Saturday, October 19, 2019

Wacken 2019

1.0 Prelude

Wacken 3rd time!

          Wacken On Air(Wacken) merupakan satu festival tahunan yang diadakan di sebuah perkampungan kecil lebih kurang 100km dari bandar Hamburg, Jerman. Konsep festival ini lebih kepada appresiasi konsert rock dan metal tetapi tidak terbatas dengan penganjuran aktiviti lain. Antara aktiviti lain yang turut terdapat di festival ini ialah pasar jualan pakaian dan cd, perkampungan viking, pertandingan bolasepak dan sukan gusti hiburan, pertembungan budaya, karaoke dan tontonan filem dipadang lapang.



Persediaan kami ke Wacken pada tahun ini bermula semenjak tahun 2018. Tiket dibeli dengan pantas sejurus selepas tamat Wacken 2018. Dalam masa sekitar seminggu kesemua tiket telah habis dijual. Tiket tahun ini berharga 220 euro. Tahun ni group Malaysia total yang diketahui 6 orang yg pergi. Lain2 group lah. Trip Wacken tahun ni termaktub dalam perancangan Eurotrip 2019. #36hari14negara  Malaysia-Oman-German-Czech-Slovakia-Austria-Slovenia-Croatia-Hungary-Greece-Bulgaria-North Macedonia-Turkey-Singapore-Malaysia. Fokus Eastern Europe & Balkan.

Sany/Gary/Aaron @ Hamburg.

Throwback team lama 2011,2014, 2019

2.0 Wacken 2019

erster Tag

Camping site kami
twitter cameo (0:45)

Camping site tahun ni jiran dengan negara Chile. Depa cukup friendly. Hari2 singgah camp depa makan & minum free. Benda free pun depa dok offer bagi free. Sembang dengan depa baru paham konsep orang pi kerja kat negara tu. Waktu masuk opis sama tapi utara satu musim macam kita, tengah 4 musim, selatan 6 bulan cerah 6 bulan gelap. So ada yang pi kerja di selatan kelam tapi komunikasi dengan kawan utara cerah. mindblown sket.  Geng2 yang dok selatan cakap memang dekat nak pi antartica tapi kos dia 6 kali ganda berbanding diaorang pi Wacken. Memang nampak mahal la. Sebab prasyarat pakaian, insuran dan transportasi. 

Port camping tahun ni..sampai lewat dok jauh  kebelakang sikit dari bus platform. Tahun ni ambik bus dari Hamburg berbanding dari Berlin pada tahun 2014.

Tahun ni trade in wrist band lebih effisien tak macam dulu. sekejap ja dah boleh dapat walaupun beratur macam nasi kandaq beratoq. Pacak khemah ala kadar ja pasal nak pi layan band besaq main awai. Tatau pasepa Addicts dgn UFO dapat time2 orang baru nak check in. Adjust khemah elok2 boleh buat kemudian pasal summer ni Maghrib(sunset) 9.20pm. Nak pi Isyak(total sundown) pun lama 11.35pm.

Tak nampak beratur panjang sebab laju gila wrist band exchange. multi counter. Main stage area macam biasa buka hari Khamis. Saja ambik gambaq lapang. Masuk Khamis memang payah nampak rumput dah.

Goodies tahun ni tak berapa best. Harga tiket semakin mahal tapi goodies tak best. Sling beg (usual gift) pun dah kecik. Walaubagaimana pun infrastruktur dan arca2 semakin banyak. Mungkin kos2 telah pergi kesitu. Tempek patch kejap :)

topup patch 2019!

 
banyak arca2 macam ni. free wifi point pun banyak dah. 5G!

Billboard cerita sejarah wacken dari mula sampai tahun lepas ada di lereng entance. membaca menambah ilmu.

Lepas exchange wrist terus terjah The Adicts. Aaron pi tengok UFO. Aku memang minat The Adicts ni. Lagu You Never Walk Alone (bukan liverpool punya ya!) memang anthem abih. Kira bucketlist juga la depa ni.. orang lama. Show memang energetik 5/5

The Adicts


 UFO

Selalunya hari Rabu & Khamis ni band2 Battle of the Bands dengan band2 lama.
Tak dapat nak tengok  Violon Barbares, Sweet dengan Sister of Mercy terlampau sesak sebab tapak Wacken yang design untuk 80000 ni semua cramp teruk dalam separuh punya kawasan (sebab lagi separuh, main stage area hanya buka hari Khamis). 

Dapat selit tengok Sinderellas ja..depa cover Billy Idol Rebel Yell...aduh! lagu anthem jugak tu! 3/5. Banyak coversong nasib baik pandai gelek. Hahaha! Tengah tengok Sinderella ada 2 makcik dari Germany mai tegoq, hampa dari Malaysia ka? Power la makcik tu. Dia tak teka amigo atau Indo. Sebab dia penah mai cuti2 Langkawi.


- NSFW -

Tak berapa produktif hari pertama ni sebab teruk sangat cramp. Cuma nak cerita tahun ni first time Kaufland (budget chain supermarket) dah buka tapak. Barang murah. sini la hari2 dok beli stok makan siang malam breakfast. dah tak beli kat festival. makanan rutin hari2 beli malam lepas show untuk esok hari. Menu rotation kami hari2 mineral water botol besaq 49sen, fruit juice kotak besar 89sen, croissant after-24hrs jadi 49sen. ready to eat salad bowl 99sen. yogurt 1.15sen. roti keras 5 ketul 1.59sen. Barang2 asas camping dan ready marinate bbq pun siap jual pada harga mampu milik. Sekarang kita boleh enjoy premium festival dengan makan & minuman pada harga marhaen. 

Apa yang nak puji depa punya sistem supermarket  sini item2 jualan akan dikurangkan bila semakin nak habis festival. Kira pada hari akhir diaorang tau ramai dah balik, so item2 tinggal sikit ja berkadaran dengan ration maknusia yang tinggal. Cekap depa ambik tau semua predicting stock. 




