Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - North Macedonia - Skopje

Day 31 / 36

Day 31

Skopje, North Macedonia, ya pastikan anda sebut dengan betul, North Macedonia(as of 2019), bukan Macedonia. Negara yang dibuli oleh bordering countries. Nak masuk Greece pakai bendera Macedonia lama silap2 tak boleh masuk kena acah2 kastam negara tak wujud. Macam2 mixed feeling sebab rename, ada yang cakap nak masuk europe, ada yang cakap nak memudahkan please bordering country...apa pun the propaganda memang efektif la.

Disebabkan nak travel manual dari Sofia ke N.Macedonia bas daytrip tak banyak(kesuntukan masa sebab penalized by Brutal Assault Fest) kami ambil ja tour daytrip pakai Bultrips(pay cash in euro). Senang pakai diaorang ni, collect and drop at hotel. Explanation pun bagus dan have ample time to manage(bukan paid review ya). Bawa passport nak cop dekat border. Sepanjang perjalanan side Bulgaria infra dia cukup bagus. Impressed macam city Sofia. Kadang2 boleh spot kampung2 gipsy dengan rupa bentuk rumah binaan macam buat tak pakai pembaris dan alat ukur. Lepas border ja jalan tampung2 banyak dah masuk Macedonia. Trip bosan juga la musim panas.. banyak terlelap. Let say circa 2 jam Sofia to border, 2 jam to Skopje.

Sampai ja Skopje baru tau bangunan2/monument2 majestic tepi sungai Varga (Mother Theresa Square) hanya establish since 2014. For tourism? propaganda as North Macedonia? black money for corrupted leader buat project tu? you decide lah. Skopje in 2019 ada sekitar 1 juta orangs. Macedonia pula 2 juta orangs. so separuh dok bandar Skopje. Modern city and old city divided by Sungai Varga. Most muslim reside on old city, christian on modern city.

bahagian old city;

bahagian new city;
 
Mother Theresa Memorial House & public bas double decker macam London punya!

 Best part is Skopje ni safety macam top notch. Barang tertinggal atas meja kedai makan atau kerusi rehat atau tinggal pi toilet pun orang tak curi. Jangan lupa pi ambil balik la.

Interesting part is susunan monument2 tu very specific. Lokasi monument Alexander The Great(rename to The Horseman; to please(or kena buli again?) Greece request) terletak side modern city sebab membangunkan selepas tugu bapa dia, Philip 1 terletak di old city. Nak tunjuk bapa dia buat bandar, dulu, anak bangunkan.Bawah patung Philip ni ada patung anak2 dia. patung anak dia Philip 3 facing belakang pasai tak femes. Alexander facing sungai macam bapa dia. In between tugu Philip dan Alexander ni ada tugu kecil mak Alexander dok belai2 Alexander, kira nak tunjuk simbolik bonding kuat mak dgn anak. Bawah patung Alexander banyak warrior pegang spear dan shield gambar matahari. Aa sinonim matahari dan lambang negara pun ala2 matahari. Sebab zaman Philip ni ada lombong besi istimewa boleh tempa logam reflek sinar matahari macam cermin. Menang perang pakai skill ni, dan dia suka lawan bawah daylight. Hardcore bola pun sampai sekarang ada pakai bendera lama pi tengok bola. Kira semangat matahari la pi battlefield. 


  
Sekitar Mother Theresa Square

Di sebelah old city juga ada souque bazaar. Souvenir sini murah2 macam kat Athens. 1 euro(60 dinar) dah boleh lawa2. So kalau nak shopping untuk anak menakan mak pak soudara sedari pekerja pekerje boleh lambak kat Istanbul, Skopje atau Athens. Sini best sikit beli sebab jarang orang datang menyebabkan dia agak unik kalau beli. Side old city ni saya mention banyak muslim so makanan banyak halal la. Most sebab Turkish hybrid reside this area.

