Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Hungary - Budapest

Day 23, 25, 26 / 36


Day 23

Hari ni hari travel. 660km. Kena cantas route Zagreb ke west coast adriatic coast (dubrovnik, kotor,albania..etc) sebab slot-in penalti ganti hari2 pergi ke Brutal Assault Festival. Memang tak cukup time nak fill up before end trip final flight to Asia. So ubah route naik ke Hungary(Budapest) then head to bordering city Timisoara(Romania). Saja nak merasa Romania. So pagi naik bas dari Zagreb ke Budapest, kastam dia layan sejam juga tapi terus double chop, exit Gorican (non-schengen), enter Letenye (schengen). Kastam pun gelak2 friendly panggil nama penuh kami sebab jarang ada Malaysia kot? Naik bas pun seronok juga sebab sepanjang highway ada view tasik panjang, Tasik Balaton 197km stretch almost 600sqft. dekat nak besar Perlis 800sqft.

 
RM95/person/night beza bilik 3 orang dgn 4 orang sikit ja. Ambil terus bilik 4 orang. Private room + toilet ensuite. Bawah hostel ada metro station, 2 station dari tempat ambik bus ke airport(nak ke Greece) dan 1 bus trip ke train station (nak ke Romania). View meriah Oktogon Square depan hostel, grocery dan kebab berdekatan.


Hungary pun tak pakai euro. Sampai Budapest pun boleh pakai cashless. Mesin tiket agak user friendly tak macam Zagreb, kena beli manual kat Tisak(kedai) pakai debit/credit card tap. So untuk semua hari di Bbudapest semua kegiatan adalah cashless. Pendapat saya tiket metro sini macam mahal walaupun equivalent to 1 euro/direction. Sebab tiap2 kali tukar line kena punch tiket baru. Baik naik bas ja kat sini dari metro. Share same ticket tapi possible 1 trip destination yang kena combo pelbagai line metro. Size Budapest juga besar so menapak macam buang masa.

 Lepas check in singgah stesen keretapi, redeem physical tiket (nak ke Romania malam ni) menggunakan email booking di mesin. Saja pergi check takut2 mesin rosak atau kaunter perkhidmatan tutup malam nanti.  Pi Timisoara (Romania) ni boleh naik bus atau train. Train lembab sikit tapi sampai lambat 7am, elok2 la bandar dah bangun. Kalau naik bas sampai 5am takut sanggap. Kami pakai online booking via Hungary train(mav) sebab lebih mudah kendali online compare to romania train(cfr). nanti book dapat no pin. no pin tu pi stesen input kat mesin kuning(dalam gambar), di print semua tiket... cerita romania esok ya. sebab mau tidor atas keretapi ni

Kami sampai petang di Budapest, so sempat usha Karavan food street yang hampeh, pasar malam taman kat Malaysia lagi besar. Overrated hanya penuh dengan expats dan tourist hangout. 

 Szimpla Kert & Karavan (sebelah menyebelah)

Sebab dah tak jauh dari sungai Danube kami terus pergi layan sunset di Citadella ja. Lain2 trip di Budapest resume petang besok after balik dari Timisoara. Panjat Citadella ni ambil masa 20-40 minit secara casual.

 

Citadella(look out point) atas bukit tu! dan atas look out point.



 
Layan sunset atas Citadella.

15km

Habis Citadella, balik hostel mandi2 siap2 bawa beg kecil nak daytrip ke Timisoara, Romania via keretapi malam. Barang lain tinggal kat hostel di Budapest

Day 25

Itinerari hari kedua di Budapest baru sempat round bahagian Hosok Tere(east) dan Buda Castle(northwest). Hari ni panas lain macam, dah lama tak panas macam ni seperti di Bratislava minggu lepas. Sepanjang perjalanan ke Hosok Tere dari Oktogon Square ada pelbagai museum sepanjang Jalan Andrassy. Tak sempat singgah sebab tak banyak masa. Jalan punya jalan 1.5km sampai lah di Hosok Tere. Landmark Budapest ada monumen 7 raja Magyars Hungary.

 

Sekitar Hosok Tere

Belakang Hosok Tere ada Vajdahunyad Castle dan Gellert Bath House.

Pusing2 kejap food fair di sekitar Vajdahunyad Castle, tak masuk sebab tak sempat. Lepas tu ronda Gellert Bath House dari luar tingkap ja. Tepi ada metro bath house , naik terus sampai ke sebelah barat, menuju ke Buda Castle.