Kaufland - supermarket budget.

Roti keras. senang nak lapik perut seharian layan show. Salad sayoq fresh besaq gedabaq tu tak sampai seringgit. 0.99 sen. 

zweiter Tag

Pi ronda2 kampung Wacken cari sarapan. Memang kat luaq festival, kira kat kampung Wacken ni murah la. Membantu menjana ekonomi masyarakat kampung. Depa ada jual makan minum dan perkakasan camping.

 

Lepas tu baru ronda2 kejap dalam tapak Wacken. Lapang sikit sebab tak ramai bangun tidoq dan takda show nak start lagi.

 

Ada juga kawasan Gaming Village, tahun ni Matt Heafy host talk dalam acara di gaming village.




Ada motordrome, malas nak masuk sebab queue panjang dan dibuka pada sela masa tertentu sahaja.

Petang2 sikit show start terus pi tengok Bloodywood. Tak boleh masuk sebab dah fullhouse! Tengok dari belakang sekali ja. Teruja tengok komuniti causian joget bangra energtik 5/5


 
Bloodywood

Lepas Bloodywood, pi tengok Trainwreck, band Battle of The Bands Bangladesh. Tengok satu lagu ja dari luar menerusi screen. Then kami start heading to mainstage area.

Petang2 sikit kawasan mainstage dah buka. Aaron dengan laju menuju kearah merchandize store untuk mendapatkan produk rasmi seperti t-shirt, sweater dan pelbagai. Berdasarkan pengalaman lepas saiz S,M dan L cepat sold out dan digantikan dengan design baru. Siapa2 hunting exclusive baju band tour kena beratur juga takut barang habis. Queue memang panjang. Harga merchandize masih tidak berubah seperti tiga tahun lepas dimana sehelai baju berharga 20 euro dan sweater naik dari 40 euro ke 50 euro.  Aku tak kejar benda2 ni. Aaron terpaksa skip Beyond The Black sebab nak kejar limited merchandise.


 Official merch 2019!

Mainstage area dah buka, sesak2 dah habis! Semua spread evenly dikawasan mainstage dan bukan mainstage area.Stage mainstage memang best. 3 lapis sidescreen. Band opening Beyond The Black. Last tengok depa masa Wacken 2014, main stage kecil ja. La ni dah top! Jennifer Haben memang padu! 4/5 

Beyond The Black

Habis Beyond The Black terus pi stage sebelah tengok Testament. Tak berapa minat tapi boleh la sementara tunggu band lain 4/5.


Testament

Sempat tengok Krokus satu lagu sementara dok lalu nak pi meet and greet signing Dark Funeral. Tak boleh nak bagi rating pasal tengok satu lagu ja. Band orang lama juga ni.

Krokus

Time meet and greet Dark Funeral, Sany pi tengok Hammerfall. Aku dapat tengok dari tepi ja sementara tunggu giliran autograph. Ni kira kali kedua tengok Hammerfall la since Wacken 2014. Habis2 autograph terus pecut pi tengok Bosshoss. Aku minat juga depa ni sebab lagu dia enjoy riang ria. Dapat tengok satu lagu last ja..haih! Stage setting dia antara yang paling lawa kat Wacken 2019.

Bosshoss.

Sementara menunggu Sabaton sebelah malam, Aaron pergi menonton Windhand, band doom stoner metal dari USA. Kami tak boleh masyuk genre macam ni.

Windhand

Acara kemuncak hari kedua Sabaton 20th Anniversary Show. Band ni terus pakai 2 main stage buat show 2 jam. Cramp teruk mainstage area semua orang nak tengok show Sabaton pakai dual-stage. Kami pun terpaksa dok belakang2 ja. Sound punya padu sebab simultaneous dual-stage speaker pasang. Dok belakang pun clear tersangat2lah. Aaron dapat dok depan sebab dia camping spot dari awal lagi. Ada lagu feat. Tina Guo.  Padu teruk 6/5.


  
Semua pakai camera Aaron.

Tempat kami duduk. Jauh kebelakang sebab terlampau ramai tengok Sabaton. Tak penah teruk macam ni semenjak tonton King Diamond dgn Avantasia di Wacken terdahulu.


Sabaton


Habis Sabaton, ronda2 kejap Viking Village. Saja usha produk2 souvenir viking style.

 

Lepas tu pi tengok Dark Funeral pulak pukul 11 malam. Ingatkan semua pakat pi layan Sabaton, rupanya ramai dok tunggu Dark Funeral juga. Terpaksa dok luaq layan screen ja. Sebab penuh dalam Bull Tent. Luar pun syiok malam2 pukul 11pm suhu bawah 14 Celcius nyaman. 4/5

Dark Funeral.

Acara terakhir layan Hellhamer. Aku tengok satu lagu pastu ciao lah. Tak berapa minat. Saja nak tengok macam mana depa perform live. Aaron minat la depa ni.

Hellhammer (performed by Tom G. Warrior`s Triumph of Death)

dritter Tag

Mulakan pagi anda dengan kopi o panas. Terjumpa geng2 Malaysia yang lain mai Wacken. Terjumpa fake Fadades juga!


Opening band untuk hari ketiga ni stress. Serentak Jinjer dengan Equilibrium. Kita tengok Jinjer separuh, Equilibrium separuh.

Layan Jinjer dari jauh ja..sebab senang nak access pi Equilibrium later. No rating, tengok 2-3 lagu ja. Next week boleh repeat Jinjer di Brutal Assault 2019.

Layan Equilibrium ..mujur sampai2 terus lagu Born To Be Epic. Boleh tidoq lena dapat tengok lagu tu live dah! 1 lagu ja 5/5 hahaha!

