Sunday, November 3, 2019

Tour 2019 - Romania - Timisoara

Day 24 / 36

Day 24

Daytrip to Romania. Tujuan trip ni nak tambah negara balkan, Romania dalam tour walaupun sekejap. Maka paling optimum secara geografi ialah singgah Timisoara. Arad lebih dekat dengan sempadan tetapi kecil sangat bandar dia. Tiket keretapi return trip Budapest-Timisoara sekitar RM180. Tiket beli secara code online dan tebus kesemua susunan return-trip secara  fizikal. Agak konfius konfigurasi tiket tapi konduktor tiket akan semak dan jelaskan. Harga sudah cukup reasonable.

Seperti yang dijangkakan, keretapi memang lambat especially switching gerabak. boleh ambik masa sampai sejam tunggu. kalau malam ok la sejuk, siang memang tunggu luar keretapi la kat kastam. Immigration on train, Lokoshaza(HUN), then train jalan 5 minit, immigration sekali lagi di Curtici(ROM). Kami transit di Arad around 5AM, sejam lagi dari Timisoara. Stesen keretapi dia OK, ada faciliti lepak dalam dan luar. Ada security ronda2. Then kami naik keretapi awam pakai tiket keretapi yang dah ada sekali dan sampai Timisoara around 7.30AM. Lebih senang naik keretapi walaupun lebih masa lebih lama dari bas. Tepi stesen keretapi ada stesen minyak. Sarapan pagi di stesen minyak pakai swipe debit/credit kad cashless. Malas tukar matawang. Lepas makan, jalan kaki ja masuk town Timisoara(around 1km). Kalau turun stesen bas jauh,kena ambik tram/bus. Pagi2 mana ada ATM nak convert matawang beli tiket tram.bus, tambahan pula hari Ahad hujung minggu, belum tentu kedai2 kiosk kecil buka.


 Keretapi malam dan transit sejam di stesen keretapi Arad, 5AM

Bandar Timisoara ni tenang maybe sebab dia bukan capital. Bandar2 non-capital ni actually syiok ronda sebab feel actual europe/local living, sama macam kami ronda Pardubiche di Czech.Hampa patut try satu dua satelit town dari capital city. Timisoara ni boleh define split into old town dengan city center. Old town ni tourist spot dan tak gempak macam capital city. Cuma ambience dia lebih baik dari capital city. Tenang. Kami sampai hari Ahad, as expected, hampir semua kedai katup. Kedai souvenir yang buka satu ja haritu, gerai kecil, tak accept credit/debit card tapi mujur dia ambil tunai euro. Rate souvenir standard ala2 2-3 euro.

 
Stesen keretapi Timisoara. Klasik!

Sarapan dulu di stesen minyak. Harga minyak RON95 August 2019. 
Mahal dari Malaysia dekat 3x ganda.


 


  

  
  
 

Bandar Timisoara lengang pada pagi Ahad. Bandar bersih, dan boleh jalan kaki pusing2 sekitar radius 2km hingga 5km (termasuk ke stesen keretapi semula). 

Pada sebelah tengh hari kami pergi ke city center bahagian upper town (tepi old town/tourist square). Boleh jalan kaki juga sebab masih dalam radius lawatan.  Section area sini ada shopping mall. Pergi shopping mall sebab nak cari makanan grocery tapi jumpa  food court. Maka makan sahaja di foodcourt dengan beli grocery nak makan atas keretapi time balik nanti. Semua pun swipe cashless. Cuma kalau shopping mall ini dibandingkan dengan persekitaran bandar, macam Pavillion Bukit Bintang banding dengan flat2 perumahan lama. Sedikit imbalance kemajuan. Dia punya shopping mall infact lagi cantik dari yang ada di Malaysia (as of 2019).

Bahagian upper town

Luar vs dalam shopping mall. Public rest chair semua leather-pvc macam executive lounge. Toilet dia pun macam hotel 5 star. 

Makan kat food court. Boh masakan vegetarian traditional sana.

By tengah hari kami pun slow2 gerak ke stesen keretapi untuk nail train pulang ke
 Hungary. Pusing2 jalan kaki bandar Timisoara ni secara santai 3 ke 4 jam cukup dah. Another visit to non-euro currency country tanpa perlu tukar matawang :) Balik pun sama, kastam check point same as masa datang. Tiket balik sama dah beli online siap2 via Mav(Hungary train).

 
Pringles Malaysian Red Curry ada jual di Romania. Kat Malaysia tak jual. Beli Pringles perisa Peking Duck makan atas train. Semua Pringles ni vegetarian.

Sedap rupanya coke limited edition ni. Gas kurang, rasa epal sikit². Mujur terjumpa kat Timiosoara. Murah satu kali ganda berbanding jika beli di Zagreb. RM4.50.


Matawang Romania is Lei, nak convert ke MYR senang. sebab dah nak hampir sama. Assume saja 1:1. Tapi tak peduli pun sebab pakai cashless. Cuma nak emphasize barang2 dia paling murah so far dalam trip kami. Harga barang runcit macam harga kat Malaysia, silap2 ada banyak lagi murah.
Orang Romania ni peramah. Usually dia approach tanya dulu, boleh beza la nak scam atau hospitality la. Orang dia suka senyum2 kat kami, maybe gembira tourist Asia datang bandar tak berapa non-touristy. Petang balik Budapest sampai senja.

4km -  6km 


movescount data:


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...