Di sebelah modern city exterior bangunan lama slowly improvised ikut propaganda 2014. Mungkin lepas 100 tahun lagi baru ada meaningful as sejarah. Side ni ada memorial house mother Theresa, entrance percuma dan tapak asal rumah dia. Tourist area Skopje ni 2-3 jam cukup dah ronda. Besar Kuala Pilah, seriously.

Old bazaar tempat beli souvenir dan makan

Di Skopje, makan dan beli souvenir pakai cashless payment. Tapi kena pi kedai2 yang hipster sikit la baru ada card terminal. Beli sikit2 dan rate rendah apa salahnya. Malas la nak ada baki tukaran asing. Kalau ada masa, saya rekomen singgah city ni macam mana2 city yang less touristy. Baru ada feel. Pakai ja daytrip tour provider untuk memaksimakan bilangan negara nak lawat kalau tak cukup masa.

Kos 3 orang makan+minum kedai hipster baru sekitar myr65. Set roti+ kacang+sosej daging+ air. Itu kira kedai decorate classy sebelah old side



movescount data:



Tour 2019 - Bulgaria - Sofia

Day 30 / 36

Day 30

Kali ni kami tewas dengan cashless payment,sebab tak berapa effisien. Boleh ja pakai credit kad beli tiket metro nak masuk bandar dari airport dan segala metro di bandar tapi hanya kaunter cash yang accept daily unlimited tiket 4Lev (2 euro). Kaunter mesin cashless payment hanya offer one way trip 1.6Lev.  Maka cucuk ATM convert debit/credit card sedikit ke cash. Kira cukup2 ja untuk tujuan ini.
Dari airport ke bandar pakai credit card beli tiket.


Sofia pun lengang pagi Ahad macam Timisoara minggu lepas. Metro airport sampai tadak orang.

Pergi ke hotel betul2 atas metro station. campak beg dulu sebab sampai awal lepas tu pergi ke Gunung Vitosha.

Hotel paling murah sepanjang tour 2019. RM70/night/person private room + toilet ensuite. Bawah ada metro ke airport, security verification at entrance lepas 12AM.

route ke Gunung Vitosha

Disebabkan kesuntukan masa nak naik Gunung Vitosha yang hanya buka pada hujung minggu ketika musim panas, kami kena cash-out untuk bayar taxi (jimat masa sejam ke stesen cable car). Secara teori masih boleh cashless payment all the way tapi kena naik bas. Mujur cable car counter accept credit card. Harga cable car dia reasonable sebab banyak digunakan untuk orang tempatan.

  
  


Cable car Gunung Vitosha ni teramatlah panjang, 30 minit naik sampai atas. Dari suhu 29 Celcius turun jadi 20 Celcius. Atas tu banyak pokok bunga dan lebah2 bumblebee dan honeybee. Syiok dapat jumpa real bumblebee a.k.a the flying panda. Sebab kalau petting atas bumblebee dia rilek ja dan slow2 blah pi kat bunga lain. Tapi sekali ja la..kita tamau usik kitaran semulajadi alam sekitar. Petang turun balik bawah dan check in hotel. Turun pun 30 minit cable car, ambil taxi  ke stesen metro paling dekat sebelum ke hotel.

Sofia, city of roses. Punya banyak souvenir dia berunsurkan produk bunga ros Bulgaria. Harga souvenir secara average slightly mahal dari Skopje. Yang elok2 dalam 2-3 euro juga la. Sofia ni juga fashionista city. Orang2 local dia termasuk pak cik dan makcik dia suka melaram fesyen.

4km x 2(day & night) pusing monumen central Sofia

Petang kami ronda berjalan kaki bergambar dengan monument2 penting sekitar bandar Sofia. Monument2 ni pada sebelah malam lebih cantik kerana setting lighting dia lebih detail. Sehari dah boleh settle kalau nak ronda bandar Sofia ni tanpa terlalu terperinci, tak pi round baki monument2 lain luar dari central area. Tak sempat nak pusing semua sebab banyak habis masa di Gunung Vitosha dan lusa nak gerak ke Turkey.