Sany terus layan Equilibrium sampai habis. Aku cuba meet and greet dengan Within Temptation sebab dah dapat tengok lagu Born to Be Epic. Dubstep folkmetal punya lagu!  

Sambil2 tunggu proses meet & greet Within Temptation, sempat jugaklah tengok Queensyche main dari sisi tepi main stage. Aaron tengok full band ni dari depan.

 
Queensryche.

Habis meet and greet another clash. Tengok sikit ja Gloryhammer lepas tu kejar pi tengok Eluiveite. Gloryhammer punya performance memang padu dan entertaining. Dia bawak tukul Thor XXL dia wei! Very underrated 4/5

 
Gloryhammer

Haritu tak mampu nak pi tengok Eluiveite live in Singapore 2016 so tengok kat Wacken ja. Tapi sebelum start buah penangan last song Ignis Mona, show kena stop sebab hujan dan sedikit guruh. Tahun ni first time organizer halau semua balik ke khemah atau tempat teduh yang selamat kerana  undang2 baru di Jerman. Maka Ignis Mona telah pulang begitu saja. Kami pun balik campsite. 4/5
Eluiveite pun ada meet and greet cuma tak sanggup nak beratur pasal tau dah beberapa orang ja akan dapat sebab 20 minit allocation vs Eluiveite band members.


Eluiveite


Aaron masuk mainstage area awal sikit lepas organizer bagi pelepasan kawasan dan selamat untuk di headbanging semula. Show resume dengan band Life of Agony .

 
Life of Agony

Selepas sejam setengah baru boleh masuk mainstage balik. Pi mainstage nak tengok Cradle of Filth tapi telah dipinda kesebelah malam sebab nak adjust balik delay. Terus tengok Bodycount feat. Ice-T. Masih bertenaga depa ni cuma speech dia terlalu americanism  yang aku tak beberapa paham filosopi atau satira dia cuba sampaikan. 4/5

 
 Bodycount feat Ice-T.   "madafaka madafaka" 

Sambil2 tu sempat selit meet & greet Beyond The Black. nampak beratur pendek ja mungkin kerana orang malas nak mai lagi mainstage area lepas hujan reda, Budget nak selfie dengan Jennifer Haben tapi tak sempat juga berbaki 2 orang depan aku. Tapi band dah siap2 buat autograph banyak2 kasi kepada yang takdapat selfie.

Lepas tu layan Anthrax 2-3 lagu. Tak minat trash metal ni. Ni pun kali kedua tengok Anthrax live. Next week pun tengok lagi depa kat Brutal Assault.  So tengok sikitlah sebab dah lalu tepi sebelum pi area belakang nak tengok band2 kecil.

 Anthrax (last seen Soundwave 2013)

Next band aku paling anticipate tapi clash sampai 3 sekali :(   Within Temptation - Eclipse - Skynd.
Oleh kerana Eclipse dan Skynd main outside mainstage area aku ambil posisi duduk belakang sekali ja tengok Within Temptation 1 - 2 lagu sebelum marching pi Eclipse. Aaron dah dok depan2 lagi, memang tak keluar dah dari mainstage area. Lepas Within Temptation dendangkan lagu Faster aku cabut pi belakang tunggu Eclipse. Penuh wei layan within Temptation kat mainstage. Prop dia pun mantap. 5/5


Within Temptation

Band paling aku nak tengok kat Wacken 2019. Eclipse. Hardrock. Memang aku teruja suara dia dalam album Monumentum(2017). Tau dah depa band kecil susah nak mai Asia. Peluang amat tipis. Memang padu show depa..suara dia sebijik sama macam album! Cuma ramai semacam perempuan mai layan band ni hahaha!   Sayang tak leh tengok sampai habis sebab nak pi tengok Skynd. Mujur dia tibai banyak lagu album Monumentum. Lepas setengah jam dia keluar lagu Downfall of Eden dengan Vertigo.Try la dengar album Monumentum! 5/5 delivered!


Eclipse

Lepas 40 minit aku rushing pi stage Skynd perform dengan harapan lagu hit dia Jim Jones main last sebab dah termiss banyak akibat layan Eclipse. Tekaan tepat Skynd main lagu Jim Jones last. Hatni rekod sebab rare nak jumpa kat youtube. Lagu dia pelik sikit. Sapa artistik ja mungkin boleh mendalami lagu2 dia 4/5


Skynd

Habis ja Skynd aku pi patah balik Bull City Tent nak tengok Cradle of Filth kali ke 3. Depa switch ke timing lain sebab hujan.  Tengok dari luar ja sebab dah penih dalam venue tu. Punya cramp schedule. Actually duduk luar pun not bad, suhu best sound pun ok ja 4/5.

Cradle of Filth (last seen Hammersonic 2013, Pulp Summer Slam 2015)

Habis Cradle baru pi rendezvous dgn Sany di mainstage area. Pi usha Demons & Wizards. Depa main coversong Blind Guardian's Valhalla. Crowd tak boleh moveon chorus dia. Chanting chorus 2-3 minit lepas habis lagu. Duduk belakang ja tengok dari lapisan ke-3 punya display. Aaron memang tak move dari mainstage area sebab parking nak tengok Slayer. So view dia gambar cantik. gitar works nampak boring semacam tak kena dengan level legendary. Harapkan Hansi Kurch save the day. 3/5


 Demons & Wizards

Tengok dekat ending crowd tak boleh move on!

Seterusnya Slayer, 2nd last show on Germany sempena tour penamat karier mereka. Aku lari pi belakang sebab nak plan nak pi tengok Doch Chkae dan Crazy Lixx. Slayer tengok satu lagu ja dari jauh. Intro buka lagu Repentless lepas tu ciao. Tak berapa minat thrash metal. Ni pun kali ketiga tengok Slayer live. Gambar ambil dari camera Aaron ja. Tak boleh nak rate.