Keluar2 ja dari stesen metro area Buda Castle pun ada Hungary food festival.macam2 makanan traditional Hungary ada. Mostly meat based dan soup. Selain tu produk cili dan paprika juga banyak. Akhir sekali baru line up madu asli dan cheese. Ada Hungary folklore festival juga. Semua festival ongoing dengan St Stephen week.







Gambar makanan kita boh banyak sikit.

Tak beli pun makanan kat sini, instead kami pi ke restoran sebalik bukit sana (sebab nak guna toilet) dan having vegetarian lunch di kedai sana. Lepas tu panjat Buda Castle, tanak naik furnicular. Memang pancit juga la.


Suasana atas Buda Hill, dan Buda Castle area.
  
Pandangan Buda Castle dari bawah dan atas (nampak Pest, tapi rasanya cantik lagi dari Citadella)
  
Ada monumen landmark King Saint Stephen dan Matthias Church atas Buda Hill ni. 

Ada banyak paid attraction atas ni tapi semua tak masuk sebab tak cukup masa. Jalan2 casual pun 2-3 jam juga pusing atas Buda Hill ni. Petang tu turun lepas area food festival di kaki bukit sambil layan concert sementara tunggu sunset. Nak layan sunset di persisiran sungai Danube pula sebab hari pertama di Budapest layan sunset dari atas bukit.


Layan sunset dekat persisiaran sungai Danube. Sebab senja panjang musim summer maka sempat layan side Buda dan side Pest. Bangunan cantik tepi sungai tu Parliment.

Kalau chill tepi parliment tu ada banyak arca kasut2. Kasut2 ni merupakan "Shoes of the Danube Bank" sempena memperingati kisah sedih yang anda kena baca sendiri pada link diberikan.

Gambar hiasan - Shoes of the Danube Bank (lupa ambil gambar sebab layan scene sunset). Habis sunset jalan kaki balik ke hostel semula dan makan di kedai kebab berdekatan. Banyak juga jalan walaupun disarankan naik metro. sebab malas beli multiple tiket. 

22km

Day 26

Sempat pusing area Parlimen sahaja ambil gambar siang sebab nak kena pergi ke airport. Nak ke airport kena naik bas. Maka tak berani gamble masa. Jalan dah banyak tutup untuk persiapan firework St Stephen Days. Local people pun cakap nanti berlapis2 orang berhimpit tepi sungai dan atas bukit2 di persisiran sungai. Nak masuk parliment make sure book tiket awal. kalau tidak beratur panjang macam gambar bawah ni. 

Ramai beratur nak masuk parliment(kiri). Depan parliment adalah muzeum etnografi Hungary.

Jalan kaki ulang alik dari hostel ke parliment(4km), dan naik metro ke bus stop airport transfer. 


Lama dah tak naik kapal terbang since arrive europe. Nak lajak greece. ground transport terlampau time consuming.


Sebab bandar dia besar, 2 hari minima baru ok nak pusing2 walau compress macam mana pun trip. Flexi cover 3 area disebutkan dan satu malam sunset scene from Citadella, satu malam sunset scene along Danube on both side(sempat kalau summer sebab senja panjang).

Harga purata kebab dia macam Zagreb. Slightly expensive dari Vienna but still reasonable price. Souvenir pun average standard 2-3 euro. Bandar ni macam syiok nak shopping sebab layout tourist spot dia besar. By the way line M1 metro dia(bawah hostel kami) merupakan pioneer underground subway di eropah. ya..bukan London, bukan Paris, bukan any city di Germany, tapi Hungary! Everything purchase kat Hungary pun total cashless payment. Nak cerita banyak pun tatau sebab ni bandar shopping, kami spend time kat riverside, bukit ja tengok pemandangan.


Protip, try to be available di Budapest on 20hb August setiap tahun(makesure book penginapan awal sebab senang sold out) sebab ada St Stephen day. public holiday tapi malam main firework antara tercantik di dunia. google up! kami tersilap kira tarikh, dok budget macam Malaysia, acara semua malam public holiday, ingat firework main midnight 20hb tu.. rupanya esok 9pm. Takpa la, bukan rezeki, layan youtube je la.Time firework lancar kami sudah atas flight pi Greece. Beberapa muzeum juga free entrance on 20hb.

Video hiasan - World class firework display


movescount data:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...