Sekitar bandar Sofia.

 Ramai santai2 di taman main catur dan baca buku. Susah nak tengok orang main handphone.

Pada sebelah malam juga kami ke Vitosha Street, kawasan tourist spot makan2 dan jual souvenir. Locals dia suka lepak taman2. Petang2 ramai kat taman dan ramai main chess ala2 kat NY. Sofia ni syiok ronda sebab harga makanan dia consider murah dan tak banyak tourist datang.


 


 Lepas makan di Vitosha street (tak layan makanan grocery dah sebab Sofia makanan consider murah) balik hotel kasi fresh badan dan keluar balik buat pusingan route sama untuk gambar sebelah malam. Lagi lawa malam bandar ni macam Ljubljana. Lighting2 bangunan dia detail dan pandai letak positioning spotlight.

Pagi last di Sofia sebelum ke Turkey, singgah pasar Central Sofia Market Hall sebelah hotel. Beli rokok kat kawan2 opis. Barang murah kat Bulgaria.

 By the way, sistem metro dia agak impressive kerana allocation ruang yang banyak mungkin dah ambil kira untuk masa akan datang. Again, in theory, cashless payment secara menyeluruh masih boleh dilaksanakan jika mahu.


movescount data:



Tour 2019 - Greece - Athens & Meteora

Day 27,28,29 /36

Day 27 & 29

Sampai Athens lewat petang sekitar 9 malam dari Budapest. Naik Agean Air. Elok flight dia. Memang recommended. Ada hidangan macam meal jarak jauh walaupun hanya 2 jam flight. Legspace pun luas. Kali ni duduk di penginapan paling mahal dalam tour kami sebab nak consider next flight ke Bulgaria kena keluar 3.30pagi. Maka perlu duduk hotel berdekatan bas airport transfer.

 

 
 RM140/night/person dapur ada private room + toilet ensuite , tepi syntagma square(airport bus transfer) 200m ke Plaka. Paling mahal dan paling luas.seluruh floor tibai.


Athens, pada musim panas setinggi 35-37 celcius telah menjejaskan plan kami. Lawatan pakej "7 Archaeological Sites Athens" (beli online lebih murah) telah menjadi delay pada tengah hari kerana terlalu panas dan cepat meletihkan. Plan asal nak habiskan 7 lokasi dalam sehari, tapi tewas, sebab 2 hari pun tak sempat habis secara terperinci (especially tapak pertama, Acropolis dan kedua,ancient Agora). Nak habis style masuk asap keluar asap sehari bolehla. Untuk Acropolis best pergi petang sebab less queue dan kurang panas. Atas Acropolis ada Parthenon tu tak leh ambik gambaq posing2 tau. Kalau kena tangkap depa suruh delete on the spot. Keadaan panas menyebabkan kami terpaksalah surrender setiap tengah hari di Athens dengan meditasi kat hostel. Buat2 gagah satgi demam terus lagi teruk.

 
Day 1Archaeological Sites Athens 4.5km



Trip day 1 7 Archaeological Sites Athens. Separuh site sahaja. Panas sampai kena pakai topi.


Day 2 Archaeological Sites Athens 6km



 

Trip day 2 7 Archaeological Sites Athens. Separuh baki site. Layan sunset dekat atas Parthenon.

Sunset pertama kami layan atas Mount Lycabettus. Tiada entrance fee. Tak payah gedik duduk kat atas bila sampai sebab ramai orang, turun sikit dekat lereng2 bukit bawah tu banyak ja spot lepak tengok sunset. Sunset kedua kami ketika di Athens ambil spot di Aeropagus Hill, tepi sikit dari Parthenon, dapat tengok dinding Parthenon cat kaler oren senja summer.



Naik Lycabettus Hill pakai furnicular. Tak larat nak climbing sebab dari mainroad bawah ke stesen furnicular ni pun nak tercabut lutut nak naik. Turun baru jalan kaki.

 Layan sunset Athens tepi lereng2 bukit. cantik time summer sebab senja panjang.