 
Slayer (last seen Soundwave 2013, Wacken 2014)


OK next pi tengok Crazy Lixx. Glamrock yes! Antara genre feveret. Rupa2nya ramai juga fan Crazy Lixx. penuh dalam venue History Tent. Memang padu vokal dan showmanship. Selling point band-band glamrock. 5/5

Crazy Lixx

Sanggup skip Slayer nak tengok depa ni!


Lepas tu singgah kejap tengok band budak2 gelendangan dari Cambodia, Doch Chkae. Ada dokumentari diaorang kat youtube. Ramai good samaritan tolong bawak depa mai Europe untuk give hope and inspiration. Tak boleh expect macam2 sangat lah. 2/5

Doch Chkae

Dokumentari pasal Doch Chkae

Kami pi Bull City Tent berdekatan nak cari sikit suhu panas sebab terlampau sejuk dengan kabus tebal. Nak jalan pun susah tak nampak sangat.


Masuk Bull City Tent pi tengok The Night Flight Ochestra, band sideproject Soilwork. Progressive funk rock yang agak cozy dan relaxing. Takpa Soilwork tengok minggu depan kat Brutal Assault 2019. Gambar takda..susah nak ambik dah sebab kelam, kabus pun selit masuk dalam indoor. 3/5

The Night Flight Ochestra


Habis The Night Flight Ochestra tengok Legion of The Damned. Ni pun susah nak ambik gambar, Nasib baik ada spotlight kaler kuning sekali sekala..hahaha! Sorry la limitasi kamera murah. Tengok halfway ja sebab nak pi tengok Opeth di mainstage area. 3/5

 Legion of the Damned

Sampai mainstage Opeth pun nak habis dah show dia. Time ni dah 1.30am. sejuk sangat2 dengan kabus. Keraih abis. Nak tengok pun dah tak berapa enjoy.  Nak bawak keluar kamera pun susah sebab sejuk dan kabus terlampau tebal. Kami tak berapa paham abstrak Opeth ni. Lagi complex dari Skynd. So tak reti nak bagi rating. Tengok pun tinggal 2 lagu last ja.

Opeth

Last band Hamatom. Masa Wacken 2011 dulu diaorang main stage kecil ja, Sekarang dah main bigstage tapi last show of the day. 2am - 3am. Kabus dah start kurang. Perform sekali dengan launch album baru. Crowd pun dah tak ramai. Mungkin sebab kaki2 Slayer dah kepuasan balik pi berpesta di camping area. 4/5

Hamatom


Punya tebal kabus 2am. Sejuk seperti kopi ais masuk tekak lepas jogging.

vierter Tag

Hari terakhir ni tak berapa best lineup dia berbanding semalam, mungkin sebab Slayer dah perform. Boleh terasa bilangan pengunjung berkurangan berbanding hari ketiga. Mungkin ramai sudah angkat kaki dan pulang ke rumah masing2.  Hari ini baru ada masa nak ronda2 kedai2 dan stall yang ada dalam petak festival.

 cd2 lama 

 ada jual wrist alesana dengan sleeping with sirens woo!

patches dan kilt


rubber ducky dan baju


barang2 keperluan afwan(bukan nama sebenar) dan kasut

Average harga produk2 ni pun mahal berbanding di Brutal Assault. Patches yang 5 euro boleh dapat 2-3 euro di Brutal Assault. Tak boleh expect murah la kerana venue ni premium festival. Kena mark up sebab nak kena bayar harga tapak kot?  


Tengah hari sikit kill time tengok free training and show medieval. Nak masuk join tapi mai lambat slot dah penuh. Bagus depa, expose viking and medival culture kepada pengunjung.

 
acah2 medieval battle

 sekitar perkampungan viking dan medieval. kawasan ni banyak lebah yang baik2  tak tokak maknusia sebab kaunter jualan minuman keras kawasan ini memproses arak dari buah-buahan. Lebah suka buah2 manis ni.

Ada juga gusti bertema dunia apocalyptik. Cuma susah nak tengok kerana tak disediakan platform. Kita orang Asia kecil2 memang tak nampak dok belakang bila ahli gusti dah lakonlayar pertempuran. Dia punya entrance memang stylo. Kebetulan lalu dan nasib baik sempat tengok.

perbarisan hari merdeka

Sementara menunggu band start kami lepak tepi Kaufland supermarket. Di negara Jerman ini beberapa syarikat pembotolan dan tin mengamalkan sistem recycle. Kita beli minuman dia mahal sikit tapi bila pulang dia akan kasi cashmoney recycle. Selalu harga 1.25 euro, bila refund pfund kita akan dapat 0.25sen. 4 kali pfund dah boleh 1 euro dan boleh beli sundae mcD. Konsep yang sama telah diamalkan di festival Wacken. Pakat pfund tin2 beer dan pelbagai. Metalhead pembersih! 
Patut boleh buat kat negara kita. Lagi satu contoh baik dalam gambar, metalhead yang baik akan beratur ikut giliran

 
beratur bawa sampah kitar-semula tukar kepada duit. 

Sementara menunggu band nak tonton, tengok sekejap band Manticora ni. Sampai terlelap bro, sorry sesangat 1/5.

Manticora

Band yang dinantikan, glamrock lagi ya! Reckless Love. Salah satu band glamrock masa kini yang top selain Crashdiet dan H.E.A.T.  Cuma diaorang ni dari Finland, selalunya yang best2 dekad ini datang dari Sweden. Entertaining dan fun. 5/5.


Reckless Love

Time Reckless Love perform, clash pula dengan Klevertak di mainstage area. Aaron pergi menonton Klevertak.

Klevertak (last seen Wacken 2011)

Habis Klevertak Aaron pi sambung Subway to Sally dengan of Mice & Men di mainstage area. Both dah pernah tengok so skip ja tahun ni. Sebenarnya malas nak pi ulang alik mainstage area dengan non-mainstage area. Jauh dan baloq.

