Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Bulgaria - Sofia

Day 30 / 36

Day 30

Kali ni kami tewas dengan cashless payment,sebab tak berapa effisien. Boleh ja pakai credit kad beli tiket metro nak masuk bandar dari airport dan segala metro di bandar tapi hanya kaunter cash yang accept daily unlimited tiket 4Lev (2 euro). Kaunter mesin cashless payment hanya offer one way trip 1.6Lev.  Maka cucuk ATM convert debit/credit card sedikit ke cash. Kira cukup2 ja untuk tujuan ini.
Dari airport ke bandar pakai credit card beli tiket.


Sofia pun lengang pagi Ahad macam Timisoara minggu lepas. Metro airport sampai tadak orang.

Pergi ke hotel betul2 atas metro station. campak beg dulu sebab sampai awal lepas tu pergi ke Gunung Vitosha.

Hotel paling murah sepanjang tour 2019. RM70/night/person private room + toilet ensuite. Bawah ada metro ke airport, security verification at entrance lepas 12AM.

route ke Gunung Vitosha

Disebabkan kesuntukan masa nak naik Gunung Vitosha yang hanya buka pada hujung minggu ketika musim panas, kami kena cash-out untuk bayar taxi (jimat masa sejam ke stesen cable car). Secara teori masih boleh cashless payment all the way tapi kena naik bas. Mujur cable car counter accept credit card. Harga cable car dia reasonable sebab banyak digunakan untuk orang tempatan.

  
  


Cable car Gunung Vitosha ni teramatlah panjang, 30 minit naik sampai atas. Dari suhu 29 Celcius turun jadi 20 Celcius. Atas tu banyak pokok bunga dan lebah2 bumblebee dan honeybee. Syiok dapat jumpa real bumblebee a.k.a the flying panda. Sebab kalau petting atas bumblebee dia rilek ja dan slow2 blah pi kat bunga lain. Tapi sekali ja la..kita tamau usik kitaran semulajadi alam sekitar. Petang turun balik bawah dan check in hotel. Turun pun 30 minit cable car, ambil taxi  ke stesen metro paling dekat sebelum ke hotel.

Sofia, city of roses. Punya banyak souvenir dia berunsurkan produk bunga ros Bulgaria. Harga souvenir secara average slightly mahal dari Skopje. Yang elok2 dalam 2-3 euro juga la. Sofia ni juga fashionista city. Orang2 local dia termasuk pak cik dan makcik dia suka melaram fesyen.

4km x 2(day & night) pusing monumen central Sofia

Petang kami ronda berjalan kaki bergambar dengan monument2 penting sekitar bandar Sofia. Monument2 ni pada sebelah malam lebih cantik kerana setting lighting dia lebih detail. Sehari dah boleh settle kalau nak ronda bandar Sofia ni tanpa terlalu terperinci, tak pi round baki monument2 lain luar dari central area. Tak sempat nak pusing semua sebab banyak habis masa di Gunung Vitosha dan lusa nak gerak ke Turkey.



Sekitar bandar Sofia.

 Ramai santai2 di taman main catur dan baca buku. Susah nak tengok orang main handphone.

Pada sebelah malam juga kami ke Vitosha Street, kawasan tourist spot makan2 dan jual souvenir. Locals dia suka lepak taman2. Petang2 ramai kat taman dan ramai main chess ala2 kat NY. Sofia ni syiok ronda sebab harga makanan dia consider murah dan tak banyak tourist datang.


 


 Lepas makan di Vitosha street (tak layan makanan grocery dah sebab Sofia makanan consider murah) balik hotel kasi fresh badan dan keluar balik buat pusingan route sama untuk gambar sebelah malam. Lagi lawa malam bandar ni macam Ljubljana. Lighting2 bangunan dia detail dan pandai letak positioning spotlight.

Pagi last di Sofia sebelum ke Turkey, singgah pasar Central Sofia Market Hall sebelah hotel. Beli rokok kat kawan2 opis. Barang murah kat Bulgaria.

 By the way, sistem metro dia agak impressive kerana allocation ruang yang banyak mungkin dah ambil kira untuk masa akan datang. Again, in theory, cashless payment secara menyeluruh masih boleh dilaksanakan jika mahu.


movescount data:


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...