Pada hari ke dua semasa di Athens sebelum tamatkan cycle 7 Ancients Site sebelah petang, kami pergi outer Athens ke Olympic Stadium, then to Piraeus Beach/Stadium kemudian sekitar bandar Athens. Dekat2 petang dan nak senja baru pergi tamatkan ancient site visit.

Olympic Stadium dan Olympiakos Stadium(Piraues)


Monumen kawasan Panepistimio (metro station)

 

Piraues beach (tak sempat nak pergi yang popular) dan Monument sekeling Athens.

Lepas turun dari Parthenon setelah habis sunset pun pusing balik Athens untuk night scene.

Monumen kawasan Panepistimio (metro station)

Parthenon pandang dari bawah memang majestik. Plaka memang penuh orang beli souvenir. Happening malam-malam.

Dari airport ambik ja bas X95 sebab effisien dah walaupun ada metro. Bas banyak macam kat airport Barcelona dan lebih murah berbanding metro. Most of the central part Athens boleh jalan kaki sahaja, tak perlu metro. kami beli tiket metro pun sebab saja nak usha stadium olympic dan pantai di kawasan pelabuhan Piraues. Nak ambik mood bandar2 satelit Athens. Pergi Greece tak singgah usha laut Agean tak sah la pakej melancong sana. Sini pakai euro so no arguement on cashless payment

 
Tempat ambil bas airport transfer 24 jam. Tepi hotel menginap. Naik ryanair pergi Bulgaria 8.30AM.

Athen ni lagi happening dari Budapest. Pukul 12am-2am pun penuh orang lepak lagi di Plaka(central tourist area). Souvenir sini murah2 macam di Macedonia. Greece ni punya rumah2 pun syiok tengok sebab rumah bertingkat semua ada balkoni. Ingatkan di Athens saja macam tu rupanya sempai ke Kalambaka, Trikala, Larrisa, Lamia dan mana2 jalan kami pergi semua rumah proud of balkoni.

Athens punya stesen metro banyak yang cantik atau nampak mahal.

Day 28

Meteora, 2nd day itinerary di Greece. Tempat ni sesuai dan berbaloi pergi kepada yang tak cukup budget atau masa nak ke Santorini ketika di Greece. Terletak lebih kurang 350km dari Athens. Untuk yang budget kena buat daytrip split online train booking + tour guide arrange asing. Cheaper than combo provider . Kena buat tour guide sebab masa memang tak cukup kalau nak panjat sendiri2 lepas tu nak balik hari. Online booking train memang wajib buat awal takut habis tiket. Train ambil masa 4-5 jam pergi, dan balik pun sama.Nampak macam letih but memang berbaloi pergi. Masa bertolak memang punctual. Masa arrive kadang2 lewat, tapi mana2 tour guide pun akan tunggu sebab depa dah expert manage time.

Ambil keretapi ke Kalambaka. 5 jam pergi 7 jam balik(keretapi ada masalah teknikal).

Kalau book train cuba ambik seating belah barat. Kena paham sendiri la macam mana nak adjust. Sebab view cantik dan sunset masa balik pun side tu. Train ada kantin kalau lapar & dahaga. Banyak gua2 juga sepanjang perjalanan train. Train hanya ada sekali sehari pergi jam 7am balik 5pm. Terlepas memang byebye la.. Meteora ni port kaki kamera ambik sunset. So set2 ni selalu overnight kat hostel2 di kaki bukit, Kalambaka.

 




 Tak banyak info nak cerita sebab sampai ja layan view. Motif Meteora ni kuil2 kuno sami panjat tak turun dah. Makanan semua orang tempatan bagi. Zaman Nazi occupation pun tempat ni kena jajah Tak berapa paham tour guide punya english slang laju semacam. Tapi takpa la..balik buleh baca. Time ni dah 35-37 celcius. Letih travel daytrip tapi pengalaman dia berbaloi sesangat datang sini!

route Meteora






ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...