Subway to Sally(last seen wacken 2011)

Of Mice & Men (last seen soundwave 2013)

Sementara Aaron enjoy Subway to Sally dan Of Mice & Men, kami menonton band Myrath dari Tunisia. Dia punya slot telah move kepada hari terakhir. Sebelum start show pun dah sesak semacam pengunjung  nak tengok show depa ni. Memang ultra dashat. Bawa crew, prop dan storyline bagi melengkapkan kisah lagu pertama sampai terakhir.  Level2 diaorang ni boleh sepatutnya main mainstage. Penceritaan elemen mistik kisah putera raja naik takhta, pergelutan dengan ahli sihir, prop magik dan mistik, tarian belly dancing arabic, tarian flame bringer, gimik buku alkisah dengan pen bergerak sendiri, adengan naik takhta prop kerusi tahta diapungkan keudara, Tak sempat tangkap gambar atau rekod video sebab terlampau best nak tengok performance diaorang. Memang nostalgic Superb example implementasi of prop atas stage kecil 6/5.

 Myrath

Mujur ada satu video ntah sapa rekod. Thanks!

Sementara menuju kearah mainstage dari area-non-mainstage singgah tengok satu lagu live dari Uriah Heep. Tak berapa nak boleh pi la lagu zaman2 depa ni. Citarasa masing2 berbeza.

Uriah Heep

Tak ingat time-stamp bila tapi kita selit sini la..ada interview by DW Culture. Asalnya tak tahu pun sapa mai interview. Bolehlah masuk cameo sikit. Mungkin depa syiok nak interview orang Asia kot. Mai jauh-jauh.


Pada sebelah petang baru tonton bucketlist. Prophet of Rage (move on RATM tak valid buat masa ni).
Punya la seronok dapat tengok Tom Morello live depan mata. Sanggup terjah datang area mainstage, sebab dah 2-3 hari main fokus non-mainstage area. Memang fulamak habis! 5/5


Prophet of Rage

Habis Prophet terus tengok stage sebelah sebab ada Bullet for My Valentine. Tak tahu sama ada volume speaker slow atau telinga dok berdengung irama Prophet lagi. Macam tak berapa clear suara Matthew Tuck. Show tak berapa bersemangat. Boring semacam, lepas lagu Last Fight ciao. Menyesal tak ikut Aaron pi tengok Septicflesh dengan Saor. 2/5

Bullet For My Vallentine (last seen Soundwave 2013)

Sebelum menuju ke area non-mainstage. terserempak setting up prop untuk band Avatar. Lawa, sayang tak sempat tengok sebab dah nak kena pi area dituju. Dengan harapan balik nanti ada orang rekod youtube. Mujur ada!


Avatar


 Septicflesh

 
   Saor

Kami tak berapa minat Powerwolf maka pergi kill time makan2 dan lepak2 pusing festival. Dah lemau masuk hari terakhir ni. Tak cukup tenaga sebab tak makan daging kot? Hahaha, Aaron duduk mainstage area tengok Powerwolf.


 Powerwolf

Delain memang clash sikit dengan Powerwolf. Lepas tu clash pula dengan Parkway Drive. Teringin juga nak tengok Parkway Drive main dekat stage besar sebab sound Wacken ni tiptop kalau band pandai setting. Kita fokus Delain dulu. Tengok sampai tujuh lagu ja. Janji keluar Suckerpunch(lagu feveret), Glory and The Scum, Master of Destiny, Huntress Moon. Lepas tu kalut pi intersection mainstage/non-mainstage area nak tengok Parkway Drive. Suara padu. 4/5 

 Delain

Tak sempat habis Delain, tapi Aaron baru sampai nak tengok Delain sebab Powerwolf dah habis, kami pergi area belakang mainstage area tengok Parkway Drive. Lepas ni tau boleh tengok close-up di Brutal Assault 2019. Senang nak access pi belakang nak tengok band feveret lain iaitu Crematory dan Mono Inc. Gambar Parkway Drive takda sebab duduk belakang sangat. Lepas lagu Vice Grip (mujur lagu ke-4) terus ciao pi tengok Crematory. Memang tak boleh nak masuk dah area mainstage, takut tak sempat patah belakang nak tengok Crematory dan Mono Inc. 

Sementara kami pi menonton Parkway Drive, Aaron sambung tengok Diamonhead. Back to back after Delain dalam venue yang sama.

Diamonhead

Sesudah lagu Vice Grip didendangkan oleh Parkway Drive, kami pergi menonton Crematory, sebelah venue Diamond Head. Adakah kami sudah lemau atau band ni main relaxing mood 3/5 

Crematory (last seen Wacken 2014).

Sekitar 3/4 show Crematory baru pergi venue tempat Diamond Head semula, sebab nak tonton next band, Mono Inc. Ini tengok sampai habis kerana main gothic old skool dan sebab dah nak habis dah festival ni. Dah gelap sangat setting stage dia so layan video youtube la bila balik nanti. 4/5

Lagu feveret aku Mono Inc.  Crowd pun party mode layan lagu ni.

Time Mono Inc, Aaron pi mainstage area semula tengok Saxon


Saxon (last seen Wacken 2014)

Sesudah habis Mono Inc, kami menuju ke mainstage area untuk band terakhir, Rage. Band ni punya effort dia agak bagus letak okestra tapi ramai dah balik kampung, kosong ja kawasan mainstage. Lagu dia pun dah sayu semacam sebab mode okestra. Kami pun tengok tak habis sebab mellow semacam performance dia. 2/5

 
Rage

Lain2 band yang ditonton takda dalam gambar Hammerfall(pending dalam kamera Sany?) , Messhugah sebab lighting dia liplap kerap sangat dan dah malam, band ni pun takda backdrop represent nama band dan Eisbrecher, layan sekejap on the way balik camp. Messhugah tengok 1-2 lagu ja sebab tak paham & tak berapa minat manakala Eisbrecher band last of the day.

