandar ni tempat Nazi berkumpul. Sebab nak pergi sangat Nuremberg berbanding Augsburg, Ingolstadt atau Regensburg. Dari stesen keretapi Nuremberg terus turun bawah tanah naik metro (pakai tiket bayer regional tadi) ke Lorenzkirche. Jalan dari stesen Lorenzkirche sampai ke istana Nuremberg atas bukit dan patah balik. Pusing2 dalam 2 jam along the way semua tourist shop and square. Souvenir sini murah sikit dari Munich. 

Lambat naik kita selit celah lorong.

route di ambil
3km x 2

Nuremberg punya tourist area lebih gothic dari munich punya tourist area (karlplatz/odeonplatz). Makan kenyang2 roti beli kat bakery depan hostel siap2 sebelum mai sini. Sebab panas, baru beli secawan sundae mcD 1 euro.


Sekitar Nuremberg 


Tengah hari balik ke Munich semula untuk transit pergi ke Salzburg. Trip keretapi ikut schedule google map. Tak dapat seat juga. Baru tau kena naik awal setengah jam baru senang dapat seat. Sampai Munich next train ke salzburg 4pm. Takpa musim summer ni 9 malam baru gelap. Pukul 6pm baru sampai Salzburg.

Pergi  Salzburg ni pi repeat balik trip 2011 sebab cantik dan merupakan kampung Mozart. Lagipun Sany tak pernah sampai sini. Sebab size tourist spot dia tak besar, macam size Nuremberg, kami jalan kaki ja. Pi Mirabell Park, tempat Sound Of Music Julie Andrew belakon. Nak naik atas bukit through Museum of Art macam 2011 tapi tutup pula hari ahad. So pusing2 sekitar tourist area Ratthaus / Residenplatz, balik jalan kaki susur tepi sungai Salzach ke train station semula depart to Munich last train. Kena check dengan polis routine inspection dalam train. mujur bawa passport. selalu dok bawa salinan berwarna sahaja.

route
6km x 2

 
Mirabell Schloss / Park 2011 vs 2019 .  Depan rumah kelahiran Mozart.


 
 Suasana sekitar Salzburg

MORE SALZBURG PICTURES

Day 4 

Pagi2 checkout hotel sebab trip ke Zugspitze ni akan consume daytrip. Pakai tiket regional daily macam Day 2 tapi lagi  murah sebab beli untuk tiga orang. (13 euro x 3 orang). 250KM for RM60. Harini baru guna paid entrance. Sebab nak naik gunung Zugspitze. Gunung tertinggi di Germany. Musim summer ni banyak pula maintenance rel keretapi. Kami kena transit banyak kali naik bas ganti sebelum sampai ke Garmich-Parkinsten. Tapi effisien, bas dah ada siap, tiba ke destinasi pun punctual macam keretapi. Pandai depa calculate masa dan jumlah bas diperlukan.

Comparison ticket Zugspitze 2011 vs 2019

Sampai Garmich-Parkinsten ni kena naik cogwheel train ke kaki gunung Zugspitze dulu. Tiket dah all in semua cogwheel train+tunnel train+cable car untuk ke puncak Zugspitze. Best if naik furnicular train dulu ke puncak dan turun via cable car. sebab kekerapa cable car lagi banyak berbanding furnicular train. Furnicular train ni naik ke puncak dari dalam gunung, bukan lalu atas macam train Bukit Bendera. 


Cuaca mendung menyebabkan kabus tebal halang pemandangan dibawah gunung. Suhu ketika disana 5-6 celcius walaupun musim panas tengah hari.


 Atas Zugspitze section kalau nak turun ke kaki gunung bahagian Austria, area Tirol di Innsbruck. Tapi kami turun belah Jerman balik ke Garmich-Parkinsten.


 
Tiang kuning tu puncak tertinggi di Germany.

Seharian mendung. Try sunshine luck last minit sebelum turun, mujur matahari menjelma semula. Dapat la merasa awan karpet Zugspitze. Mantap wei sini!!! 7 celcius. Last cable car turun lagi lambat dari keretapi turun. Seeloknya turun 2nd last atau 3rd last cable car, takut terlepas keretapi cogwheel last timing of the day di kaki bukit Zugspitze ke Garmich-Parkinsten semula. Kalau turun lagi awal pun elok lagi boleh singgah tasik Alpsee di sebelah stesen keretapi cogwheel tu. 2011 kami dah ronda Tasik Alpsee(tadak entrance charge kecuali sewa bot kayuh), so turun lambat sebab layan feel kat atas Zugspitze.

 
Lagi gambar2 2011 vs 2019

Tasik Alpsee dan rumah2 tipikal di kaki gunung Zugspitze ketika menaiki Cogwheel Train. Rumah2 ni semua ada bela honeybee dan bina sarang lebah.


Sekitar pekan Garmich-Parkinsten

Balik pun sama, ikut method transit tadi, timing punctual. Sampai balik Munich sekitar 8 malam, ronda2 buang masa tunggu train 11.59 malam ke Hamburg. Ada option naik sleeper train 12.03pagi tapi kos dia lagi tinggi. Naik train biasa ni pun ok dapat transit di Frankfurt, and the best of all both train (Munich-Frankfurt,5 jam & Frankfurt-Hamburg, 5 jam) adalah type ICE. Train long range yang seating selesa sekitar RM 200. Kalau naik sleeper harga hampir sekali ganda. Kena buat homework sikit la choice of train vs optimal condition. 

Sempat ronda Munich last minit sebelum naik train malam.

Papan tanda besaq 2011 ni dah tadak so..2019 dapat buat mcm ni ja la... baju ja kita boh kasi serupa ganti papan tanda. 2011 vs 2019. Ending today trip lebih kurang 1000km iaitu 117kmx2 Munich-Zugspitze-Munich + 801km Munich ke Hamburg. Tido atas train ja malam tadi. Train 10 jam. 

Transit Frankfurt 17 min pukul 6AM sebelum sambung next train ke Hamburg.


movescount data 





















ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...