Sunday, January 9, 2011

Ayam masak merah ala 5'hour

Sebening pagi di tahun baru 2011....rashid kejutkan aku..tanya macam mana projek memasak sambutan 2011. barang semua dah beli.

rock chef in action dipagi tahun baru..Identiti disorokan supaya tidak dikejar peminat untuk menanya lebih lanjut mengenai teknik memasak resepi ini.


(gambar diatas bukan gambar seorang lelaki)


hari ni kita akan memasak ayam masak merah guna suhu yang tak panas langsung kalau pegang penghujung kuali. (heater dapur memasak kuasa rendah)



fillet ayam dimasak empat atau lima ketul satu batch. satu batch mengambil masa selama 20-30 minit untuk 90% masak. setelah habis masak...pastikan minyak itu build up kepanasannya sehingga mendidih semula sekitar 5-10 minit.



ya adik2 sekalian..percayakah anda untuk memasak sebakul filet ayam lazat ini mengambil masa lebih kurang empat jam. sungguh tekun aku dengan rashid memasak.



kemudian rojakkan brahim ayam masak merah 2 peket, masuk ghost peper sauce, bawang putih, bawang goreng, mambang putih, mambang oren, apa apa segala jadah ikut kelazatan...proses menunggu kuah ini mendidih mengambil masa sekitar 20 minit kerana kami  kepandaian kami mencairkan dengan air masak yang sudah mendidih.



kemudian semua bahan2 ayam dirojakkan dengan segala aneka tomato, bawang(lagi!!!), ubi kentang dan mengikut kelazatan sekalian alam. kami memanggil chef hasruddin menokok menambah perisa. hidangan untuk 4 orang ini mengambil masa sekitar 5.5 jam untuk disiapkan. terima kasih kepada dapur tidak panas.

hanya kesabaran sehingga panas jiwa menunggu telah memanaskan masakan ini sebenarnya.

mujur boleh makan.amin.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...