Lagi satu yang dah lost time stamp tak ingat bila ambik gambar meet & greet dengan Matt Heafy. Cuma time meet & greet dengan dia serentak dengan Eluiveite.

Habis show balik camping area dah boleh nampak ramai yang sudah departure by bus. Masih effisien arrangement bus.

Pukul 3 pagi dah ada bas pi Russia dari Jerman.

Esok pagi kami pun berangkat naik bas menuju ke Hamburg semula selepas 5 hari tak mandi. Berikut gambar2 merapu ketika di festival Wacken 2019.


 
- NSFW -

 Sedikit ole-ole untuk kawan2 masa pulang nanti(jangan tanya, semua dah selamat bagi kat kawan2). Lain kali pulak ya.

Ole-ole Wacken 2019. Gelas malas kumpul dah. dah banyak :)

3.0 Conclude

Wacken 30 Years anniversary ni mempunya ekspektasi tinggi terhadap headliners sebab nombor cantik XXX (30). Tapi ramai yang agak kecewa kerana headliners dia tak berapa mantap berbanding metal festival premium yang lain.  Bagi aku ini lagi best sebab dia dah start returning kepada "midtier", selektif terhadap band dan banyak band "kecil" yang dah macam confirm susah nak mai tour Asia. Aku pun banyak habiskan sisa2 Wacken 2019 di sekitar non-mainstage area, yakni Bull City Tent, History Tent, dan stage2 kecil lain menonton band2 macam ni. Kadang2 band "kecil" ni dia punya pulun lagi syiok sebab nak impress dan tarik crowd.  Clash nak tengok pelbagai band pun kurang sikit sebab jumlah band "besar" dah berkurangan.

Tahun ni tak berapa produktif nak pi kejar meet & greet. Kerja baloq walaupun hidangan meet & greet dia agak impressive.

Tahun ni pi tengok satu ja Battle of The Band, itu pun dari luar tent venue. Trainwreck.

Beberapa budaya positif yang boleh diambil sebagai contoh dalam festival ini. Nak tahu apa dia, pi ulangbaca artikel ni.

Makan & minuman dah jadi murah. Terima kasih kepada Kaufland supermarket yang debut di Wacken 2019.

Pergi Wacken 5 tahun sekali ngam. At least 3 tahun keataslah. Unless dah memang duduk europe lain cerita la. Ini pendapat akulah. Barulah band rotation banyak sikit ubah. Selain daripada itu dapat rasa kelainan improvement infrastruktur seperti penambahan arca2 & monumen, peningkatan sistem wifi percuma, attraction2 baru. Semua ni sejajar dengan penaikan harga tiket. Yang tak bagusnya seleksi band2 tak  macam kenaikan harga tiket. 

Tak tau sampai bila akan kuatkuasa penutupan sementara tapak festival jika hujan dan guruh akan berlaku dimasa hadapan. Memang potong la. Pergi Brutal Assault 2019 selamba ja show dalam hujan tak kena halau.

Sabaton & Myrath memang terpowerest gilerbabest. 6/5. Dapat juga menonton Skynd !





disclaimer;

Segala rating band adalah ikut sedap diri sendiri dan bukan dipengaruhi oleh bendasing2 yang mengusik jiwa dan rohani. Semua broken language kerana untuk asalnya artikel ini untuk bacaan diri sendiri bila tua2 nanti.

Special thanks to Aaron & Sany for maintain same team for eurotrip. Special thanks to Aaron gambar semua marvelous near stage. Kalau nak guna gambar2 kami sudilah creditkan kepada blog ni ya.



Danke schon.




*Not the final version of running schedule

Mittwoch, 31. Juli 2019
History Stage (offen ab 10:30)
11:00 – 11:30 – APRIL WEEPS
12:00 – 12:30 – KOMA
14:00 – 14:30 – GOAT RIPPER
15:00 – 15:30 – VANE
16:00 – 16:30 – KATLA
17:00 – 17:30 – TARING
18:00 – 18:30 – AWAKENING SUN
19:00 – 19:30 – FALL OF ORDER
20:00 – 20:30 – DRUNKEN BUDDHA
21:00 – 21:30 – CHUMATSKYI SHLYAH
22:00 – 22:30 – PRIMAL CREATION
23:00 – 23:30 – BABY HEARTLESS
Headbangers Stage (offen ab 10:30)
13:45 – 14:45 – SKEW SISKIN
16:15 – 17:15 – THE ADICTS
18:45 – 19:45 – THE DAMNED
21:15 – 22:15 – ROSE TATTOO
00:00 – 01:00 – MAMBO KURT
W:E:T Stage (offen ab 10:30)
12:30 – 13:30 – BURNING WITCHES
15:00 – 16:00 – AXXIS
17:30 – 18:30 – UFO
20:00 – 21:00 – SWEET
22:45 – 23:45 – THE SISTERS OF MERCY
Wackinger Stage (offen ab 10:00)
11:00 – 13:00 – DER FLUCH DES DRACHEN
14:00 – 14:45 – DIRTY SHIRT
15:30 – 16:15 – LAGERSTEIN
17:00 – 17:45 – HELSOTT
18:30 – 19:15 – CESAIR
20:00 – 20:45 – VIOLONS BARBARES
23:00 – 00:00 – WITT
Wasteland Stage (offen ab 10:00)
14:15 – 15:00 – SLAVE TO SIRENS
15:45 – 16:30 – GAMA BOMB
17:15 – 18:00 – ANGELUS APATRIDA
18:45 – 19:30 – TORMENT
20:15 – 21:00 CRISIX
22:15 – 23:00 – CANCER
Beergarden Stage (offen ab 10:00)
11:00 – 11:30 – VICTIMS OF MADNESS
12:00 – 12:30 – BRENNER
13:00 – 14:00 – CHRISTOPHER BOWES AND HIS PLATE OF BEANS
14:30 – 15:30 – BLECHBLOS`N
16:00 – 17:00 – THE QUIREBOYS
17:30 – 18:30 – WACKEN FIREFIGHTERS
19:30 – 20:00 – VELVET VIPER
21:00 – 22:00 THE WILD!
Metal Church – Stage (offen ab 16:30)
18:00 – 18:45 – FAIRYTALE
19:00 – 20:00 – ULI JON ROTH
LATE ADDITION - SINDERELLAS (somewhere around 7pm-9pm)


Donnerstag, 1. August 2019
Faster-Stage (offen ab 14:00)
14:30 – 15:30 – SKYLINE
17:00 – 18:15 – KROKUS
20:00 – 21:30 – AIRBOURNE
22:00 – 00:00 – SABATON
Harder – Stage (offen ab 14:00)
15:45 – 16:45 – BEYOND THE BLACK(2)
18:30 – 19:45 – HAMMERFALL(2)
22:00 – 00:00 – SABATON
Louder – Stage (offen ab 14:00)
14:30 – 15:30 – VERSENGOLD
17:00 – 18:15 – TESTAMENT
20:00 – 21:30 – THE BOSS HOSS
History – Stage (offen ab 10:30)
12:00 – 12:30 – FACING THE GALLOWS
13:00 – 13:30 – METAL BATTLE GERMANY
14:00 – 14:30 – GROG
15:00 – 15:30 – TRAINWRECK
16:00 – 16:30 – DRAGONY
17:00 – 17:30 – VANISHING
18:00 – 18:30 – VERITATEM SOLAM
19:00 – 19:30 – MONARCH
20:00 – 20:30 – TERRADOWN
21:00 – 21:30 – VARANG NORD
22:00 – 22:30 – MORPHOLITH
23:00 – 23:30 – RITUAL DE NACIMIENTO
Headbangers Stage (offen ab 10:30)
11:00 – 11:45 – BLAAS OF GLORY
12:50 – 13:35 – VALLEY OF CHROME
14:40 – 15:25 – ACRANIUS
16:30 – 17:15 – WIEGEDOOD
18:20 – 19:10 – NECROPHOBIC
20:30 – 21:30 – GRAVE
22:50 – 23:50 – DARK FUNERAL
W:E:T Stage (offen ab 10:30)
11:55 – 12:40 – ACRES
13:45 – 14:30 – BLOODYWOOD
15:35 – 16:20 – VAMPIRE
17:25 – 18:10 – NORDJEVEL
19:20 – 20:20 – VLTIMAS
21:40 – 22:40 – UNLEASHED
00:00 – 01:00 – HELLHAMMER (performed by Tom G. Warrior`s Triumph of Death)
Wackinger Stage (offen ab 10:00)
11:00 – 11:45 – BABY FACE NELSON
12:30 – 13:15 – RAGNARÖEK
14:00 – 14:45 – VOGELFREY
15:30 – 16:15 – HARPYIE
17:00 – 17:45 – SKALD
18:30 – 19:15 – PADDY AND THE RATS
20:00 – 20:45 – COPPELIUS
21:30 – 22:15 – FIDDLER`S GREEN
23:00 – 00:00 – MR. HURLEY & DIE PULVERAFFEN
Wasteland Stage (offen ab 10:00)
16:15 – 17:00 – GLORYFUL
17:45 – 18:30 – STONEMAN
19:15 – 20:00 – WINDHAND
20:45 – 21:30 – MONSTAGON
22:15 – 23:00 – SIBLIR
Beer garden Stage (offen ab 10:00)
12:00 – 12:45 – MAMBO KURT
13:15 – 14:00 – KAIZAA
14:30 – 15:15 – TUXEDOO
15:45 – 16:30 – BLECHBLOS`N
17:00 – 18:00 – DIE BESCHISSENEN SECHS
18:30 – 19:30 – CROBOT
20:00 – 21:00  BAI BANG
21:30 – 22:30 EXTRABREIT


Freitag, 2. August 2019
Faster – Stage (offen ab 10:00)
11:00 – 11:45 – EQUILIBRIUM
13:05 – 14:05 – ELUVEITIE
15:25 – 16:25 – BLACK STONE CHERRY
18:00 – 19:15 – ANTHRAX(2)
21:00 – 22:30 – DEMONS & WIZARDS
00:30 – 01:45 – OPETH
Harder – Stage (offen ab 10:00)
11:55 – 12:55 – QUEENSRŸCHE
14:15 – 15:15 – CRADLE OF FILTH(3)
16:35 – 17:50 – BODY COUNT ft. ICE-T
19.30 – 20:45 – WITHIN TEMPTATION
22:45 – 00:15 – SLAYER(3)
02:00 – 03:00 – HÄMATOM(2)
Louder Stage (offen ab 10:00)
11:00 – 11:45 – JINJER
13:05 – 14:05 – GLORYHAMMER
15:25 – 16:25 – LIFE OF AGONY
18:00 – 19:15 – SANTIANO
21:00 – 22:30 – EISBRECHER
00:30 – 01:45 – D-A-D
History Stage (offen ab 10:30)
11:00 – 11:30 – BROTHERS OF NO ONE
12:00 – 12:30 – ATHICA
14:00 – 14:30 – THE SLYDE
15:00 – 15:30 – LEVIATHAN
16:00 – 16:30 – ARCHAIC
17:00 – 17:30 – GREYFACE
18:15 – 19:00 – ALL HAIL THE YETI
19:45 – 20:30 – HAMFERD
21:15 – 22:00 – CRAZY LIXX
22:45 – 00:00 – THE CROWN
Headbangers Stage (offen ab 10:30)
11:55 – 12:40 – DOWNFALL OF GAIA
13:45 – 14:30 – EVERGREY (cancelled)
15:35 – 16:20 – NASTY (cancelled)
17:25 – 18:10 – VENOM INC.
19:15 – 20:00 – ECLIPSE
21:20 – 22:20 – PRONG
23:40 – 00:40 – THE NIGHT FLIGHT ORCHESTRA
02:00 – 03:00 – SOIL
W:E:T Stage (offen ab 10:30)
11:00 – 11:45 – MYRATH(readjust slot)
12:50 – 13:35 – THE NEW ROSES
14:40 – 15:25 – NAILED TO OBSCURITY
16:30 – 17:15 – DIE HAPPY
18:20 – 19:05 – TRIBULATION (cancelled)
20:10 – 21:10 – KÄRBHOLZ
22:30 – 23:30 – THY ART IS MURDER
00:50 – 01:50 – LEGION OF THE DAMNED
Wackinger Stage (offen ab 10:00)
12:00 – 12:45 – LUCIFER STAR MACHINE
13:30 – 14:15 – RELIQUIAE
15:00 – 15:45 – THE MOON AND THE NIGHTSPIRIT
16:30 – 17:15 – WARKINGS
18:00 – 18:45 – GERNOTSHAGEN
19:30 – 20:15 – HARPYIE
21:00 – 22:00 – TANZWUT
23:00 – 00:00 – ZURIAAKE
Wasteland Stage (offen ab 10:00)
15:45 – 16:30 – DIARY OF DREAMS
17:15 – 18:00 – FOR I AM KING
18:45 – 19:30 – SAVAGE MESSIAH
20:15 – 21:00 – SKYND
22:00 – 22:45 – DOCH CHKAE
00:30 – 01:15 – MICHALE GRAVES
Beer garden Stage (offen ab 10:00)
12:00 – 12:45 – DRUNKEN SWALLOWS
13:15 – 14:15 – BLECHBLOS`N
14:45 – 15:30 – ASROCK
16:00 – 16:45 – DAMPFMASCHINE
17:15 – 18:15 – JARED JAMES NICHOLS
18:45 – 19:30 – MAMBO KURT
20:00 – 21:00 – WACKEN FIREFIGHTERS
21:30 – 22:30 – NASHVILLE PUSSY
LATE ADDITION - MESSHUGGAH (somewhere around 9pm-11pm)


Samstag, 3. August 2019
Faster Stage (offen ab 11:00)
12:00 – 13:00 – DIE KASSIERER
14:30 – 15:30 – BATTLE BEAST
17:15 – 18:30 – PROPHETS OF RAGE
20:30 – 21:45 – POWERWOLF
00:00 – 01:30 – SAXON
Harder Stage (offen ab 11:00)
13:15 – 14:15 – SUBWAY TO SALLY
15:45 – 17:00 – OF MICE & MEN
18:45 – 20:15 – BULLET FOR MY VALENTINE(2)
22:00 – 23:45 – PARKWAY DRIVE
01:45 – 03:00 – RAGE
Louder Stage (offen ab 11:00)
12:00 – 13:00 – EMIL BULLS
14:30 – 15:30 – KVELERTAK
17:15 – 18:30 – URIAH HEEP
20:30 – 21:45 – AVATAR
00:00 – 01:30 – EISBRECHER
History Stage (offen ab 10:30)
17:30 – 18:30 – TAUSEND LÖWEN UNTER FEINDEN
19:15 – 20:15 – NAKED SIX
21:00 – 22:00 – NIGHT IN GALES
22:45 – 00:00 – CREMATORY(2)
Headbangers Stage (offen ab 11:00)
11:00 – 11:45 – BLEED FROM WITHIN
12:50 – 13:35 – SUIDAKRA
14:40 – 15:25 – RECKLESS LOVE
16:30 – 17:15 – TESSERACT
18.20 – 19:05 – SEPTIC FLESH
20:10 – 21:10 – MONSTER MAGNET
22:30 – 23:30 – DIAMOND HEAD
00:50 – 01:50 – DEATHSTARS
W:E:T Stage (offen ab 11:00)
11:55 – 12:40 – MANTICORA
13:45 – 14:30 – SIKTH
15:35 – 16:20 – THE VINTAGE CARAVAN
17:25 – 18:10 – PRIMORDIAL
19:15 – 20:00 – URIAH HEEP
21:20 – 22:20 – DELAIN
23:40 – 00:40 – MONO INC.
02:00 – 03:00 – FROG LEAP
Wackinger Stage (offen ab 10:00)
12:00 – 12:45 – ALABAMA BLACK SNAKES
13:30 – 14:15 – MOLLLUST
15:00 – 15:45 – OPERUS
16:30 – 17:15 – THE O`REILLYS AND THE PADDYHATS
18:00 – 18:45 – DREAM SPIRIT
19:30 – 20:15 – SAOR
21:00 – 22:00 – NACHTBLUT
23:00 – 00:00 – SKYCLAD
Wasteland Stage (offen ab 10:00)
15:45 – 16:30 – CRITICAL MASS
17:15 – 18:00 – DAMNATION DEFACED
18:45 – 19:30 – SOUL DEMISE
20:15 – 21:00 – DIE FROM SORROW
22:00 – 22:45 – WINNER METAL BATTLE 2019
00:30 – 01:15 – ABORYM
Beer garden Stage (offen ab 10:00)
12:00 – 12:45 – MAMBO KURT
13:15 – 14:00 – THE LINEWALKERS
14:30 – 15:15 – BRASS AGAINST
15:45 – 16:30 – DEINE COUSINE
17:00 – 17:45 – GIRLSCHOOL
19:45 – 20:45 – BLECHBLOS`N
21:15 – 22:15 – THE RUMJACKS










































































































































































ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...